Friday, 7 October 2011

Pusat urut batin tak serik



DAMANSARA – Taktik sebuah pusat urut batin bersembunyi di sebalik lesen palsu sebuah pusat refleksologi terbongkar dalam satu operasi khas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Damansara Utama semalam.

Premis tersebut yang sebelum ini pernah diserbu empat kali masih berdegil dan meneruskan operasi seperti biasa dengan hanya berbekalkan salinan lesen untuk memperdaya anggota penguat kuasa.

Pengarah Penguat Kuasa MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lesen tersebut adalah milik premis refleksologi yang terletak di Kota Damansara.

“Tiga gadis urut warga Thailand berusia dalam lingkungan 30-an dan penjaga premis berusia 50 tahun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi selama tiga jam itu sebanyak lima premis pusat siber judi dan tiga premis diserbu di sekitar Damansara Utama dan Damansara Jaya.

Katanya, peralatan seperti monitor (90), CPU (45) dan pelbagai barangan lain seperti tilam turut dirampas.

Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBPJ 2007 dan Undang-Undang Kecil Pusat Kesihatan dan Kecantikan MBPJ 2007.

No comments:

Post a Comment