Thursday 27 October 2011

Pasangan diculik muncul dalam video



ISLAMABAD - Pasangan Switzerland yang dilarikan dari wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, oleh kumpulan militan Taliban, Julai lalu muncul dalam dua rakaman video disiarkan kelmarin, memohon nyawa mereka diselamatkan.

Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas penculikan pasangan Olivier David Och, 31, dan Daniela Widmer, 29, yang ditangkap di Baluchistan, 1 Julai lalu.

Dalam video pertama, Och yang bertutur di dalam bahasa Inggeris meminta kerajaan Pakistan, Switzerland dan Amerika Syarikat (AS) supaya melepaskan seorang pakar neuro Pakistan, Aafia Siddiqui yang ditahan di AS serta pejuang Taliban dalam tahanan Pakistan.

“Jika anda tidak melakukan apa yang diarahkan Taliban, kemungkinan besar kami akan mati,” kata Och yang kemudian menunjukkan salinan surat khabar diterbitkan di Peshawar, bertarikh 13 Ogos.

Dalam video kedua, pasangan itu bercakap di dalam bahasa Jerman sambil me-megang akhbar bertarikh 15 September, dan kelihatan mereka sedang duduk di luar bangunan dengan empat orang militan berdiri di belakang mereka dan tiga daripadanya sedang memegang senapang.

No comments:

Post a Comment