Saturday 15 October 2011

Suami rayu isteri, dua anak hilang pulang

Berita Harian Online | Suami rayu isteri, dua anak hilang pulang:
GEORGETOWN: Seorang lelaki hari ini merayu agar isteri dan dua anak lelakinya pulang ke pangkuan keluarga selepas mereka meninggalkan rumah Selasa lalu.
Ooi Gim Yu, 35, yang tinggal di Jeti Weld Quay di sini berkata, isterinya Ooi Bee Ling, 37, tidak dapat dikesan selepas keluar dari rumah ketika mengambil dua anak mereka dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lin Leik (1) di sini.
Isterinya membawa bersama dua anak lelaki mereka iaitu Ooi Yong Chong dan Ooi Yong Chia masing-masing berusia sembilan dan lapan tahun, manakala dua lagi anak mereka yang berusia tiga tahun dan 18 bulan ditinggalkan di rumah.

"Selasa lalu, saya diberitahu oleh pemandu bas sekolah bahawa kedua-dua anak saya dijemput oleh isteri saya di sekolah dengan menaiki sebuah kereta jenis Avanza dan ketika saya menghubunginya, panggilan tidak diangkat.

"Puas saya mencari isteri dan anak saya tetapi masih tidak jumpa, saya merayu supaya mereka menghubungi saya dan cepat pulang ke rumah," katanya kepada pemberita di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, hari ini.

Ooi berkata, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut jam 6.55 petang Khamis lalu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isteri dan dua anaknya itu supaya menghubungi beliau di talian 016-4961123 atau Biro Pengaduan Awam MCA negeri 04-2267827. - BERNAMA

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment