Thursday 27 October 2011

Pemandu Lori Didenda RM 35,000.00



KUCHING – Seorang pemandu lori dikenakan hukuman denda RM35,000.00 di Mahkamah Majistret Petra Jaya hari ini selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 berkaitan dakwaan cuba menyeludup barangan larangan eksport.

Chiew Poh Kiong, 45 , didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 21 Julai 2011, kira-kira jam 10.30 pagi apabila cuba menyeludup barangan larangan eksport, iaitu 125 tong gas selinder memasak LPG (14 kg) yang bernilai RM3,325.00, di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tebedu, Kuching, Sarawak.

Hakim Portia Tham Ong Leng menetapkan jumlah RM35,000.00 sebagai denda selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh. SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala tertuduh diwakili oleh peguamnya Anthony Tai.

Terdahulu, tertuduh dituduh di Mahkamah Majistret yang sama pada 28 Julai lalu susulan satu operasi oleh pihak SPRM.

Operasi Khas yang digerakkan sepasukan pegawai SPRM Putrajaya itu dikenali sebagai ‘Ops Kawal’, dijalankan di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan Barat bertujuan bagi mengelakkan barangan kawalan bersubsidi diseludup ke luar negara. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

No comments:

Post a Comment