myMetro | 2 beradik parah nahas ke masjid: "KOTA BHARU: Dua beradik dalam perjalanan ke masjid menunaikan solat Jumaat, parah apabila tayar belakang motosikal dinaiki pecah sebelum hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan, dekat Baung, Pengkalan Chepa, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Reduan Shamsuddin, 29, patah tangan, manakala adiknya, Hafiz, 23, pengsan di tempat kejadian sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh orang ramai.
Menurut adik ipar kepada Reduan, Azalinawati Zamri, 35, berkata dia menerima panggilan abang iparnya jam 1.30 tengah hari bagi memaklumkan kejadian itu.
“Dalam suara yang terketar-ketar, dia meminta saya memberitahu ayah mereka terbabit dalam kemalangan.
“Saya cuba menghubungi ayah beberapa kali, namun gagal kerana dia berada di masjid,” katanya.
Menurut ibu mangsa, Fatimah Ismail, 58, berkata Reduan datang dari Wakaf Bharu mengambil adiknya di rumah mereka di Kampung Lepan Pari, Pengkalan Chepa sebelum ke masjid berhampiran."
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment