Sunday 2 October 2011

Hilang RM1,000 penangan Pak Arab



KOTA BHARU – Seorang usahawan barangan kosmetik dan makanan kesihatan di Pasir Pekan dekat sini, mengalami kerugian RM1,000 selepas seorang pekerjanya mendakwa dipukau oleh seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai berbangsa Arab.
Mangsa, Noreliza Ashikin Ishak, 30, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu ketika dia meninggalkan kedainya di Pasir Pekan, Tumpat kepada salah seorang pekerjanya.
Menurutnya, ketika kejadian, pekerjanya yang dikenali sebagai Nasuha telah didatangi kedua-dua orang Arab itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen-2 berwarna perak yang diletakkan di hadapan kedainya.
“Menurut pekerja saya, kedua-duanya telah memasuki kedai dengan memberi salam sebelum bertanya tentang sejenis pencuci muka. Mereka kemudian bersembang dalam bahasa Arab dan Inggeris.
“Pekerja saya memberitahu, sebaik menjawab salam tersebut, fikirannya mula bercelaru tetapi masih sedar sebelum wanita warga Arab tersebut menepuk bahunya ketika bertanya mengenai harga pencuci muka tersebut,” ceritanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment