Tuesday 27 September 2011

Pengawal maut langgar kerbau



REMBAU – Seorang pengawal keselamatan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, dekat sini, maut apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sekumpulan kerbau di kilometer enam, Jalan Pedas-Kundur-Linggi, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Bhari Othman, 46, dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Pedas Indah, dekat sini, selepas bekerja lebih masa.

:Menurut isteri mangsa, Junaidah Talib, 42, dia terperanjat sebaik mengetahui suaminya maut dalam kemalangan membabitkan perlanggaran dengan sekumpulan kerbau selepas dimaklumkan oleh rakan suaminya sekitar jam 4 pagi pada hari kejadian.

Katanya, dia tidak menyangka kejadian malang itu akan terjadi kerana sememangnya laluan berkenaan sering digunakan suaminya untuk pulang ke rumah.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah ketika suami makan malam sekitar jam 6 petang sebelum bertolak ke tempat kerja.

“Ketika itu, suami sempat menjamah tomyam yang saya masak dan tiada sebarang perubahan ketara ditunjukkan suami kerana arwah memang seorang pendiam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di perkarangan bilik mayat Hospital Tampin, semalam.

Mangsa yang meninggalkan seorang balu dan lima anak berusia 3 hingga 17 tahun dikebumikan di Pedas, petang ini (semalam).

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Menurutnya, kemalangan berlaku berdekatan susur masuk ke Tol Pedas Linggi.

Polis rampas mesin judi RM1.2j



ALOR SETAR - Taktik licik penganjur pusat judi hanya memulakan operasi selepas tengah malam untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa tidak berhasil apabila ia berjaya dihidu polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, serbuan yang dilakukan pada waktu itu membolehkan polis merampas lebih banyak mesin judi pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, tindakan menyerbu premis yang disyaki menawarkan perkhidmatan judi secara talian pada waktu tengah malam membuahkan hasil apabila merampas 4,404 mesin judi bernilai lebih RM1.2 juta sehingga Ogos lalu berbanding 2,407 mesin pada tahun lalu.

Menurutnya, polis turut mengesan kebanyakan penganjur premis judi menggunakan pendekatan atau modus operandi yang pelbagai termasuk mengubah lokasi untuk mengelak dari dikesan.

“Mesin judi dirampas di rumah perjudian terbuka dan kafe siber yang menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan khidmat perjudian.

“Sebanyak 727 tangkapan dibuat di premis perjudian melibatkan rampasan 3,699 mesin judi dan 327 komputer dengan 93 tangkapan di siber kafe,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.

Zakaria berkata, daerah Kuala Muda mencatatkan jumlah tertinggi dengan 264 kes dan rampasan 1,384 mesin dengan diikuti daerah Kota Setar sebanyak 265 tangkapan dan 1,306 mesin dirampas.

Menurutnya, dalam tempoh yang sama mereka turut mengemukakan permohonan 150 kes pemotongan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap premis pusat judi.

Pelajar dituduh pecah rumah



AYER KEROH - Seorang pelajar tingkatan satu dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memecah masuk sebuah rumah dan mencuri pelbagai barangan bernilai RM3,500, Ogos lalu.

Pelajar berumur 13 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Muzila Mohamed Arsad.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan pecah rumah milik Nurhidayah Roslan, 26, di Kampung Jambatan Duyong di sini, kira-kira jam 4.45 petang pada 19 Ogos 2011.

Pelajar lelaki terbabit dituduh mencuri tiga utas rantai leher emas, empat gelang tangan emas, dua bentuk cincin emas, dua gelang kaki emas, tiga telefon bimbit, aksesori pengantin dan wang tunai RM250 yang keseluruhannya bernilai RM3,500.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM2,000 terhadap tertuduh.

Muzila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dan menetapkan menetapkan 4 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendengar laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mimik muka tanda ajal



ULU SEDAKA - “Adik tidak mahu balik, adik nak pergi pulak” itulah kata-kata terakhir seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang tergelincir ke dalam sungai berdekatan rumahnya di Kampung Sungai Lintang, Ulu Sedaka, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa Mohd Fardinie Zamri dilaporkan sebelum itu mengikut abang dan kakaknya masing-masing berusia 10 dan lapan tahun bersama dua lagi rakan lelakinya memancing ikan di sungai berkenaan.

Nenek mangsa, Halimah Din, 69, berkata, dia menyedari kejadian itu setelah dimaklumkan salah seorang rakan cucunya sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

“Sebelum ini Fardinie bersama abang, kakak, adik bongsunya dan dua lagi kawannya pergi ke sungai untuk memancing, kemudian saya dimaklumkan seorang jiran bahawa cucu bongsu saya ke sungai, saya ke sana untuk membawanya dan Fardinie pulang.

“Tetapi sampai di rumah jiran, arwah (Fardinie) beritahu saya bahawa dia tidak mahu pulang dan mahu ke sungai kembali, tiba-tiba salah seorang rakan mereka datang memaklumkan kepada saya berkenaan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan kejadian itu bertekad terjun ke dalam sungai itu bagi menyelamatkan cucunya.

“Pada waktu itu, sejurus mendapat tahu berkenaan tragedi itu, makcik terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Fardinie, memang makcik terasa sesuatu di dasar sungai, tetapi makcik tidak menyangka itu arwah, sebab orang kampung selalu membuang guni ke dalam sungai itu.

“Makcik tidak menyangka itulah kali terakhir berjumpa dengan arwah, makcik juga berasa terkilan kerana sebelum ini dia ada meminta untuk makan maggi, tetapi permintaan tidak dapat makcik tunaikan kerana ketika itu kedai belum buka,” katanya.

Halimah berkata, cucu lelakinya itu ada menunjukkan kelakuan pelik sebelum kejadian itu apabila bertindak membuat mimik muka kepadanya yang tidak pernah dibuat cucunya itu sebelum ini.

Katanya, anak ketiga daripada empat beradik itu merupakan seorang peramah dan rapat dengan bapanya yang mempunyai hobi sama iaitu memancing.

Sementara itu, jiran mangsa, Pora Hasan, 52, berkata, dia yang pada mulanya melihat adik bongsu mangsa ikut serta memanggil nenek mangsa kerana bimbang si kecil itu jatuh ke dalam sungai.

“Saya memanggil Halimah untuk mengambil cucunya kerana bimbang jatuh ke dalam sungai yang pada ketika itu memang dipenuhi air sehingga ke paras tebing, tapi saya tidak sangka Fardinie pulak yang menjadi mangsa.

“Dia berbasikal untuk ke sungai, mungkin dia tergelincir, sewaktu kejadian nasib baik abangnya yang berusia 10 tahun tidak turut serta terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan mangsa, abangnya hanya berpaut pada rumput-rumput di tepi sungai bagi mencapai adiknya, namun Allah lebih menyayanginya,” katanya.

Ibu mangsa Saridah Harun, 36, berkata, anak lelakinya itu ditemui orang kampung 45 minit kemudian dan tidak sempat diselamatkan.

Katanya, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Thohiriah di sini, laporan polis mengenai kes itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pesakit mental bebas tuduhan cabul



ALOR SETAR-Seorang penganggur dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam daripada pertuduhan mencabul seorang warga emas, tahun lalu.

Majistret, Sasha Diana Sabtu, membuat keputusan itu selepas mengambil kira soal kesihatan tertuduh serta keterangan daripada saksi tertuduh tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan adalah salah di sisi agama.

Mohd Saiful Nizam Kamarulzaman, 29, sebelum ini dituduh melakukan kekerasan jenayah iaitu mencabul dengan memeluk dan meraba-raba seluruh badan seorang perempuan Melayu berumur 52 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Alor Mengkudu, Alor Setar, pada 6 Disember 2010 sekitar jam 4 pagi.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Dalam penghakimannya, Shasa berkata, mahkamah melepaskan dan membebaskan daripada pertuduhan kerana mempunyai masalah dari segi kesihatan bagaimanapun dia ditahan di Tanjung Rambutan.

Penahanan itu berkuat kuasa dari tarikh 21 Disember 2010 sehingga mendapat menerima titah daripada Sultan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Geng samun kedai tumpas



KULIM - Empat lelaki bersenjatakan parang dan pisau berjaya melakukan tiga jenayah samun terhadap tiga premis perniagaan di tiga tempat berasingan dalam tempoh 30 minit malam kelmarin.

Dalam kejadian pertama, suspek masuk ke sebuah kedai alat tulis di Jalan Perusahaan kira-kira jam 9.15 malam.

Menurut pemilik kedai, suspek datang dengan menunggang dua motosikal dan apabila sampai di hadapan kedai, dua darinya masuk ke dalam kedai manakala dua lagi menunggu di luar.

Suspek kemudiannya mengugut pekerja di dalam kedai dengan menggunakan parang. Setelah mengambil wang tunai, mereka melarikan diri dan pergi ke lokasi kejadian kedua di mana sebuah kedai runcit di Taman Bersatu menjadi sasaran.

Pemilik premis yang hanya dikenali Poh berkata, kumpulan itu masuk ke kedainya kira-kira jam 9.25 malam dan ketika itu dia berada di kaunter.

“Dua lelaki bersenjatakan parang masuk ke dalam kedai dan mengacu pisau ke arah saya. Mereka meminta saya menyerahkan wang perniagaan kepada mereka sebelum meninggalkan kedai. Bimbang dicederakan, saya mematuhi arahan mereka.

“Ketika kejadian, dua rakan suspek berada di hadapan kedai manakala dua lagi masuk ke dalam untuk melakukan samun. Bagaimanapun saya berjaya mencatat nombor pendaftaran salah sebuah motosikal ditunggang suspek,” katanya.

Kemudian kira-kira jam 9.45 malam, suspek sama pergi melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Senagin. Modus operandi digunakan kumpulan ini sama. Setelah mengambil wang dari kaunter kedai terlibat, semua suspek melarikan diri.

Dari maklumat diterima, semua penjenayah terlibat dilihat berada di Padang Serai kira-kira jam 10.30 malam.

Polis yang dimaklumkan kejadian dan dengan bantuan Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) berjaya menahan semua suspek di Taman Mahsuri kira-kira jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek terlibat dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk soal siasat.

Katanya, selain wang tunai, polis turut merampas senjata dan kenderaan digunakan suspek ketika melakukan samun di tiga premis perniagaan terlibat.

“Kumpulan ini disertai empat lelaki bersenjatakan parang dan pisau. Mereka menunggang motosikal ketika melakukan jenayah. Polis berjaya menahan mereka dua jam selepas suspek melakukan jenayah samun terhadap tiga premis perniagaan di Kulim.

“Saya memuji sikap anggota polis dan masyarakat yang bertindak cepat untuk memastikan kumpulan ini tumpas. Suspek ditahan di Balai Polis Padang Serai sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Lelaki maut dua lori bertembung



KULAIJAYA – Seorang lelaki maut setelah lori dipandu terbabit dalam kemalangan di kilometer 55, Jalan Johor Bahru-Air Hitam berdekatan dengan Masjid Bukit Batu, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Zulkefly Yahya berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu, menyebabkan mangsa, Rajendran Verippan, 34 maut di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian didapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler yang dalam perjalanan dari Melaka ke Singapura dengan membawa muatan plastik, masuk ke arah laluan :bertentangan dan bertembung dengan lori yang dipandu mangsa.

"Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu treler dilaporkan kritikal dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Kemalangan itu turut menyebabkan kira-kira 200 kenderaan dari kedua-dua arah laluan terperangkap selama kira-kira dua jam setelah laluan terpaksa ditutup sebelum lori treler yang menghalang kedua-dua laluan di tarik keluar dari lokasi kejadian.

Salah seorang penduduk, Mohd Syafiq 17, berkata, dia terjaga daripada tidur setelah terdengar bunyi dentuman kuat dari arah jalan raya berhampiran rumahnya dan bergegas ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan berlaku.

“Sebaik tiba, saya dapati pemandu lori treler telah terbaring di bahu jalan dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Manakala pemandu lori ikan (Rajendran) sudah terkulai dan tersepit di tempat duduknya,” katanya.

Mohd Syafiq berkata, akibat kejadian itu dia dan beberapa rakannya yang tinggal di kawasan berhampiran tidak dapat hadir ke sekolah setelah bas untuk mereka ke sekolah tidak dapat memasuki kawasan itu.

Empat lelaki rompak kedai emas



LEDANG – Empat lelaki bertopeng bersenjatakan sepucuk pistol berjaya membawa lari empat dulang barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM30,000 dalam satu kejadian rompakan sebuah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, tiga daripada empat suspek telah menyerbu masuk ke dalam kedai tersebut.

Menurutnya, seorang lagi suspek hanya menunggu dalam kereta jenis Proton Waja yang diparkir berhampiran kedai emas terbabit.

“Rompakan dilakukan dalam tempoh kira-kira lima minit sahaja sebelum membawa lari barangan kemas menghala ke arah Bekok.

“Semasa kejadian, hanya dua pekerja berada di dalam kedai itu, dan mereka diarahkan tidak melawan apabila salah seorang perompak mengacukan senjata api ke arah mereka,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

:Katanya, seorang daripada suspek yang membawa tukul besi bertindak memecahkan meja cermin yang mengandungi barangan kemas.

“Kami akan membuat :siasatan lanjut untuk mengenal pasti plat nombor kenderaan yang suspek naiki menggunakan pendaftaran palsu ataupun tidak,” katanya.

Berikutan insiden tersebut, pihak polis segera melancarkan Ops Tertutup di Jalan Payamas menghala ke Asahan.

“Sekatan jalan raya turut diadakan di sepanjang jalan raya sehingga ke Tol Tangkak serta memaklumkan ke daerah berhampiran.

:“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Lapan beranak nyaris maut



MUAR – Sepasang suami isteri dan enam anak nyaris maut apabila rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit Karjani, Parit Jamil di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam yang mana dipercayai kesemua penghuninya sedang nyenyak tidur.

Difahamkan, keluarga tersebut tinggal sehelai sepinggang selepas tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang berikutan keadaan api marak terlalu cepat.

Bagaimanapun, kebakaran itu disedari Anuar Jamian, 37, apabila terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi pelik yang kuat dari arah dapur.

Anuar berkata, dia yang tertidur di ruang hadapan bergegas ke arah dapur dan terkejut mendapati sebahagian dapur telah dijilat api.

Menurutnya, dalam keadaan panik dia segera mengejutkan seluruh ahli keluarganya untuk menyelamatkan diri.

“Ketika kejadian kampung ini hujan lebat dan ada jiran memaklumkan rumah saya terbakar selepas satu dentuman kuat petir.

“Kerana terlalu letih selepas pulang berbelanja di Pekan Sungai Balang, kami sekeluarga tidur awal,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia juga tidak mengetahui keadaan hujan lebat kerana tidur nyenyak dan mula terjaga apabila terdengar bunyi pelik dari dapur.

Lazimnya, dia dan isteri, Norhaizan Kasim, 37, tidur awal dan akan bangun seawal jam 3 pagi untuk membuat persiapan berniaga warung yang terletak berhampiran rumahnya.

Meskipun masih terkejut dengan insiden tersebut, namun dia tetap reda dengan ujian itu.

“Saya sangat bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat walaupun tidak sempat menyelamatkan barang-barang.

“Saya sangat sedih kerana rumah pusaka arwah ayah yang sudah berusia lebih 40 tahun ini dan menjadi tempat berteduh sekeluarga telah musnah terbakar,” katanya.

Katanya lagi, buat masa ini dia dan keluarga menumpang di rumah bapa saudara yang terletak berhampiran rumahnya itu.

Dalam pada itu, insiden yang menimpa Anuar sekeluarga mendapat perhatian daripada PKR Cabang Muar yang menyampaikan sumbangan oleh Ketuanya, Yatim Sarpan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Muar, Ismail Mahmod mengesahkan kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan

Amalan rasuah menular di Iraq



BAGHDAD 27 Sept. - Rasuah yang menular dalam seluruh jentera kerajaan Iraq menjejaskan pembangunan dan melembapkan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam, menurut laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), semalam.
ICG yang beribu pejabat di Brussels memberi kritikan tajam itu kira-kira dua minggu selepas ketua agensi antirasuah Iraq, Rahim al-Uqailee meletakkan jawatan, dengan menyebut tentang campur tangan politik dalam tugasnya dan menggambarkan rasuah sebagai 'sebahagian perjuangan untuk merebut kuasa'.
Menurut laporan setebal 38 muka itu, kerajaan Baghdad berjaya mengurangkan keganasan di seluruh Iraq sejak beberapa tahun lalu, tetapi 'membiarkan rasuah berakar umbi dan menular dalam seluruh institusinya'.
"Perkhidmatan awam terus dibelenggu pelbagai kelemahan serius, terutamanya rasuah meluas yang merebak seperti virus dalam seluruh institusi kerajaan semasa tempoh huru-hara yang berlarutan sehingga 2008," lapor ICG.
Menurutnya, institusi antirasuah Iraq terjejas disebabkan campur tangan, manipulasi dan sikap enggan berkompromi kerajaan, kerangka undang-undang yang lemah dan ancaman keganasan yang berterusan.
ICG berkata, Parlimen berpecah mengikut puak, manakala sistem kehakiman 'terlalu mudah tunduk kepada tekanan politik'.
"Kesannya sangat ketara: berbilion dolar digelapkan daripada dana kerajaan, kebanyakannya disebabkan kelemahan dalam sistem pemerolehan kerajaan; parti-parti politik menganggap kementerian sebagai akaun bank persendirian; manakala nepotisme, rasuah dan penggelapan wang berlaku secara berleluasa," menurut laporan itu.
ICG menyifatkan masalah itu sebagai antara punca taraf hidup rakyat Iraq merosot, malah pada paras lebih rendah jika dibandingkan dengan situasi ekonomi sebelum ini.
"Keadaan itu mencakupi hampir seluruh aspek kehidupan, termasuk sektor kesihatan, pendidikan dan tenaga elektrik, yang kesemuanya menunjukkan prestasi tidak menggalakkan meskipun bajet ditingkatkan dengan ketara," menurut ICG.
Organisasi itu mengesyorkan Iraq mengukuhkan kerangka antirasuahnya, mewajibkan parti politik menyiarkan akaun tahunan yang menyenaraikan sumber pendapatan dan perbelanjaan, meminda undang-undang kecil Parlimen dan menyeragamkan proses perundangan. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Hospital didakwa jual buah pinggang



KUALA LUMPUR 27 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) berkata, polis akan menyiasat berhubung dakwaan wujudnya kegiatan pemerdagangan manusia di negara ini bagi tujuan mendapatkan organ secara haram.
Menurut beliau, setakat ini, pihaknya masih meneliti kesahihan dakwaan itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beliau berkata, pihak bertanggungjawab seperti doktor atau pengamal perubatan yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta memaklumkan kepada pihak polis.
“Kita akan menilai perkara itu terlebih dahulu dan jika ada asas kita akan siasat. Perkara seperti ini sangat serius dan kita tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di Taman Tasik Permaisuri di sini hari ini.
Hari ini, sekumpulan doktor dan pengamal perubatan membuat laporan di Balai Polis Tun H. S. Lee mengenai dakwaan tersebut dan meminta pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan mengenainya.
Menurut Presiden Persatuan Transplan Malaysia, Datuk Dr. Harjit Singh, pihak polis perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu supaya doktor dan klinik yang terlibat dengan penjualan organ secara haram ini dapat diambil tindakan.
Jelasnya, sekiranya hasil siasatan mendapati dakwaan itu tidak berasas maka, pihak polis perlu memaklumkan perkara itu kepada umum agar tiada tanggapan negatif terhadap Malaysia.
“Pihak polis diminta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sekiranya laporan itu benar berlaku,” katanya.
Jelas Harjit, pada 21 dan 22 September lalu, dua buah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa pihak polis Bangladesh menyiasat satu sindiket antarabangsa penjualan organ manusia yang melibatkan beberapa negara Asia Tenggara.
Beliau berkata, laporan akhbar berkenaan juga menyatakan bahawa pihak penyiasat telah mengenal pasti sebuah rangkaian hospital antarabangsa yang beroperasi di negara berdekatan dan termasuk sebuah hospital di Selangor yang terlibat dalam aktiviti penjualan organ buah pinggang.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Bas terjunam gaung, 31 pelajar maut



ISLAMABAD 27 Sept. - Sekurang-kurangnya 31 orang pelajar sekolah dan empat orang dewasa terbunuh apabila sebuah bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di wilayah Punjab, hari ini.
Sebanyak 55 yang lain cedera dalam kemalangan di daerah Chakwal, tenggara Pakistan, kata polis.
Ketika kejadian, bas yang membawa murid-murid dari sebuah sekolah swasta sedang dalam perjalanan pulang daripada rombongan difahamkan terbabas lalu terjunam ke dalam gaung.
Pegawai kanan polis, Chaudhry Salim berkata, punca kemalangan dipercayai kerana kegagalan brek.
Tambahnya, pemandu, pembantu pemandu dan penolong pengetua sekolah itu merupakan antara yang terkorban. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Wanita warga emas dibunuh kejam




ANAK S. Danaletchemee terduduk sedih dan terpaksa ditenteramkan oleh salah seorang saudaranya selepas mengetahui ibunya dibunuh kejam di rumah mereka di Semenyih, semalam. – UTUSAN/SITI RAFEAH AZANAN


HULU LANGAT 27 Sept. – Sekumpulan penjenayah bertindak kejam apabila tanpa belas kasihan mencampak seorang wanita warga emas ke dalam kolah air selepas menikam dan memukul mangsa sampai mati dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Pasir Baru, Jalan Sungai Lalang, Semenyih di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek yang dipercayai lebih daripada seorang sempat membersihkan kesan darah di atas lantai dan pada senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa bagi mengelak perbuatan mereka dikesan.
Suspek mengambil kesempatan memasuki rumah mangsa, S. Danaletchemee, 64, semasa wanita warga emas itu tinggal bersendirian, manakala seorang anak lelaki, menantu serta tiga cucunya masing-masing keluar bekerja dan bersekolah.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kejadian pembunuhan itu disedari anak lelaki mangsa yang tinggal bersamanya apabila pulang ke rumah pada pukul 11 pagi.
“Tiba di rumah, anak lelaki mangsa terkejut mendapati keadaan dalam rumah mereka berselerak dan menemui ibunya sudah tidak bernyawa dalam kolah air di bilik mandi.
“Polis yang menjalankan siasatan menemui satu kesan tikaman di leher dan hentakan di dahi mangsa yang disyaki menjadi punca kematiannya,” kata Ab. Rashid kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Beliau berkata, anggota polis forensik yang menyiasat tempat kejadian pula menemui masing-masing sebilah parang dalam bilik air dan pisau dalam laci yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
Menurutnya, kedua-dua senjata tersebut tiada kesan darah dipercayai sudah dicuci oleh suspek, malah penjenayah turut membersihkan kesan-kesan darah yang berlumuran di atas lantai.
Katanya, mangsa dibunuh di bilik tengah sebelum mayatnya diseret ke bilik air dan dicampak dalam kolah.
“Kita tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam jenayah ini adalah individu dikenali oleh mangsa kerana tiada kesan pecah masuk dan pergelutan berlaku di rumah tersebut,” katanya.
Beliau memberitahu, semasa insiden pembunuhan berlaku, sekumpulan pekerja kebetulan sedang membuka khemah di hadapan rumah mangsa tetapi mereka mendakwa tidak menyedari kejadian itu.
Ab. Rashid berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat mengenal pasti barang-barang yang dilarikan suspek dari rumah terbabit kerana semua ahli keluarga mangsa tidak boleh memberi keterangan disebabkan terlalu sedih dan terkejut.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Hirdawati Isa melalui talian 03-87362222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, seorang menantu kepada Danaletchemee, M. Murugun, 35, ketika ditemui memberitahu, keluarganya juga mengesyaki suspek yang membunuh ibu mertuanya adalah individu dikenali dan mungkin pernah datang ke rumah itu semasa mereka mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan seorang anak saudaranya pada Sabtu lalu.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Reman pegawai SPRM dilanjut, wang ditemui



KUALA LUMPUR 27 Sept. - Tempoh tahanan reman tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya juga telah menemui sejumlah wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah wang itu kerana masih dalam siasatan.
Tambahnya, sehingga kini siasatan terhadap ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu berjalan lancar.
"Kita telah sambung reman pegawai berkenaan kerana masih banyak lagi perkara yang perlu disiasat. Apabila siasatan selesai polis akan mendakwa mereka mengikut pertuduhan yang sesuai.
"Kita juga masih mencari dua suspek lain untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Polis Selangor pada Jumaat lalu telah mengedarkan gambar dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes tersebut.
Lelaki tersebut T. Sritharan, 32, dan D. Nagarajan, 34, yang masing-masing beralamat terakhir di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dan Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Sementara itu, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan hari ini, siasatan dalaman bagi kesalahan ketiga-tiga pegawai itu telah selesai dijalankan oleh Lembaga Tatatertib SPRM.
"Hasil mesyuarat, lembaga berkenaan telah membuat keputusan ke atas penjenisan kesalahan terbabit iaitu kesalahan serius di bawah Peruntukan 37 Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1998.
"Bagaimanapun, siasatan dan tindakan yang diambil tidak melibatkan atau menjejaskan siasatan pihak polis," katanya.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Pemberontak Libya tawan bandar Sirte



TRIPOLI 27 Sept. - Pemberontak hari ini berjaya menawan bandar Sirte, bandar kelahiran bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Sumber tentera berkata, Sirte yang merupakan salah satu daripada dua kubu kuat Gaddafi 'ditawan' pemberontak selepas berlaku pertempuran selama dua minggu.
Sehingga kini, lokasi persembunyian Gaddafi masih belum diketahui tetapi beliau beberapa kali membuat kenyataan di sebuah stesen televisyen mendesak pengikutnya meneruskan perjuangan menentang pemberontak. - dpa
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

16 maut bas meletup langgar bom di Afghanistan



28/09/2011 2:50am

KABUL 28 Sept. – Sekurang-kurangnya 16 penumpang terbunuh, termasuk 11 kanak-kanak, apabila bas yang dinaiki meletup selepas melanggar sebutir bom yang diletakkan di tepi jalan di barat Afghanistan, hari ini.
"Kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan, sebuah bas penumpang dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan melanggar sebutir bom di tepi jalan di daerah Shindand menyebabkan 16 terkorban.
“Seramai 11 kanak-kanak, empat wanita dan seorang lelaki yang terkorban dalam kejadian tersebut,” kata jurucakap wilayah Herat, Mohayedin Noori. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Militan, pasukan keselamatan India bertempur, enam maut



28/09/2011 2:55am

SRINAGAR, India 28 Sept. – Tiga anggota pasukan keselamatan India dan tiga ahli militan terbunuh dalam satu pertempuran berbalas tembakan di daerah Kashmir, semalam.
“Pertempuran tersebut bermula kelmarin dan berterusan sehingga semalam.
“Tiga militan, dua anggota polis dan seorang tentera maut dalam kejadian tersebut,” kata seorang pegawai polis. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Budak 13 tahun mengaku curi barang kemas



MELAKA 27 Sept. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menceroboh sebuah rumah dan mencuri pelbagai barangan bernilai RM3,500 di Kampung Jambatan Duyong pada bulan puasa lalu.
Tertuduh yang berasal dari Taman Seri Duyung 2 mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dengan memasuki sebuah kediaman di Kampung Jambatan Duyong di sini pada pukul 4.45 petang, 19 Ogos lalu.
Pelajar tingkatan satu itu dituduh mencuri tiga utas rantai leher emas, empat gelang tangan emas, dua bentuk cincin emas, dua gelang kaki emas, tiga buah telefon bimbit, aksesori pengantin dan wang tunai RM250 yang keseluruhannya bernilai RM3,500.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Kes disebut semula pada 4 November ini.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Tujuh anggota sindiket curi kereta Honda lama diberkas



SUBANG JAYA 27 Sept. - Polis menahan tujuh anggota sindiket curi kereta yang mensasarkan kenderaan jenis Honda lama untuk dijual komponennya dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Taman Lestari Perdana di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 35 tahun itu ditahan selepas pihaknya membuat risikan berdasarkan maklumat awam.
Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lima lelaki di tempat letak kenderaan di kawasan tersebut dan susulan itu menahan dua lagi rakan mereka di dalam unit pangsapuri terbabit.
"Kita juga merampas empat buah kenderaan Honda lama yang diletakkan di tempat letak kenderaan di situ," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Tambah Thaiveegan, hasil pemeriksaan menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah curi kereta selain komponen kenderaan dipercayai jenis Honda lama yang telah dileraikan.
Jelas beliau, kesemua kenderaan yang dirampas itu dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada Julai lalu hingga September tahun ini dan suspek dipercayai melakukan jenayah itu ketika awal pagi.
Difahamkan, suspek dipercayai bekerja sebagai mekanik dan tukang jual komponen terpakai selain penganggur.
"Seramai empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan dan sindiket itu dipercayai aktif sejak lebih setahun lalu," katanya.
Selain itu, saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek positif penyalahgunaan dadah jenis syabu.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang dadah yang ditemui ketika serbuan tersebut dilakukan.
Beliau berkata, kesemua nilai rampasan termasuk empat buah kenderaan yang dicuri itu bernilai RM125,000.
Jelasnya, kesemua suspek kini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Geng curi motosikal berkuasa tinggi tumpas



JOHOR BAHRU 27 Sept. - Polis menumpaskan geng curi motosikal berkuasa tinggi di negeri ini dengan tertangkapnya dua lelaki dan merampas 10 motosikal pelbagai jenama di sebuah bengkel di Sentul, Kuala Lumpur pada 15 September lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dengan tertangkapnya suspek yang berusia 25 hingga 27 tahun itu, polis percaya berjaya menyelesaikan 28 kes curi motosikal yang dilaporkan di sekitar Johor Bahru.
"Antara motosikal yang berjaya dirampas dalam operasi dengan bantuan polis Sentul adalah jenis Yamaha R1 (dua), Honda CB 400, Honda CBR 900 RR, Aprilia dan Suzuki GSX R," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambahnya, hasil siasatan awal menunjukkan, kumpulan tersebut aktif semenjak awal 2009 dan semakan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah).
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar memberitahu, polis Johor berjaya menyelesaikan 26 kes pecah rumah di bandar raya ini dengan tertangkapnya dua lelaki di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini pada 20 September lalu.
Tambahnya, suspek ditangkap dalam serbuan pukul 4.30 petang dan merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut termasuk sebuah kereta Toyota Estima yang dilaporkan dicuri di Seri Alam di sini pada Ogos lalu.
"Antara barangan yang dirampas adalah dua batang kuku kambing, pemotong besi, pemotong dawai, tukul kayu, set kayu golf, komputer, alat pemotong kaca, kamera pelbagai jenama, set penebuk dinding dan pahat," ujarnya.
Katanya, kedua-dua suspek berusia 33 dan 35 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau itu turut dikehendaki polis Melaka dan Perak serta ditahan reman sehingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Pemuda baru kahwin mati lemas



ARAU 27 Sept. - Seorang pemuda yang baru melangsungkan perkahwinannya lima bulan lalu ditemui mati lemas setelah motosikal ditunggangnya terbabas lalu terjunam ke dalam tali air di Kampung Behor Gelam, dekat sini, semalam.
Ketika kejadian pukul 6.30 petang, mangsa, Muhammad Nizam Othman, 22, dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Jejawi.
Menurut isterinya, Rosmaliza Rohin, 23, suaminya yang baru bekerja di kilang itu, sejak sebulan lalu keluar dari rumah dalam keadaan hujan lebat.
"Selalunya dia akan hantar pesanan melalui telefon bimbit apabila sampai ke tempat kerja namun sehingga pukul 7 petang saya tidak menerima pesanan itu.
"Namun saya tidak memikirkan apa-apa kerana menganggapnya mungkin dia sibuk. Sehinggalah pukul 9 malam saya tidak mendengar khabar berita dan saya mulai bimbang," katanya kepada para pemberita di sini, hari ini.
Rosmaliza yang tinggal di Kampung Pida 5, Kodiang, Kedah kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran dan operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula pagi ini.
Mayat mangsa kemudian ditemui terapung oleh penduduk kampung dalam keadaan masih memakai pakaian hujan di tali air berkenaan, pukul 10 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ishak Baharom memberitahu, mangsa dipercayai terbabas ketika sampai di selekoh jalan dekat kampung berkenaan.
Dalam kes berlainan, operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki, Mohd. Nurhafizi Mohd. Man, 20 yang dikhuatiri lemas di terusan Arau masih diteruskan.
Mangsa dipercayai dibawa arus deras pukul 5.30 petang semalam ketika bermain bot kawalan jauh di terusan tersebut.
Menurut Ishak, mangsa dikatakan masuk ke dalam terusan itu untuk membetulkan botnya yang terbalik namun dia dihanyutkan arus deras.
"Lebih 30 anggota pasukan mencari dan menyelamat memulakan operasi dari pukul 6 petang semalam namun masih gagal ditemui," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Ditembak mati, ketika samun polis



KUALA LUMPUR 27 Sept. – Percubaan enam lelaki cuba merompak rumah seorang supritendan polis ternyata membawa padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak mati di Medan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, malam ini.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, enam suspek terbabit cuba menyerang pegawai polis yang bertugas di Bukit Aman itu, di hadapan rumahnya ketika dia baru pulang dari makan malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa terlebih dahulu telah melihat enam suspek yang menaiki tiga buah motosikal sedang bersembunyi di kawasan berdekatan.
“Dia yang baru turun dari kenderaan telah diserang dengan parang oleh suspek namun dia berjaya melarikan diri sambil membuang segala barangan berharga miliknya.
“Helah mangsa berjaya apabila suspek mengutip barangan tersebut dan ketika itulah pegawai polis itu mengeluarkan senjatanya dan melepaskan tiga das tembakan serta mengenai salah seorang suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Pekerja dakwa dipukul polis disiasat



KUBANG PASU 27 Sept. - Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis di Taman Bahagia, Kodiang, Sabtu lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, tindakan tegas akan diambil jika didapati anggota polis tersebut melakukan jenayah terbabit.
"Mana-mana anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi, jika mereka lakukan kesalahan kita akan ambil tindakan.
"Anggota keselamatan negara kita adalah professional jadi jika ada dalam kalangan mereka terlibat dengan jenayah kita tidak akan bertolak ansur," katanya kepada pemberita selepas melawat Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai dakwaan pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal terbabit dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya kerana menegur seorang daripada lelaki itu yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah.
Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, berkata, dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum lelaki itu membuang sampah di luar tong sampah.
Dalam pada itu, menurut Abu Seman, kementeriannya sentiasa tegas dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota keselamatan negara.
"Anggota polis patut menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Jadi kita akan buat siasatan dan ambil tindakan sewajar sekiranya terbukti mereka melakukan kesalahan tersebut,'' tegas beliau.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Penyamun mati ditembak ketika cuba samun rumah anggota polis



28/09/2011 2:58am

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Percubaan enam penyamun cuba merompak rumah seorang supritendan polis ternyata membawa padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak mati di Medan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, enam suspek terbabit cuba menyerang pegawai polis yang bertugas di Bukit Aman itu, di hadapan rumahnya ketika dia baru pulang dari makan malam.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa terlebih dahulu telah melihat enam suspek yang menaiki tiga buah motosikal sedang bersembunyi di kawasan berdekatan, dan menembak mati salah seorang daripada mereka apabila telah diserang dengan parang. - Utusan
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Tiga sahabat dihukum gantung




MOHD. Naziezul Ibrahim, Wan Muhamad Hanisan Wan Ismail (depan) dan Azizul Fahmie Mamat (kiri) berjalan keluar selepas dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/AIZZUL A. MAJID


KOTA BHARU 27 Sept. – Tiga sahabat masing-masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methampathamine seberat 18.77 gram, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan Mohd. Naziezul Ibrahim, 31; Wan Muhamad Hanisan Wan Ismail, 31, dan Azizul Fahmie Mamat, 27, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Seorang rakan mereka, Jaffri Jaafar, 31, sebelum ini telah dibebaskan atas tuduhan yang sama.
Ketiga-tiga lelaki tersebut disabitkan bersalah mengedar dadah tersebut di kawasan tempat letak kereta, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) kira-kira pukul 8.30 malam, 31 Mei 2008.
Mereka bertiga didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rehan Mohd. Aris, sementara Mohd. Naziezul diwakili peguam, Mashitah Mohd. Noh, manakala peguam Zaidan Ali mewakili Wan Muhamad Hanisan dan Azizul Fahmie.
Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mashitah menyatakan, anak guamnya dari Pasir Mas dan masih bujang, bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM600 sebulan selain merupakan penanggung kedua-dua ibu bapanya.
Zaidan pula memberitahu, ekoran kes itu, isteri Wan Muhamad Hanisan telah memohon cerai daripada suaminya yang bekerja sebagai mekanik motosikal dengan pendapatan RM500 sebulan.
Sementara Azizul Fahmie yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM600 sebulan, menyara bapanya yang tidak bekerja selepas kematian ibunya.
Hakim Ahmad Zaidi dalam penghakimannya menyatakan, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menjatuhkan hukuman mandatori tersebut terhadap tertuduh-tertuduh.
‘‘Selepas meneliti fakta kes kedua-dua pihak, kita sedia maklum tidak ada pilihan lain di bawah kes yang dibicarakan ke atas ke tiga-tiga tertuduh ini, hukumannya satu dan telah ditetapkan ke atas mereka iaitu gantung sampai mati,’’ katanya.
Sebaik sahaja keputusan tersebut dibacakan, ketiga-tiga tertuduh menundukkan wajah ke lantai sambil mengesat air mata. Beberapa wanita dipercayai ahli keluarga mereka juga teresak-esak menangis.
Seorang wanita dipercayai ibu kepada salah seorang tertuduh turut terpaksa dipapah keluar oleh ahli keluarga setelah rebah.
Suasana turut menjadi tegang seketika apabila beberapa lelaki menolak kamera beberapa petugas media bagi menghalang wajah tertuduh dirakamkan.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Kereta api berlanggar, 290 cedera




Pasukan menye;amat memindahkan penumpang-penumpang yang terselamat dari kereta api yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta api laluan bawah tanah di tengah Shanghai, semalam. - AFP


SHANGHAI 27 Sept. - Lebih 270 penumpang cedera dan 20 dilaporkan cedera parah, apabila dua buah kereta api laluan bawah tanah bertembung di tengah Shanghai hari ini.
Agesi berita tempatan melaporkan, kemalangan berlaku pada pukul 2.10 tengah hari waktu Malaysia berpunca daripada kegagalan memberi isyarat.
Tiada kematian dilaporkan.
"Dua buah kereta api bertembung berhampiran stesen Yu Yuan di tengah Shanghai akibat kegagalan memberi isyarat dan operasi perkhidmatan antara stesen Hongqiao dan stesen Tiantonglu ditangguhkan buat sementara waktu,'' jelas kenyataan syarikat kereta api Shanghai Metro menerusi laman webnya.
Pihak keselamatan dikerah menjalankan operasi menyelamat.
Ini merupakan kemalangan kereta api kedua di negara ini selepas insiden pelanggaran kereta api di timur bandar Wenzhou pada Julai lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 penumpang yang disifatkan sebagai kemalangan kereta api paling buruk pada tahun ini. - AFP/REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

15,000 terjejas akibat taufan Nesat




Kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bertungkus-lumus membersihkan dahan yang patah bertaburan di jalan raya selepas dipukul ribut di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.


KOTA KINABALU 27 Sept. - Kesan taufan Nesat yang melanda utara Manila, Filipina turut dirasai di sini apabila ia menyebabkan berlakunya ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan di bandar raya ini pagi ini.
Kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 5.15 pagi itu mengakibatkan kira-kira 15,000 pengguna terputus bekalan elektrik dan komunikasi kira-kira sejam.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, antara kawasan terjejas teruk adalah Tanjung Aru, Putatan dan Petagas.
Menurutnya, angin kencang dan ribut berkenaan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan kemudahan talian elektrik serta banyak pokok dan papan iklan tumbang di sepanjang jalan raya.
"Angin kencang selaju 95 kilometer sejam adalah kesan daripada taufan Nesat yang melanda utara Flipina. Ia kini bergerak ke Luzon dan Hainan, China," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Malik berkata, pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemusnahan besar mahu pun kecederaan.
Beliau berkata, ribut petir dan angin kencang itu dijangka berterusan sehingga 1 Oktober ini di bahagian pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.
Katanya, keadaan itu berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
Katanya, amaran tahap dua dikeluarkan dan ia dikategorikan berbahaya bagi sebarang aktiviti laut termasuk perkhidmatan feri.
Ribut tropika ini berada kira-kira 1,527 kilometer (km) ke Barat Laut Kudat dan 1,552 km ke Barat Laut Kota Kinabalu.
Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:

'via Blog this'

Suami isteri leka lepas gian




Yap Toon Khuan (kanan) melihat sebahagian penagih yang ditahan dalam Ops Tapis di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 27 Sept. - Sepasang suami isteri berumur sekitar 30-an antara 31 penagih dadah termasuk dua pengedar berjaya ditahan polis dalam Ops Tapis Khas di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini malam semalam.
Dalam operasi selama sejam yang berakhir pukul 10.30 malam itu, pasangan tidak mempunyai anak terbabit ditahan ketika leka melepaskan gian dadah jenis heroin bersama penagih lain di kawasan tersebut.
Wanita itu semasa ditahan mengaku menagih sejak berkahwin pada 1998 dan datang dengan suaminya ke kompleks pendaratan ikan tersebut setiap malam hanya semata-mata mahu melepaskan gian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, turut diberkas ialah dua pengedar berumur 45 dan 41 tahun disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya memeriksa 39 individu dan lapan daripada mereka negatif manakala 31 lagi positif ujian air kencing.
"Semua yang ditahan berumur 24 hingga 45 tahun. Seramai 24 orang positif opiat (heroin) dan tujuh lagi metamfetamin (syabu) termasuk seorang wanita serta empat nelayan warganegara Myanmar.
"Polis juga memberkas dua pengedar selepas mereka didapati masing-masing memiliki kira-kira 30 gram dadah dipercayai heroin dan seorang lagi memiliki 25 gram dadah jenis sama serta 0.8 gram dipercayai syabu.
"Turut dirampas ialah wang RM641 dipercayai hasil jualan dadah kepada penagih yang datang melepaskan gian di sini," katanya.
Kata beliau, nilai dadah yang dirampas daripada dua pengedar tersebut dianggar bernilai RM5,550 manakala para penagih yang ditahan pula terdiri daripada buruh dan nelayan dari sekitar daerah ini.
Tambahnya, lokasi tersebut merupakan tempat popular dalam kalangan penagih dan pihaknya membuat intipan selama dua minggu sebelum melakukan serbuan dengan kekuatan 45 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) manakala dua pengedar itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Utusan Malaysia Online - Pahang:

'via Blog this'

Lapan tinggal sehelai sepinggang




ANUAR Jamian dan Norhaizan Kassim melihat rumah mereka yang musnah terbakar di Parit Kachau, Seri Menanti, Muar, semalam.


MUAR 27 Sept. – Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Parit Kachau, Seri Menanti di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.50 malam itu, api yang dipercayai berpunca daripada litar pintas bermula di bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh rumah.
Menurut mangsa, Anuar Jamian, 37, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang tidur dan dia yang menyedari kebakaran apabila terhidu asap cuba memadamkan kebakaran namun gagal.
“Saya kemudian segera mengejutkan isteri, Norhaizan Kassim, 37, dan enam anak berusia dua hingga 15 tahun serta membawa mereka ke tempat selamat kerana kebakaran itu merebak dengan cepat.
“Seluruh rumah saya dan dua buah motosikal musnah dalam kebakaran ini dan saya cuma sempat selamatkan kereta dan dua buah motosikal sahaja,” katanya sambil memberitahu hujan renyai berlaku semasa kebakaran itu.
Walaupun kehilangan harta benda yang banyak, namun dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kebakaran itu.
Dia yang bekerja sebagai penjual kuih berkata, pihak bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian dengan dua jentera serta berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut kira-kira pukul 11 malam.
Utusan Malaysia Online - Johor:

'via Blog this'

Kunyah bata macam makan biskut


NATALIE kini diawasi sentiasa oleh keluarganya.
NATALIE kini diawasi sentiasa oleh keluarganya.
TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.
Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.
Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.
Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.” - TS

myMetro | Kunyah bata macam makan biskut:

'via Blog this'

Paip gas ke Israel jadi sasaran


KAHERAH: Serangan terbaru terhadap saluran paip gas dari Mesir ke Israel semalam menyebabkan seorang cedera.
Saksi dan sumber keselamatan Mesir berkata, sekurang-kurangnya tiga lelaki dalam sebuah van melepaskan tembakan menyebabkan letupan pada saluran paip gas berhampiran bandar al-Arish di utara Semenanjung Sinai.

Ia adalah serangan keenam sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan. - AFP

myMetro | Paip gas ke Israel jadi sasaran:

'via Blog this'

NTC tawan pelabuhan


SIRTE: Pejuang anti-Gaddafi mencatatkan kejayaan penting semalam apabila berjaya menawan Pelabuhan Sirte.
Ia sebahagian daripada usaha mereka menguasai bandar kelahiran bekas pemimpin Libya itu yang juga menjadi kubu terpenting penyokongnya.

Ratusan penduduk sudah meninggalkan bandar tepi pantai Meditteranean berkenaan sejak beberapa hari lalu apabila tentera rejim baru semakin menghampirinya dari timur, selatan dan barat.

“Pertempuran berlaku sebelah malam dan kami kini menguasai Pelabuhan Sirte,” kata Pemerintah Briged Zintan NTC, Mustafa bin Dardef.

Pelabuhan itu terletak di utara Sirte.


Bagaimanapun, kubu penyokong Gaddafi terletak di tengah bandar itu dan tentera NTC berkata, mereka menjangka saki baki penyokong Gaddafi memberi tentangan sengit.

“Apabila kami semakin rapat di pusat bandar itu, pertempuran secara bersemuka akan berlaku di jalan raya. Kami sudah bersedia menghadapinya,” kata seorang tentera NTC, Ali Zaidi.

Isnin lalu, pejuang NTC menawan sejumlah besar senjata milik tentera Gaddafi di timur pinggir bandar Sirte. - AP

myMetro | NTC tawan pelabuhan:

'via Blog this'

Bayi dua muka dilahir di Pakistan


BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir.
BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir.
RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.
Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.

Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.


Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.

Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.

Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.


Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.


Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.


Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.


Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi

myMetro | Bayi dua muka dilahir di Pakistan:

'via Blog this'

Konflik di selatan Thai jenayah perang: Amnesty


BANGKOK: Kumpulan pemisah di selatan Thailand semakin kerap mensasarkan orang awam dalam serangan yang sering kali menyebabkan jenayah perang, kata Amnesty International, semalam.
Konflik yang melanda tiga wilayah di selatan Thailand itu yang diletakkan dalam keadaan darurat sejak enam tahun lalu sudah mengorbankan ribuan nyawa sejak 2004.

Amnesty berkata dalam satu laporan, hampir dua pertiga mangsa yang terbunuh adalah orang awam yang beragama Islam dan Buddha, daripada petani dan pemimpin agama hingga kepada penjawat awam dan guru.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata, tuduhan jenayah perang dikaitkan dengan serangan semakin meningkat terhadap orang awam yang tidak terlibat dan ia dianggap sebagai ‘konflik dalaman bersenjata’. - AFP
myMetro | Konflik di selatan Thai jenayah perang: Amnesty:

'via Blog this'