Wednesday, 5 October 2011
Kos baik pulih bangunan Parlimen RM520j
DEWAN Rakyat semalam diberitahu, kos kerja membaik pulih dan menaik taraf Kompleks Bangunan Parlimen ialah RM520 juta dan ia dilaksanakan secara konvensional membabitkan tiga fasa.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, ia perlu dibuat dengan teliti, khususnya pemilihan lokasi blok bangunan baru, reka bentuk dan hiasan dalaman dibuat dengan teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor keselamatan dan keselesaan.
Najib, Rosmah tak perlu jadi saksi kes liwat Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak perlu menjadi saksi pembelaan dalam kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengetepikan sapina yang menghendaki mereka memberi keterangan dalam kes itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Anwar gagal menunjukkan sebarang kaitan atau pentingnnya Perdana Menteri dan isteri dijadikan saksi pembelaan.
Katanya beliau membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit, hujah dan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mendapati Anwar gagal menunjukkan apa kaitannya dan pentingnya Najib dan Rosmah disapina sebagai saksi.
Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri dan isteri meminta mahkamah mengetepikan sapina itu dengan alasan mereka bukan saksi yang relevan dan penting untuk membantu Anwar dalam pembelaannya.
Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, sebagai saksi pembelaan. -BERNAMA
Pekerja restoran baling gelas didakwa
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga lelaki di sebuah kelab malam, bulan lalu.
Loi Siew Fu, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir.
Loi didakwa menyebabkan kecederaan di kening kiri eksekutif pemasaran; Chan Yat Foong, 36, dan pengurus jualan; Tan Chuin Boon, 29, dengan membaling gelas ke arah mangsa.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Live Music Club, Lot GF001, 001A dan 001B, Ground Floor Federal Arcade, Bukit Bintang di sini pada jam 2.30 pagi, 16 September lalu.
Bagi kesalahan itu, Loi didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda atau sebatan.
Dia turut didakwa menyebabkan kecederaan di muka dan kepala jurujual, Ho Wai Keat, 30, menggunakan tangannya pada masa dan tempat yang sama.
Bagi tuduhan itu, dia yang diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Fithril Hakim Ab Jalil mencadangkan jaminan RM12,000 bagi semua tuduhan.
Mahkamah membenarkan Loi diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes.
Lagi mangsa...
Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
norfaezah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya sangka hari jadi tahun ini akan lebih bermakna jika berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta dan rumah, tetapi jangkaan saya meleset apabila dikecewakan serta menjadi mangsa tipu sebuah syarikat melalui peraduan gores dan menang,” kata mangsa tipu, Tan Sim May, 18. Lebih malang, dia diperdayakan sehingga kehilangan wang simpanannya selama setahun bekerja. Tan yang bekerja sebagai pembantu jualan sambilan, berkata dia didatangi dua lelaki yang mengakui sedang mencari pemenang bagi cabutan gores dan menang ketika berada di stesen Monorel KL Sentral. “Pada mulanya, saya diarah memilih satu sampul yang menyatakan nilai perlu dibayar bagi memperoleh hadiah terbabit dan ia menunjukkan RM3,600. “Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu, namun mereka menawarkan untuk meminjamkan RM1,000 kepadanya supaya dia boleh memenangi hadiah ditawarkan,” katanya yang mengadu hal itu kepada Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) kepada Pengerusi biro itu, Wilson Lau. Tanpa mencurigai apa-apa, dia kemudiannya mengikut dua lelaki itu ke pejabat bagi memilih nombor untuk digores. Bagaimanapun, dia diberitahu hanya berjaya membawa pulang dua hadiah berbentuk tilam kesihatan bernilai RM6,188 selepas membayar RM2,600. Menurutnya, sebagai cagaran, dia dibenarkan membawa pulang bantal urut dan hanya boleh menuntut tilam itu sehingga dia membayar kembali wang RM1,000 kepada syarikat terbabit.
norfaezah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya sangka hari jadi tahun ini akan lebih bermakna jika berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta dan rumah, tetapi jangkaan saya meleset apabila dikecewakan serta menjadi mangsa tipu sebuah syarikat melalui peraduan gores dan menang,” kata mangsa tipu, Tan Sim May, 18. Lebih malang, dia diperdayakan sehingga kehilangan wang simpanannya selama setahun bekerja. Tan yang bekerja sebagai pembantu jualan sambilan, berkata dia didatangi dua lelaki yang mengakui sedang mencari pemenang bagi cabutan gores dan menang ketika berada di stesen Monorel KL Sentral. “Pada mulanya, saya diarah memilih satu sampul yang menyatakan nilai perlu dibayar bagi memperoleh hadiah terbabit dan ia menunjukkan RM3,600. “Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu, namun mereka menawarkan untuk meminjamkan RM1,000 kepadanya supaya dia boleh memenangi hadiah ditawarkan,” katanya yang mengadu hal itu kepada Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) kepada Pengerusi biro itu, Wilson Lau. Tanpa mencurigai apa-apa, dia kemudiannya mengikut dua lelaki itu ke pejabat bagi memilih nombor untuk digores. Bagaimanapun, dia diberitahu hanya berjaya membawa pulang dua hadiah berbentuk tilam kesihatan bernilai RM6,188 selepas membayar RM2,600. Menurutnya, sebagai cagaran, dia dibenarkan membawa pulang bantal urut dan hanya boleh menuntut tilam itu sehingga dia membayar kembali wang RM1,000 kepada syarikat terbabit.
Kekasih sebar gambar separuh bogel
AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogel miliknya dikatakan sengaja disebarkan teman lelaki melalui sebuah laman sosial.
Difahamkan, gambar itu mulanya dimuat naik dalam laman sosial milik teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dilihat kenalannya yang kemudian bertindak menyebarkan kepada kenalan lain.
Berikutan penyebaran gambar itu, ia sampai kepada pengetahuan guru pelajar tingkatan empat terbabit yang terkejut sebaik melihat gambar separuh bogel itu lalu bertindak memanggil remaja berkenaan, semalam.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengetahui penyebaran gambar itu turut terkejut sebaik dimaklumkan guru berkenaan.
“Guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Keluarga mangsa diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan.
“Hasil perbincangan, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa mendakwa dipaksa teman lelakinya yang sudah bekerja membuka pakaian hingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Pasangan kekasih mati bersama
TAWAU: Gara-gara memandu kereta ‘sport’ dengan laju, sepasang kekasih maut apabila kenderaan itu terbabas dan merempih tembok batu selepas gagal mengelak seekor anjing melintas jalan di Kilometer 5, Jalan Kuhara, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, pemandu kereta Nissan Fairlady 350Z dikenali sebagai Tam, 35, maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaannya yang hancur, manakala teman wanitanya dikenali Lo, 27, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan. Difahamkan, sebelum kejadian, pasangan terbabit dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke kawasan perniagaan di Hot Spring, di sini.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan mewah itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban ke dalam parit besar di kiri jalan.
“Siasatan mendapati kenderaan itu dipandu laju dan pada masa sama gagal mengelak seekor anjing yang melintas jalan,” katanya.
Menurut Ibrahim, polis turut menemui bangkai anjing yang dipercayai dilanggar mangsa. “Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian termasuk pemandunya tersepit dan dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat beberapa jam kemudian,” katanya.
Calon PMR maut tersepit tayar treler
BENTONG: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Repas, di sini, yang sepatutnya mengambil kertas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) subjek Pendidikan Islam maut selepas tersepit pada tayar kanan treler selepas motosikal ditungganginya merempuh kenderaan berat itu, di Kilometer 7.5, Jalan Bentong-Raub, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa, Muhamad Muhaimin Nordin, 15, dari Felda Lurah Bilut, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Difahamkan, sebelum itu, mangsa sempat mengambil kertas peperiksaan PMR subjek Bahasa Melayu 1 dan 2 sebelum pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama keluarga.
Bagaimanapun, sebaik selesai makan, mangsa menunggang motosikal seorang diri ke SMK Kuala Repas.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata siasatan mendapati mangsa dipercayai melanggar belakang tayar kanan treler itu ketika cuba memotong kenderaan berat berkenaan.
Besi tembusi dada
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuching, kelmarin dengan dadanya tertusuk besi hentian bas.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa, Mohd Yusof Mat Isa, 52, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas ke kiri jalan menyebabkan mangsa tercampak ke arah besi penghadang sebuah hentian bas.
“Akibat kemalangan itu, dada mangsa ditembusi besi menyebabkan mayatnya tergantung,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan laluan ke arah Selayang sesak sejauh kira-kira tiga kilometer.
Dalam kejadian berasingan, beliau berkata, seorang pekerja penghantar makanan segera maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Pandan berhampiran Bulatan Kampung Pandan.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam apabila motosikal ditunggangi mangsa, Wan Mohd Zaini Wan Mohd Zin, 28, hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum tercampak beberapa meter.
“Mangsa dalam perjalanan pulang dari Bukit Bintang sebelum motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan lalu merempuh sebatang tiang lampu,” katanya.
Rakan mangsa yang ditemui, Norzulhelmi Abu, 28 berkata, dia tidak menyangka pertemuan pada majlis pernikahan seorang teman menjadi pertemuan terakhir mereka.
“Arwah tidak henti-henti bergurau senda dengan rakan-rakan dan lebih ceria berbanding biasa, malah ada memberitahu kami niatnya yang mahu mencari kerja lebih baik,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat dan saksi kejadian itu diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa, Mohd Yusof Mat Isa, 52, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas ke kiri jalan menyebabkan mangsa tercampak ke arah besi penghadang sebuah hentian bas.
“Akibat kemalangan itu, dada mangsa ditembusi besi menyebabkan mayatnya tergantung,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan laluan ke arah Selayang sesak sejauh kira-kira tiga kilometer.
Dalam kejadian berasingan, beliau berkata, seorang pekerja penghantar makanan segera maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Pandan berhampiran Bulatan Kampung Pandan.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam apabila motosikal ditunggangi mangsa, Wan Mohd Zaini Wan Mohd Zin, 28, hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum tercampak beberapa meter.
“Mangsa dalam perjalanan pulang dari Bukit Bintang sebelum motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan lalu merempuh sebatang tiang lampu,” katanya.
“Arwah tidak henti-henti bergurau senda dengan rakan-rakan dan lebih ceria berbanding biasa, malah ada memberitahu kami niatnya yang mahu mencari kerja lebih baik,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat dan saksi kejadian itu diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Sorok ecstacy dalam kotak hadiah
SHAH ALAM: Taktik seorang lelaki warga emas menyorokkan 1,000 biji pil ecstacy dalam kotak hadiah gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dia ditahan polis di Taman Muda, Ampang, Ahad lalu.
Malah, pemeriksaan lanjut pada kira-kira jam 1 pagi dalam kenderaan dibawa dan di rumah suspek berumur 52 tahun berkenaan turut berjaya menemui 9,642 biji lagi pil ecstacy dengan harga pasaran keseluruhan bernilai RM266,000.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata pihaknya percaya pil ecstacy berkenaan akan diedar untuk pasaran di kelab malam.
“Lelaki yang bekerja sebagai penjual barangan lusuh itu ditahan reman sehingga 9 Oktober ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Thaiveegan memberitahu, polis menahan tiga lelaki terbabit dalam kes pecah dan bakar rumah di sekitar Kajang, Cheras dan Balakong pada 30 September lalu.
Beliau berkata, polis menahan semua suspek itu dalam sebuah apartmen di Kajang, dan merampas motosikal suspek.
Menurutnya, pelbagai bukti lain dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan termasuk parang, pisau, pistol mainan dan alat-alat pecah rumah turut ditemui.
“Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati ketiga-tiga lelaki berusia sekitar 20-an dan 30-an itu positif ujian dadah dan dipercayai turut terbabit lebih 30 kes samun sekitar negeri ini.
“Siasatan mendapati ada antara suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau dan polis masih menjalankan siasatan jika mereka terbabit dengan jenayah di luar Selangor,” katanya.
Menurutnya, semua suspek berkenaan ditahan reman sehingga 11 Oktober ini.
Suami cekup 2 penipu
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
DUNGUN: “Saya tidak sangka mereka berniat menipu saya,” kata peniaga, Rosidah Mamat, 24, selepas wang tunai RM200 miliknya dilarikan dua warga Filipina yang berpura-pura ingin menukar wang di kedai runcitnya di Kampung Landas, di sini, petang kelmarin.
Dia berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, dua warga asing terbabit memberhentikan kereta Datsun Sunny berwarna putih di hadapan kedainya dan berpura-pura mahu membeli barang.
“Mereka memaklumkan mahu membeli sabun dan roti sebelum menghampiri saya di kaunter dan seorang mengeluarkan wang RM100 sebanyak enam keping di depan saya,” katanya.
Menurutnya, suspek memintanya menukar semua wang tunai RM600 itu dengan RM50.
“Bagaimanapun, saya memberitahu wang untuk ditukar tidak mencukupi kerana saya hanya ada RM400 ketika itu. “Suspek kemudian memegang wang saya sebanyak RM400 itu dan sekali lagi membuat helah dengan meminta menukar dengan nilai RM5 dan sebaik saya menjawab tiada, dia menyerahkan kembali wang RM400 itu kepada saya,” katanya.
Katanya, dalam suasana kalut kedua-dua warga asing itu berpura-pura pula bertanya harga rokok di kedainya, dia tanpa mengira semula wang itu memasukkannya ke dalam laci.
“Selepas kedua-dua suspek beredar, saya membuka laci untuk mengira semula wang yang dikembalikan itu dan terkejut apabila mendapati wang itu kurang sebanyak RM200 sebelum memaklumkan kepada suami yang berada di luar kedai,” katanya.
Rosidah berkata, suaminya, Mohd Asmawi Mohd Razak, 31, kemudian memecut kereta mengejar kedua-dua suspek dan selepas beberapa kali berhenti untuk bertanya kepada penduduk sama ada mereka nampak kereta yang dinaiki suspek, suaminya dimaklumkan kereta berkenaan memasuki Felda Jerangau.
“Saya percaya suspek mahu melakukan jenayah sama kepada peniaga di kawasan itu namun tidak berjaya sebelum memandu keluar dari Felda berkenaan,” katanya.
Suami mangsa, Mohd Asmawi Mohd Razak, 31, berkata dia terserempak dengan kenderaan dinaiki suspek yang berhenti di sebuah simpang sebelum menyekat kereta itu.
“Sebaik keluar dari kereta, saya memaklumkan apa yang berlaku kepada beberapa penduduk yang secara kebetulan berada di kawasan itu dan dengan bantuan mereka, saya menyerbu kenderaan suspek dan menahan mereka,” katanya.
Mohd Asmawi berkata, kedua-dua suspek memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dan sanggup mengganti kembali wang tunai yang dicuri itu namun dia enggan menerimanya.
“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Jerangau dan saya bersama isteri membuat laporan pada jam 6.30 petang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, kedua-dua suspek berusia 39 dan 53 tahun itu kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya.
Tiga dicekup, seorang diburu
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes samun mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Jalan Segambut , di sini, 10 September lalu diberkas polis manakala seorang lagi rakan suspek masih diburu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua lelaki yang memakai topi keledar, topeng dan bersenjatakan sepucuk pistol memasuki bank berkenaan ketika dua kakitangan bank membaiki mesin itu.
“Suspek merampas beg silang milik pengawal keselamatan bank mengandungi sepucuk pistol dan lima butir peluru sebelum mengarahkan mangsa membuka mesin CDM dan melarikan wang tunai RM61,400 sebelum melarikan diri dengan dua motosikal bersama dua lagi rakan yang menunggu di depan bank.
“Hasil siasatan, polis menahan ketiga-tiga suspek berusia antara 22 dan 25 tahun di sebuah rumah di Batu Caves, 28 September lalu dan menemui dua pucuk pistol, satu digunakan untuk merompak manakala satu lagi milik pengawal keselamatan bank yang dilarikan,” katanya.
Menurutnya, polis kini memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Al-Syahfarin Ahmad, 26, beralamat Batu 23 1/2, Jalan Sahom, Sungai Siput Selatan, Kampar, Perak dan Flat Taman Desa, Batu Caves 1, bagi membantu siasatan.
Keahlian digantung tapi perlu bayar yuran
KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengutip sampah-sarap untuk dikitar semula di sebuah kelab golf terkemuka di Shah Alam, seorang pesara swasta mendakwa digantung sebagai ahli selama enam bulan bermula September lalu hingga Mac tahun depan.
Mangsa, Lee Choon Poke, 51, berkata dia menjadi ahli kelab itu sejak tiga tahun lalu dan kesal apabila pihak pengurusan menggantung keahliannya hanya kerana perkara kecil.
Bagaimanapun, dia tetap perlu membayar yuran keahlian RM270 bagi tempoh tiga bulan sedangkan dia, isteri dan tiga anak tidak boleh memasuki kawasan kelab.
“Akibat tindakan itu, saya sekeluarga dihalang dan tidak boleh memasuki kelab itu untuk melakukan aktiviti riadah.
“Selain itu, kami langsung tidak boleh menjejakkan kaki ke kelab yang dua kilometer dari rumah walaupun untuk membeli makanan di restoran kelab,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam, kelmarin, kerana tidak puas hati dengan tindakan kelab berkenaan.
67 ahli sindiket penipuan kad kredit di Internet diusir
MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengusir 67 warga China didakwa anggota sindiket jenayah antarabangsa yang mahir dalam penipuan kad kredit melalui Internet, kata Biro Imigresen semalam.
Ketua Siasatan Biro Imigresen, Arvin Santos, berkata suspek ditahan selepas anggota imigresen menyerbu dua rumah di Manila, minggu lalu.
Katanya, rumah berkenaan digunakan sebagai pusat operasi.
“Mereka bertindak seolah-olah ejen pusat panggilan yang menghubungi mangsa di China dan Taiwan.
“Mangsa diyakinkan supaya membeli pelbagai barang atau perkhidmatan dan membuat bayaran menggunakan kad kredit,” katanya.
Sebaik saja bayaran diterima, kata Santos, wang itu dipindahkan ke akaun bank sindiket terbabit.
“Sindiket itu melatih 67 warga China untuk bekerja di Mania dengan dijanjikan gaji lumayan,” katanya.
Menurut Santos, semua 67 suspek diterbangkan ke Beijing minggu lalu.
Februari lalu, Filipina menghantar 14 warga Taiwan yang terbabit dalam penipuan serupa ke China, menyebabkan berlaku ketegangan diplomatik Manila - Taipei. - AFP
FSB tahan perisik
MOSCOW: Russia semalam mengumumkan penahanan seorang lelaki warga China kerana didakwa cuba mendapatkan dokumen sulit mengenai sistem misil S-300 ketika menyamar sebagai pegawai penterjemah.
Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) berkata, lelaki terbabit ditahan pada 28 Oktober lalu tetapi agensi itu enggan menyatakan mengapa ia gagal dilaporkan sebelum ini.
Kenyataan FSB mendakwa, suspek dikenali sebagai Tong Shengyong dan kesnya dirujuk kepada pendakwa Mahkamah Bandar Raya Moscow kelmarin.
“Siasatan mendapati lelaki itu diberikan tugasan dari Kementerian Keselamatan Awam China,” kata kenyataan itu. - AFP
Pesakit mental rempuh penjara, pejabat antinarkotik dengan jentolak
YANBU: Seorang lelaki yang dikatakan mempunyai masalah mental cuba melawan polis, setelah merempuh pagar penjara, meranapkan kereta dan memusnahkan rumah pengawal Jabatan Antinarkotik, semalam.
Lelaki berusia 30-an, melepaskan diri dari Hospital Besar Yanbu, mencuri sebuah jentolak dari sebuah kawasan pembinaan setelah menendang pemandunya keluar dari kenderaan itu.
Menurut akhbar Al-Madinah semalam, “Dia menyerbu Penjara Yanbu setelah merempuh pagar dan menyerang pengawal di penjara itu.
Dia kemudian terus ke pejabat Jabatan Antinarkotik yang berdekatan dan merosakkan enam kereta yang diletakkan di depan bangunan itu.
Bakar diri kerana gagal periksa
ALGIERS: Seorang remaja membakar dirinya di hadapan rakan sekelasnya kerana gagal dalam peperiksaan dan tidak dibenarkan untuk mengulang tahun akhir, menurut laporan, semalam
Kejadian itu berlaku di Souiyah El Houiri.
Pelajar yang berusia 19 tahun itu dikejarkan ke hospital di Oran dan berada dalam keadaan kritikal.
Remaja itu menyimbah badannya dengan minyak tanah dan membakar dirinya di hadapan bilik rehat guru.
Video seks pelajar universiti pula tersebar
SIDRAP: Setelah kes video seks yang dilakonkan dan ‘diarahkan’ oleh pelajar perempuan Sekolah Menengah di Malang, Jawa Timur, tersebar, kini satu lagi video seks pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama 2 Rappang, Sulawesi Selatan pula tersebar.
Hampir seminggu penduduk kota Perapare dan Wilayah Sidrap digemparkan dengan berita video seks mahasiswa Universiti Muhammadiyah Prepare (Umpar).
Video dua minit 43 saat itu menayangkan dua pelajar melakukan adegan seks. Ia diambil menggunakan telefon bimbit berkamera pada pada jam 11 pagi (Waktu Indonesia Tengah), Ahad, Jun lalu.
Ketua Polis Sidrap, AKBP Syamsi berkata, pihaknya sudah mendapat nama pelajar di dalam telefon tersebut. Nama mereka mempunyai awalan W.A.S, 16 tahun dan I.D.R berusia 20 tahun. Mereka melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Kota Rappang.
“Kami harap penduduk tidak menyebarkan video itu dan kami juga sedang menyiasat siapa yang menyebarkan video itu. Kami harap ibu bapa gadis tersebut dapat memberi kerjasama untuk menyelesaikan kes ini,” kata Syamsi.
Setiausaha Agensi Pendidikan, Wilayah Sidrap, Nurkahana, juga memohon supaya video itu tidak disebarkan lagi kerana bimbang akan memberikan impak buruk kepada dunia pendidikan.
“Kami hanya mahu video ini dihapuskan saja,” katanya
Hampir seminggu penduduk kota Perapare dan Wilayah Sidrap digemparkan dengan berita video seks mahasiswa Universiti Muhammadiyah Prepare (Umpar).
Video dua minit 43 saat itu menayangkan dua pelajar melakukan adegan seks. Ia diambil menggunakan telefon bimbit berkamera pada pada jam 11 pagi (Waktu Indonesia Tengah), Ahad, Jun lalu.
Ketua Polis Sidrap, AKBP Syamsi berkata, pihaknya sudah mendapat nama pelajar di dalam telefon tersebut. Nama mereka mempunyai awalan W.A.S, 16 tahun dan I.D.R berusia 20 tahun. Mereka melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Kota Rappang.
“Kami harap penduduk tidak menyebarkan video itu dan kami juga sedang menyiasat siapa yang menyebarkan video itu. Kami harap ibu bapa gadis tersebut dapat memberi kerjasama untuk menyelesaikan kes ini,” kata Syamsi.
Setiausaha Agensi Pendidikan, Wilayah Sidrap, Nurkahana, juga memohon supaya video itu tidak disebarkan lagi kerana bimbang akan memberikan impak buruk kepada dunia pendidikan.
“Kami hanya mahu video ini dihapuskan saja,” katanya
2 dirawat kerana makan kari ‘paling pedas di dunia’
LONDON: Sebuah restoran dikecam kerana pertandingan memakan cili paling pedas di dunia yang dianjurkannya menyebabkan dua peserta dirawat di hospital.
Peserta terbabit menyertai pertandingan anjuran Restoran Kismot di Edinburgh, tiba-tiba muntah, menggelupur di lantai dan pitam.
Seorang daripada pelanggan restoran itu, Curie Kim, berkata dia berasa tidak selesa selepas merasa hidangan Kismot Killer disediakan restoran berkenaan.
Kata Curie, dia terpaksa dikejarkan ambulans ke hospital dua kali dalam tempoh beberapa jam kerana sakit perut dan muntah. Restoran itu mewajibkan peserta mesti berusia lebih 18 tahun dan menandatangani perakuan sebelum menyertai pertandingan berkenaan.
Walaupun dua petugas Palang Merah Britain bersedia memberi bantuan di restoran itu, mereka gagal menangani insiden berkenaan.
Laman sesawang restoran itu menyatakan, pertandingan itu “bukan mencari siapa makan paling banyak, tetapi pemenang dipilih berdasarkan ketahanan mereka kepada masakan cili paling pedas di dunia.” - XXX
Peserta terbabit menyertai pertandingan anjuran Restoran Kismot di Edinburgh, tiba-tiba muntah, menggelupur di lantai dan pitam.
Seorang daripada pelanggan restoran itu, Curie Kim, berkata dia berasa tidak selesa selepas merasa hidangan Kismot Killer disediakan restoran berkenaan.
Kata Curie, dia terpaksa dikejarkan ambulans ke hospital dua kali dalam tempoh beberapa jam kerana sakit perut dan muntah. Restoran itu mewajibkan peserta mesti berusia lebih 18 tahun dan menandatangani perakuan sebelum menyertai pertandingan berkenaan.
Walaupun dua petugas Palang Merah Britain bersedia memberi bantuan di restoran itu, mereka gagal menangani insiden berkenaan.
Laman sesawang restoran itu menyatakan, pertandingan itu “bukan mencari siapa makan paling banyak, tetapi pemenang dipilih berdasarkan ketahanan mereka kepada masakan cili paling pedas di dunia.” - XXX
Taj Mahal runtuh 2016?
Taj Mahal |
AGRA: Mercu tanda India yang sering dianggap satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal, bakal runtuh dalam tempoh lima tahun lagi, kecuali langkah segera diambil bagi mengukuhkan asasnya.
Bangunan marmar berusia 358 tahun itu menjadi daya tarikan paling popular di India dan dilawati kira-kira empat juta pelancong setahun.
Terletak di Agra, Taj Mahal berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran apabila sungai yang terletak berhampirannya diancam pencemaran serta aktiviti perindustrian serta penebangan hutan.
Aktivis berpendapat, asas yang menampung bangunan Taj Mahal semakin lemah dan longgar.
Beberapa retakan dikesan di bahagian makam dalam Taj Mahal pada tahun lalu, manakala empat menara yang ada di bucu bangunan itu menampakkan tanda condong.
Taj Mahal dibangunkan pemerintah Mogul, Shah Jahan, yang bersedih akibat kematian isteri tercintanya, Mumtaz Mahal, ketika melahirkan bayi.
Imej Taj Mahal yang selalu dikaitkan dengan romantik turut menjadi perhatian selebriti dan kerabat diraja, termasuk Puteri Diana, yang pernah bergambar di depannya selepas rumah tangganya dengan Putera Charles menemui kegagalan.
Sejarawan India, Prof Ram Nath, berkata kedudukan Taj Mahal terletak berhampiran tebing Sungai Yamuna yang semakin susut.
“Sungai Yamuna adalah sebahagian daripada reka bentul Taj Mahal dan jika ia mati, Taj Mahal juga tiada maknanya lagi,” katanya. - XXX
Geng bocor tayar tumpas
RAMPAS...Ku (kanan) melihat barangan yang dirampas. |
KUALA LUMPUR: Hanya menggunakan paku khas bagi membocorkan tayar kenderaan mangsa yang baru mengeluarkan wang di bank, sekumpulan lima penjenayah warga Amerika Latin dikatakan mampu meraih hasil samun melebihi RM600,000.
Taktik baru kumpulan penyamun itu mula dikesan sekitar ibu negara sejak Ogos lalu yang didalangi beberapa warga Peru dan Guatemala berusia antara 40 hingga 50-an yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Selain di Malaysia, kumpulan itu juga dipercayai aktif di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Vietnam, Jepun dan Korea.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sejak beberapa bulan lalu terima laporan mangsa yang baru keluar dari bank dan membawa wang tunai mendakwa tayar kereta mereka pancit dan ketika membaiki kerosakan itu, disamun yang disyaki dilakukan warga asing. “Dua wanita ahli kumpulan berkenaan dipercayai memainkan peranan sebagai pemerhati dalam kawasan bank bagi mengenal pasti mangsa sebelum menyalurkan maklumat kepada rakan yang menunggu di luar.
“Selepas mangsa dikenal pasti, anggota kumpulan di luar akan meletak paku khas pada tayar kenderaan mangsa dan sebaik mangsa pergi ke arah kenderaannya, suspek terus menghampiri dan berpura-pura menawarkan bantuan,” katanya, semalam.
Menurutnya, setakat ini, polis mengenal pasti lima kes samun menggunakan taktik sama sekitar ibu negara dan menahan lima suspek hasil pemantauan pasukan khas ditubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jumaat lalu dan kelmarin.
Katanya, tangkapan pertama membabitkan dua suspek yang berlegar-legar sekitar kawasan bank di Batu 3, Jalan Ipoh dan menemui beberapa peralatan termasuk paku khas dipercayai digunakan bagi membocorkan tayar kenderaan mangsa.
Lebih rela humban bayi
TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam. |
TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.
Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.
Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.
Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.
Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.
Raja Lawak kena tahan
TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.
Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.
Dua maut dalam kejadian tembakan di kuari AS
06/10/2011 3:40am
LOS ANGELES 6 Okt. - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kuari di selatan San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.
Sekurang-kurangnya empat orang cedera parah dalam kejadian tersebut yang berlaku di kuari Hanson Permanente di Cupertino, kira-kira pukul 4 pagi (7 malam waktu Malaysia) selepas mesyuarat pertukaran syif.
Beberapa pasukan khas polis, SWAT dikerahkan ke tempat kejadian untuk memburu penyerang terbabit. - AFP
Erdogan: Israel adalah negara pengganas
Beliau turut menuduh Israel sebagai negara pengganas.
"Saya melihat Israel sebagai ancaman terhadap negara lain di sekitarnya kerana mempunyai bom atom," lapor agensi berita Anatolia yang memetik kata Erdogan yang mengadakan lawatan rasmi ke Afrika Selatan.
Erdogan sebelum ini menuduh Barat bersikap pilih kasih kerana melarang Iran membina senjata nuklear tetapi tidak mengambil tindakan serupa terhadap Israel.
Hubungan Turki-Israel yang sebelum ini pernah bersekutu, kini terjejas ekoran keengganan Israel memohon maaf atas kejadian serbuan komando Zionis terhadap kapal bantuan Turki, yang mana sembilan aktivis negara ini terbunuh pada akhir Mei tahun lalu.
Bulan lalu, Erdogan menghalau duta Israel dan membekukan hubungan ketenteraan serta perjanjian pertukaran alatan pertahanan.
Ankara turut mengancam untuk menghantar kapal perang negaranya bagi mengiringi mana-mana kapal Turki ke Palestin.
Menurut stesen NTV, kenyataan Erdogan itu dikeluarkan sebagai membalas komen diplomat Israel di Afrika Selatan yang menyalahkan Hamas kerana melancarkan serangan roket ke wilayah rejim Zionis itu. - AFP
Tinjauan: Tentera AS anggap perang di Iraq 'perjuangan yang sia-sia'
Menurut tinjauan pendapat oleh Pew Research Center, majoriti mereka turut berpendapat selepas 10 tahun serangan yang dikatakan dilakukan oleh al-Qaeda itu, AS seharusnya memberi fokus kepada masalah dalaman negara berbanding mencampuri urusan hal ehwal negara luar.
Tinjauan itu juga menunjukkan kebanyakan mereka kini lebih terarah untuk menyokong pembangkang dan tidak menyukai pentadbiran Presiden Barack Obama.
Ia sekali gus memberi tamparan hebat kepada Obama yang kini berhadapan dengan pergelutan belanjawan defisit.
Tinjauan berkenaan juga memberi kesan terhadap Obama yang kini sedang berusaha mendapatkan sokongan umum untuk AS terus terlibat dalam kancah konflik di Iraq dan Afghanistan. - Agensi
Kunjungan Ratu Universe ke Indonesia jadi kontroversi
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
saharudin.musthafa@utusan.com.my
JAKARTA 5 Okt. - Kunjungan sulung Miss Universe 2011, Leila Lopes ke Indonesia diseret ke kancah kontroversi selepas dia dilaporkan dibayar sebanyak AS$84,000 (RM268,000) hanya untuk menghadiri satu acara makan malam amal.
Lopes dijadual menjadi tetamu kenamaan majlis makan malam amal sempena sambutan ulang tahun persatuan isteri-isteri polis, Bhayangkari cawangan Jawa Timur pada Selasa depan.
Muka depan akhbar Jakarta Globe hari ini melaporkan, bayaran berkenaan diperoleh daripada sumbangan pegawai-pegawai polis untuk dibayar kepada ratu cantik yang berasal dari Angola itu sebagai ganjaran atas kehadirannya.
Sehubungan itu, pakar pertahanan negara, Bambang Widodo Umar menggesa Ketua Polis Negara, Jeneral Timur Pradopo supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Putut Bayusenot atas skandal berkenaan.
"Ketua Polis Negara atau pengerusi Persatuan Bhayangkari seharusnya menasihatkan Ketua Polis Jawa Timur atau isterinya bagaimana cara untuk meraikan ulang tahun," kata pensyarah di Universiti Polis Kebangsaan itu lagi.
Bambang yang juga bekas pegawai di Suruhanjaya Polis Kebangsaan berkata, adalah lebih baik sumbangan wang sebanyak itu disalurkan kepada badan-badan kebajikan atau membantu anggota polis pangkat rendah.
"Ada ketika anggota polis yang berjawatan kecil tidak mampu untuk membayar sewa rumah mereka," tegas Bambang lagi.
Sementara itu, dalam kunjungannya ke negara ini, Lopes juga dibawa ke bilik pameran jualan kereta buatan Malaysia, Proton di Pondok Indah di sini hari ini.
Dalam kunjungan singkat itu, Lopes turut diberi peluang menaiki kenderaan Proton Exora President (versi Indonesia).
"Exora sebuah kereta yang sangat selesa. Saya hampir terlelap kerana keselesaan yang ada pada Exora," kata Lopes yang turut ditemani Puteri Indonesia, Nadine Alexandra Dewi Ames. - Utusan
Bersih: Anggota langgar SOP dikenakan tindakan
Tindakan itu diambil selepas satu siasatan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalankan ke atas rakaman video yang dimuat turun daripada beberapa laman web.
Langkah itu bertujuan bagi mengenal pasti pelaku yang membaling bom asap ke arah Hospital Bersalin Cina yang diberhentikan sementara perkhidmatannya pada 2006 untuk kerja-kerja pengubahsuaian.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, anggota itu bagaimana pun tidak didakwa di mahkamah selepas pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mendapati tiada saksi dan mangsa dalam kejadian tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran anggota terbabit.
"Tindakan berkenaan diambil ke atasnya kerana dia bertugas di bawah Kontinjen Kuala Lumpur. Keputusan itu diambil bukanlah merangkumi keseluruhan insiden," katanya ketika mengulas laporan siasatan dalaman Kementerian Kesihatan berhubung kejadian itu yang diumumkan semalam.
Dalam laporan itu mengesahkan pihak polis telah melanggar garis panduan SOP ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan haram di kawasan hospital berkenaan.
Laporan itu juga mengesahkan bahawa meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.
Enam suspek cubaan bunuh Presiden Afghanistan ditahan
06/10/2011 3:40am
KABUL 5 Okt. - Enam suspek ditahan selepas rancangan untuk membunuh Presiden Afghanistan Hamid Karzai digagalkan, kata Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Jurucakap kementerian tersebut, Siddiq Siddiqui berkata, agensi perisikan Afghanistan memberkas enam orang yang dikaitkan dengan cubaan membunuh presiden negara ini.
Laporan mengenai penahanan itu disiarkan ekoran beberapa siri pembunuhan sekutu utama Karzai.
Pada 20 September lalu, utusan khas keamanan, Burhanuddin Rabbani, yang juga bekas Presiden Afghanistan, terbunuh dalam serangan pengebom berani mati di rumahnya di Kabul, sekali gus menjejaskan strategi Karzai untuk berunding dengan Taliban. – AFP
Cubaan lelaki Greece seludup dadah bernilai RM3.6 juta gagal
06/10/2011 3:40am
DENPASAR 6 Okt. - Polis Indonesia semalam menahan seorang lelaki warga Greece yang dituduh cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine bernilai AS$1.2 juta (RM3.6 juta) ke Pulau Bali.
Ketua Kastam Ngurah Rai, Made Wijaya berkata, Nikolaos Bouikidis yang boleh dijatuhi hukuman mati jika disabitkan kesalahan, didapati menyimpan 4.2 kilogram dadah yang disembunyikan di dalam beg pakaiannya.
Suspek berusia 36 tahun itu tiba di ibu kota Bali, Denpasar pada Isnin lalu dengan menaiki penerbangan Qatar Airways dari Doha melalui Singapura.
"Semasa pemeriksaan, kami mengesan objek yang mencurigakan dalam beg pakaian berwarna kelabu milik suspek.
"Selepas diteliti, kami menjumpai dua plastik yang mengandungi serbuk berbentuk kristal dalam beg tersebut," katanya. - AFP
Bangunan bursa saham Jerman terima ancaman bom
06/10/2011 3:40am
FRANKURT 6 Okt. - Bangunan bursa saham Frankurt, Jerman terpaksa dikosongkan selepas menerima satu ancaman bom, semalam kata jurucakap bursa itu.
Bangunan tersebut yang terletak di kawasan perniagaan di Frankurt dikosongkan kira-kira pukul 12 tengah malam waktu Malaysia, setengah jam sebelum urusniaga ditutup.
Imej di televisyen turut menyiarkan keadaan bangunan tersebut yang kosong. - AFP
Palestin dapat sokongan kuat jadi anggota UNESCO
06/10/2011 3:40am
PARIS 6 Okt. – Palestin beroleh kemenangan diplomatik yang pertama selepas jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyokong permohonan negara itu menjadi anggota pertubuhan tersebut.
Permohonan Palestin itu akan dibentang pada Mesyuarat Agung UNESCO pada akhir bulan ini untuk mendapat kelulusan akhir.
Ia sekali gus sebagai kemenangan buat wilayah yang sudah memohon mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan lalu.
Palestin memperolehi 40 undi daripada 58 anggota pertubuhan tersebut, manakala empat negara menentang dan 14 yang lain berkecuali. – AFP
India lancar komputer tablet termurah di dunia
NEW DELHI 5 Okt. - India hari ini melancarkan komputer kos rendahnya yang sudah lama dinanti-nantikan, peranti tablet berharga AS$45 (RM135) yang bertujuan membawa revolusi teknologi maklumat kepada puluhan juta pelajar di negara ini.
Komputer itu dilengkapi skrin sentuh 18 sentimeter, akses Internet Wi-Fi, pemain media dan kuasa bateri selama 180 minit, menurut spesifikasi rasmi.
Tablet buatan tempatan itu diberi nama Akash atau Langit (gambar) dan dilancarkan di sini oleh Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Kapil Sibal selepas bertahun-tahun tergendala.
"Harganya 2,200 rupee (RM135) dan bekalan pertama sebanyak 500 tablet akan diserahkan kepada pelajar selepas pelancaran," kata jurucakap kementerian, Mamata Varma. - AFP
Cermin mata Hitler dilelong
BERLIN 5 Okt. - Cermin mata milik ketua Nazi, Adolf Hitler adalah antara barangan milik pemimpin diktator itu yang bakal dilelong dalam satu upacara lelongan besar-besaran hujung bulan ini.
Walaupun Hitler jarang dilihat memakainya kerana menganggap ia sebagai satu kelemahan dan boleh menjatuhkan martabatnya, cermin mata dengan bekas kulit hitam dan tertera nama pakar optik Berlin, Ruhnke itu dijangka akan dilelong pada harga permulaan 5,000 pound (RM24,660).
Antara barangan lain Hitler yang turut akan dilelong termasuklah bekas rokok perak yang akan ditawarkan dengan harga permulaan 9,500 pound (RM46,847).
Hitler bukanlah seorang perokok tetapi rokok disediakan untuk orang kenamaan yang datang ke Reich Chancellery di Berlin.
Koleksi paling menarik yang bakal dilelong pula adalah jam emas yang dihadiahkan kepada Hitler pada tahun 1929 dan ditemui pada mayatnya.
Lelongan ini dikendalikan oleh Hermann Historica Munich, antara firma lelongan paling berpengaruh di Jerman. - AGENSI
Rusia, China guna kuasa veto halang resolusi Eropah untuk sekat Syria
Tindakan dua kuasa besar itu mendedahkan perpecahan antarabangsa berhubung kempen kekerasan yang dijalankan oleh Damsyik terhadap penunjuk perasaan sejak beberapa bulan lalu.
Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Susan Rice mengetuai delegasi Barat yang lain meninggalkan sidang Majlis Keselamatan itu apabila Duta Syria menuduh Washington terlibat dalam 'pembunuhan kaum'.
Berikutan rundingan selama hampir enam bulan, sembilan negara mengundi untuk menyokong teks resolusi yang dirangka oleh Perancis bersama-sama Britain, Jerman dan Portugal.
Usul itu menuntut 'langkah-langkah khusus' dikenakan jika Presiden Syria, Bashar al-Assad tidak menghentikan serangan ke atas penunjuk perasaan, yang menurut PBB sudah meragut sekurang-kurangnya 2,700 nyawa.
Afrika Selatan, India, Brazil dan Lebanon berkecuali, sekali lagi mengesahkan perpecahan di kalangan 15 negara anggota badan tersebut sejak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan udara ke atas Libya menggunakan resolusi PBB bagi mewajarkan tindakan ketenteraan itu.
Tindakan veto Rusia dan China adalah yang pertama digunakan secara bersama oleh kedua-dua negara kuasa besar itu sejak mereka menyekat sekatan PBB ke atas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe pada Julai 2008. - AFP
Pengurus bank ditahan reman bantu siasatan kes kematian anak
Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Nor'iza Mohamed terhadap lelaki tersebut yang berusia 43 tahun mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Dalam kejadian Sabtu lalu, orang ramai dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya di dalam sebuah parit di Parit Amal, Jalan Seri Tanjung, Bakri di sini.
Mayat tersebut yang hanya berseluar pendek pada mulanya dijumpai oleh sekumpulan kanak-kanak kira-kira pukul 2 petang di kawasan itu dengan kesan tetakan akibat objek tajam di leher, bahu dan tangan, selain beberapa kesan lebam di badan.
Hasil siasatan polis menerusi cap jari mangsa, identiti mayat itu telah dikenal pasti sebagai penduduk tempatan yang berusia 20 tahun dan berasal dari Taman Sri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad di sini.
Pengecaman mayat itu turut dibuat oleh suspek semalam sebelum dia diberkas oleh pihak polis pada pukul 10 malam hari yang sama.
Mangsa yang terbabit dalam penagihan dadah itu dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di dalam parit di kawasan tersebut dan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.
Difahamkan, suspek telah ditahan setelah polis mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) milik lelaki itu adalah sama seperti kereta yang digambarkan dilihat di tempat penemuan mayat berkenaan.
Sabotaj mesin deposit wang sebelum menyamun
Dalam kejadian pukul 3.30 petang pada 10 September lalu, kumpulan tersebut berjaya melarikan wang tunai RM61,400 daripada mesin milik sebuah bank di Jalan Segambut di sini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, dua suspek yang masing-masing memakai topi keledar gelap dan topeng meluru masuk ke dalam bank sebelum mengacukan sepucuk revolver ke arah dua juruteknik yang sedang membaiki mesin itu.
"Suspek terus merampas sebuah beg mengandungi sepucuk revolver serta lima butir peluru daripada salah seorang juruteknik itu.
"Penjenayah itu kemudian merampas wang tunai daripada mesin CDM sebelum melarikan diri bersama dua lagi rakan yang sedia menunggu di hadapan bank," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil maklumat risikan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis menahan tiga suspek berusia antara 22 hingga 25 tahun dan merampas dua pucuk revolver model Taurus buatan Brazil.
"Polis kini memburu seorang lagi lelaki iaitu Al-Syahfarin Ahmad, 26, bagi membantu siasatan di dalam kes itu," katanya.
Katanya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek turut dipercayai terlibat dengan kes samun di Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bahru baru-baru ini.
Anak gadai nyawa selamatkan bapa
Kejadian berlaku pukul 12.50 tengah hari ketika mangsa, Ismail Ibrahim, 78, yang lumpuh di kaki akibat kemalangan motosikal kira-kira tiga tahun lalu, berada seorang diri di rumah.
Menurut menantu mangsa, Melati Mat Noor, 41, ketika kejadian bapa mertuanya berada di ruang dapur rumahnya sebelum api yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu menyambar bahagian ruang tamu dan marak dengan pantas.
"Jiran saya terdengar bunyi benda meletup dan melihat api keluar dari tingkap ruang tamu rumah saya. Jiran itu kemudian segera menelefon suami saya (Che Jantan Ismail, 43).
"Ketika itu saya mengajar di tadika Kemas Kampung Banggol, enam anak saya pula ke sekolah manakala anak bongsu berusia tiga bulan di tempatkan di rumah jiran," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, Che Jantan yang bekerja di kilang papan tidak jauh dari rumahnya bergegas pulang dan melihat api sudah marak namun suaminya itu memberanikan diri masuk melalui pintu dapur dan membawa bapanya keluar.
"Suami tiba awal seminit, jika terlambat, mungkin bapa mertua saya (Ismail) tidak dapat diselamatkan kerana api sudah marak ketika itu. Biarpun tiada apa yang tinggal, kami bersyukur, bapa dapat diselamatkan," ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut melawat keluarga malang itu dan menghulurkan sumbangan peribadi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.57 tengah hari dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.
Menurutnya, punca sebenar kejadian masih disiasat dan jumlah kerugian dianggarkan RM100,000.
Pengemis campak bayi dalam laut elak ditangkap
Kejadian berlaku berdekatan Sabindo, ketika operasi bersepadu membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalankan pada pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang berusia lingkungan 40-an bukan sahaja mencampakkan anaknya, malah dia sendiri turut terjun ke dalam laut untuk melarikan diri.
Tiga lagi anaknya yang berusia antara 6 hingga 8 tahun turut terjun dan sempat melarikan diri ke tengah laut.
Berikutan tindakan keluarga itu terjun ke laut, pihak penguat kuasa yang menyertai operasi tersebut segera terjun dan berjaya menyelamatkan wanita dan bayinya.
Operasi tersebut berjaya menahan seramai 23 pengemis, termasuk 13 kanak-kanak yang kesemuanya berusia antara 6 bulan hingga 60 tahun.
Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau merangkap ketua operasi, Asnah Kassim berkata, operasi itu diadakan bagi memberi bantuan serta perlindungan kepada kutu-kutu rayau di bandar ini.
Katanya, ia dibuat setelah banyak aduan diterima berhubung kegiatan mengemis yang dikuasai warga asing selain penglibatan anak-anak mereka.
Beliau berkata, hasil daripada operasi yang dijalankan, ia diharap dapat membersihkan imej bandar ini daripada dilabelkan sebagai pusat pengemis, khususnya kepada para pelancong.
Sindiket dadah ditumpas
Oleh Farik Salleh
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KOTA TINGGI 5 Okt. – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah ekoran penahanan seorang lelaki bersama 1.376 kilogram ketulan mampat dipercayai ganja dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Wayang, Kampung Tembioh, di sini pada Isnin lalu.
Dalam serbuan pukul 7.30 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah itu, polis turut merampas sebilah pedang samurai sepanjang 55 sentimeter dan sebuah kereta Proton Gen-2.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan bersabit dengan laporan kenderaan hilang di Kulaijaya pada 25 Ogos lalu.
“Serbuan menemui satu ketulan mampat tumbuhan kering dipercayai ganja beserta dua helai pakaian serta sebilah pedang samurai dalam sebuah beg berwarna merah hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta.
“Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg kertas mengandungi ketulan mampat tumbuhan dipercayai ganja yang dibalut dengan plastik lutsinar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Abdul Samad, suspek yang berasal dari tanah rancangan Felda di daerah ini, menjalankan kegiatan jenayah itu dengan menggunakan taktik berhenti dan berpura-pura memeriksa kenderaan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Jelasnya, siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan telah direman bermula 4 hingga 10 Oktober ini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988,” ujarnya.
Tambahnya, dalam kes itu, polis menghargai maklumat daripada orang ramai yang membantu pihak berkuasa membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau bilik gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-8837222.
Perompak Amerika Latin diberkas
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Polis menumpaskan sebuah kumpulan penyamun didalangi oleh warga Amerika Latin yang menyasarkan pelanggan bank di sekitar Lembah Klang sebagai mangsa sehingga menyebabkan kerugian lebih RM600,000.
Kumpulan yang dipercayai terdiri daripada 15 ahli termasuk dua wanita berusia 40-an dan 50-an itu dikesan aktif melakukan jenayah itu sejak Ogos lalu.
Malah siasatan turut mendapati kumpulan itu terlibat dalam jenayah sama di beberapa negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Korea, Jepun dan Vietnam.
Lima suspek lelaki berusia 40-an ditahan secara berasingan di kawasan bank di Jalan Ipoh dan sekitar Puchong dalam satu operasi bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dua suspek pertama ditahan ketika mencari mangsa di kawasan bank di Jalan Ipoh, manakala tiga lagi ditahan di Puchong selepas siasatan.
“Kumpulan itu bergerak secara berkumpulan menggunakan modus operandi memancitkan tayar kereta pelanggan bank sebelum menyamun.
“Dua suspek wanita yang dikatakan memakai tudung akan memerhatikan pelanggan bank yang mengeluarkan wang tunai dalam jumlah banyak sebelum menyalurkan maklumat kepada tiga suspek lelaki di luar bank.
“Tiga suspek lelaki berkenaan kemudian akan meletakkan sejenis alat berbentuk besi runcing berongga di atas pelapik getah di bawah tayar kereta sasarannya,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Chin Wah memberitahu, kumpulan suspek itu seterusnya akan berlagak prihatin menghulurkan bantuan untuk menukarkan tayar kereta sebelum beg yang mengandungi wang lesap tanpa disedari oleh mangsa.
“Seorang daripada suspek yang diberkas pernah ditahan sebelum ini berhubung kes samun sebuah kafe siber dan telah didakwa di Mahkamah Ampang.
“Namun dia dibebaskan dengan jaminan mahkamah serta waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya kerana tidak hadir prosiding kes tersebut,” katanya.
Chin Wah berkata, kesemua suspek memasuki negara ini menggunakan pasport tulen secara sah tetapi memalsukan dokumen perjalanan tersebut bagi tujuan memudahkan kegiatan jenayah itu dilakukan.
“Polis masih mengenal pasti kewarganegaraan suspek tetapi percaya kesemua mereka berasal dari Amerika Latin kerana mendapati wujud transaksi wang ke negara itu,” katanya.
Katanya, turut dirampas daripada suspek adalah pelbagai jenis peralatan jenayah termasuk enam batang besi runcing berongga, tiga pelapik getah, sebilah pisau, empat buah komputer riba, lapan buah telefon bimbit, tiga jam tangan berjenama serta sebuah kamera digital.
Tambahnya, usaha mengesan saki-baki ahli kumpulan itu giat dijalankan serta tidak menolak kemungkinan kumpulan itu turut aktif di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor.
Sekolah bakal kena tindakan
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang pelajarnya daripada menduduki peperiksaan penting dalam sistem pendidikan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian sedang meneliti beberapa laporan yang diterima berhubung perkara itu dan jika ada asas, tindakan akan diambil.
"Tapi kalau pelajar sendiri tidak mahu menduduki peperiksaan kita kaji dengan teliti dan ini bukan salah guru, tidak perlu ambil tindakan," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas di sini semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meninjau sendiri 262 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah berkenaan yang sedang menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 pada hari kedua peperiksaan itu berlangsung.
Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak terlalu ghairah mengejar kecemerlangan sekolah sehingga menafikan hak pelajarnya untuk menduduki peperiksaan penting pendidikan.
JKM kunci Taska Mama And Papa
Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my
megat@kosmo.com.my
SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan lak atau kunci ke atas taman asuhan kanak-kanak (Taska) Mama And Papa di Seksyen U10, Alam Budiman di sini semalam kerana didapati tidak berdaftar.
Penolong Pengarah Kanan JKM (Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan), Zamani Mokhtar berkata, notis sebanyak tiga kali telah dikeluarkan terhadap pengusaha terbabit sejak 13 Jun lalu supaya membuat pendaftaran dengan pihaknya tetapi arahan itu tidak dipatuhi.
“Pengusaha taska ini juga didapati belum memohon pertukaran syarat kegunaan bangunan daripada kediaman kepada premis perniagaan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit selesai.
Dalam operasi berkenaan, taska yang boleh menempatkan 35 orang kanak-kanak sudah menghentikan operasinya.
Zamani memberitahu, pihak pengusaha taska telah diberi tempoh 21 hari mulai semalam untuk membuat pendaftaran dan jika masih ingkar, kes akan dibawa ke mahkamah.
Kata beliau lagi, sekiranya pengusaha tersebut berjaya membuat pendaftaran dan mahu membuka semula kunci berkenaan, perintah mahkamah perlu diperoleh terlebih dahulu.
“Perintah mahkamah perlu kerana setiap proses lak yang JKM laksanakan perlu dilaporkan kepada pihak polis,” jelasnya.
Penjual barang lusuh ditahan edar 10,642 biji pil eramin
SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dan merampas 10,642 biji dadah pil jenis eramin 5 bernilai RM266,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Muda, Ampang dekat sini Ahad lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu, dadah tersebut ditemui secara berasingan iaitu 1,000 biji pil eramin 5 ditemui disimpan di dalam sebuah kotak yang dibungkus kemas dengan kertas pembalut hadiah manakala sejumlah 9,642 lagi ditemui disembunyikan di dalam kenderaan dan bahagian lain di rumah tersebut.
"Kita percaya pil itu mahu diedarkan untuk pasaran di kelab-kelab malam di sekitar Lembah Klang," kata beliau pada sidang berita di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.
Pindah dosa kepada ayam
TEL AVIV - Satu ritual yang diamalkan penduduk Yahudi ialah mengayun-ayunkan seekor ayam berwarna putih di atas kepala seseorang supaya dosanya dipindahkan kepada haiwan itu.
Upacara ritual itu diadakan sebelum Hari Yom Kippur yang merupakan hari paling penting dalam kalendar penduduk Yahudi yang jatuh pada 8 Oktober ini.
Dosa pada tahun lalu itu akan dipindahkan kepada ayam tersebut. - AFP
Menipu guna nama Bukit Aman
Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my
rosli.hassan@kosmo.com.my
MELAKA – Orang ramai diminta berhati-hati dengan penipuan satu sindiket yang menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman, pegawai polis Hong Kong dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) yang meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun orang lain kononnya bagi mengelak menjadi mangsa kes pengubahan wang haram.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye (gambar) berkata, sindiket tersebut menggunakan modus operandi dengan menghubungi mangsa menggunakan teknik soofing yang memaparkan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau BNM.
Menurutnya, taktik yang digunakan itu menyebabkan mangsa mempercayai panggilan itu adalah tulen.
“Suspek menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman kononnya identiti mangsa telah disalahguna di Hong Kong dan terlibat dalam kes penggubahan wang haram.
“Suspek kemudian mendakwa sebagai pegawai polis dari Bukit Aman atau polis Hong Kong dan maklumat perbankan mangsa digunakan untuk pengubahan wang haram dan semua akuan mangsa akan dibekukan.
Peragut Myanmar mati dibelasah
Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my
shafawati.yup@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Tindakan dua lelaki Myanmar yang meragut beg tangan milik dua pelancong warga China berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada peragut itu mati dibelasah oleh orang awam dalam kejadian berhampiran medan makanan di Pudu di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, orang ramai yang berang dengan tindakan peragut itu bertindak memukul dan menendang suspek namun salah seorang daripada peragut itu berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, sebaik polis tiba di tempat kejadian, suspek yang dipukul telah mati akibat mengalami pendarahan teruk di kepala.
"Sebelum kejadian, kedua-dua suspek itu meragut dua wanita warga China yang ketika itu dalam perjalanan ke hotel selepas makan di medan selera berkenaan.
"Berlaku pergelutan dalam cubaan meragut itu dan dua mangsa wanita tersebut juga cedera akibat ditikam dengan pisau," kata beliau di sini semalam.
Penjahat Amerika Latin diberkas
Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my
firdaus.hassan@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Warga kota yang sebelum ini dihantui dengan kes-kes mangsa disamun ketika memeriksa tayar kereta yang pancit mampu menarik nafas lega apabila polis berjaya menahan lima lelaki Amerika Latin yang terlibat dalam jenayah itu.
Jenayah terancang yang dipercayai melibatkan 15 ahli kesemua rakyat Amerika Latin termasuk dua wanita berusia lingkungan 40-an dan 50-an dipercayai mempunyai rangkaian penjenayah menggunakan taktik sama yang beroperasi di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Korea, Jepun dan Vietnam sebagai sasaran.
Modus operandi penjenayah Amerika Latin yang disifatkan profesional itu sama iaitu memancitkan tayar kereta mangsa sebelum suspek mengekori mangsa itu dan berpura-pura menghulurkan bantuan sebelum mangsa disamun.
Kumpulan penjenayah ini bergerak secara berkumpulan ketika mencari sasaran. Mereka dilihat menumpukan kepada pelanggan bank yang mengeluarkan wang.
Bagi melancarkan rancangan jahat itu, dua suspek wanita yang kadangkala turut memakai tudung akan diletakkan di bank-bank untuk menjadi pemerhati pelanggan bank yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak.
Pada masa sama, suspek yang berada di luar bank akan memainkan peranannya iaitu meletakkan satu alat tajam di bawah salah satu tayar kereta mangsa.
Selepas urusan mengeluarkan wang selesai mangsa yang menjadi sasaran diekori oleh suspek lain.
Kereta mangsa kebiasaannya akan pancit selepas ia dipandu beberapa kilometer sebelum beberapa suspek lelaki yang berlagak baik hati turut memberhentikan kereta dan menghulurkan bantuan untuk menukarkan tayar.
Namun kesempatan semasa menukarkan tayar itu digunakan oleh suspek untuk mengambil beg mangsa yang mengandungi wang yang biasanya diletakkan dalam kereta.
Kegiatan licik kumpulan Amerika Latin yang bermaharajalela hampir tiga bulan itu di ibu negara bagaimanapun berjaya dipatahkan apabila lima daripada anggotanya ditahan pada pukul 1 petang Jumaat lalu.
125 tahanan Akta Kediaman Terhad dibebas hari ini - Hishammuddin
KUALA LUMPUR - Kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 akan dibebaskan selewat-lewatnya hari ini sejurus perintah arahan diserahkan kepada ketua polis daerah yang berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar).
"Perintah arahan pembebasan telah ditandatangani. Proses untuk penyerahannya sedang dilakukan selepas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya (pembebasan) hari ini (semalam)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.
Beliau berkata, proses pembebasan kesemua mereka itu juga akan mengambil kira soal keselamatan rakyat yang mana kerajaan akan sentiasa memantau pergerakan kesemua tahanan yang dibebaskan kelak.
Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai maklumat mengenai individu yang akan dibebaskan serta jenis jenayah yang dilakukan.
"Kita ambil langkah satu persatu kerana saya tidak mahu kes-kes individu menjadi isu polemik," katanya.
Surat Hitler anti-Yahudi dipamerkan
LOS ANGELES - Sepucuk surat bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang bertaip pada 1919 yang diperoleh Pusat Simon Wiesenthal dipamerkan di Muzium Toleransi di sini.
Surat itu ditulis semasa Hitler menjadi askar Jerman dan sebelum dia menjadi pemimpin Nazi.
Ia merupakan surat yang mengandungi komen bagi mendesak supaya kaum Yahudi dihapuskan.
Pusat tersebut membeli surat tersebut pada harga AS$150,000 (RM478.180) daripada seorang pengedar di Calabasas.
Dalam satu bahagian dalam surat itu, Hitler menyatakan hak penduduk Yahudi perlu dinafikan.
Hitler merupakan pemimpin Jerman yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)