Sunday 2 October 2011

10 ditahan judi ekor haram


02/10/2011 1:55pm

KUANTAN - Polis Pahang menahan 10 orang dan merampas wang tunai RM40,000 dalam Ops Dadu bagi membanteras aktiviti perjudian nombor ekor tidak berlesen, di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata operasi membabitkan pemeriksaan di lapan kawasan di sekitar bandar ini.

Hasil operasi itu, polis menahan empat wanita dan enam lelaki berusia antara 40 dan 60 tahun, dan mereka dipercayai ejen nombor ekor tidak berlesen yang beroperasi di rumah persendirian, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mereka dipercayai menjalankan kegiatan itu menerusi faksmili, telefon bimbit dan komputer, katanya.

Beliau berkata, operasi selama sejam setengah sehingga 7 petang itu membabitkan lapan pegawai dan 26 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari lepas sehingga kini, polis melakukan 163 serbuan membabitkan kegiatan mesin perjudian tidak berlesen di seluruh negeri.

Daripada serbuan itu, seramai 732 individu membabitkan pelanggan dan operator mesin perjudian ditangkap manakala 1,749 unit komputer dirampas, katanya. - Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment