Sunday 2 October 2011

Komander Al-Qaeda maut serangan roket AS

2011/10/02

PESHAWAR: Seorang komander rangkaian Al-Qaeda didakwa terbunuh dalam serangan roket tentera Amerika berhampiran sempadan Afghanistan, semalam.

Pegawai tentera Pakistan dan Amerika Syarikat (AS), berkata Haleem Ullah adalah antara tiga pengganas yang terbunuh dalam serangan misil Amerika di Selatan Waziristan.
Pegawai AS berkata, Ullah pernah berkhidmat sebagai timbalan kepada Maulvi Nazir, seorang warga Pakistan yang mengetuai gerakan militan di sebuah wilayah terpencil yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. - AFP
Berita Harian Online | Komander Al-Qaeda maut serangan roket AS:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment