2011/10/05
AMANDA Knox menitiskan air mata selepas didapati tidak bersalah membunuh.
“Kami akan buat rayuan,” kata Giuliani Mignini ketika dihubungi agensi berita. Keluarga Kercher juga kecewa dengan keputusan mahkamah itu dan berikrar terus mencari keadilan.
Adik Kercher, Stephanie berkata, mereka akan menunggu untuk mendapat penjelasan mahkamah mengenai keputusan terbaru itu dan berharap semua pembunuh akan ditangkap.
“Sebaik saja kami dimaklumkan mengenai sebab keputusan ini, barulah kami faham mengapa mereka dilepaskan dan akan berusaha mencari pembunuh sebenar.
“Amat mengecewakan, tak tahu siapa di luar sana yang melakukannya,” kata Stephanie. – Reuters
No comments:
Post a Comment