Berita Harian Online | 12 terbunuh di Syria, angka kematian cecah 3,000 orang: "2011/10/15
DAMSYIK: Tentera Syria membunuh sekurang-kurangnya 12 orang hari ini ketika anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang rancak membincangkan resolusi mengutuk tindakan tentera kerajaan dalam menangani kekacauan di negara itu.
Setakat ini, lebih 3,000 nyawa terkorban sejak gerakan antikerajaan meletus di negara itu.
"Dua belas orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Britain yang berpangkalan di Syria, Rami Abdel Rahman kepada agensi melalui telefon.
“Pasukan keselamatan membunuh tujuh orang di Deal manakala seorang wanita dan lelaki di bandar bergolak di selatan Syria, Daraa.
“Sementara itu, dua lagi di sekitar Damsyik dan seorang di pinggir Aleppo,” katanya.
Agensi berita tempatan SANA menafikan kehadiran pasukan keselamatan di Deal. - AFP "
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment