Saturday 15 October 2011

Anuar sedia hadapi saman bekas NC, pegawai Unisel

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

15/10/2011 5:58pm

KUALA SELANGOR 15 Okt. — Pemangku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof. Dr. Anuar Ahmad bersedia menghadapi tindakan mahkamah yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, oleh bekas Naib Canselor universiti itu, Datuk Dr. Rosti Saruwono dan dua bekas pegawai kanannya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum lagi melihat tuntutan dalam tindakan saman yang turut difailkan oleh bekas Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan bekas pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah.

"Kita serah (kes mahkamah) kepada peguam yang akan mengendalikan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen keenam Unisel di Bestari Jaya di sini, hari ini. — Bernama"

'via Blog this'

UPP tahan 8 kenderaan Thailand seludup minyak

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

15/10/2011 8:48pm

BUKIT KAYU HITAM 15 Okt — Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah hari ini menahan lapan kenderaan Thailand yang disyaki digunakan untuk menyeludup keluar petrol dan diesel ke negara tersebut.

Menurut Timbalan Komanden UPP Kedah Noor Mohamed Shaik Alaudin, kesemua kenderaan itu membawa muatan petrol dan diesel berlebihan di dalam tangki tambahan yang diubah suai pada kenderaan itu.

"Pada setiap kenderaan ini terdapat dua hingga enam tangki tambahan yang keseluruhannya memuatkan 3,000 liter petrol dan 2,100 liter diesel yang bernilai kira-kira RM9,000.

"UPP menghidu modus operandi penyeludupan bahan bakar itu yang dilakukan oleh pemandu kenderaan Thailand secara bersendirian, berikutan harganya di negara mereka agak tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lapan pemandu kenderaan terbabit yang berumur antara 25 hingga 40 tahun turut ditahan.

- Bernama"

'via Blog this'

2 beradik parah nahas ke masjid

myMetro | 2 beradik parah nahas ke masjid: "KOTA BHARU: Dua beradik dalam perjalanan ke masjid menunaikan solat Jumaat, parah apabila tayar belakang motosikal dinaiki pecah sebelum hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan, dekat Baung, Pengkalan Chepa, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Reduan Shamsuddin, 29, patah tangan, manakala adiknya, Hafiz, 23, pengsan di tempat kejadian sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh orang ramai.


Menurut adik ipar kepada Reduan, Azalinawati Zamri, 35, berkata dia menerima panggilan abang iparnya jam 1.30 tengah hari bagi memaklumkan kejadian itu.

“Dalam suara yang terketar-ketar, dia meminta saya memberitahu ayah mereka terbabit dalam kemalangan.


“Saya cuba menghubungi ayah beberapa kali, namun gagal kerana dia berada di masjid,” katanya.


Menurut ibu mangsa, Fatimah Ismail, 58, berkata Reduan datang dari Wakaf Bharu mengambil adiknya di rumah mereka di Kampung Lepan Pari, Pengkalan Chepa sebelum ke masjid berhampiran."

'via Blog this'

Anak ditemui melalui facebook

myMetro | Anak ditemui melalui facebook: "KANGAR: “Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit,” kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu.

Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang.


“Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu dengan Nurul bersama kawannya dikenali sebagai Amira di pasar malam itu.

“Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya.


“Saya memberi kebebasan kepada anak menggunakan Internet termasuk melayari facebook tetapi kata laluannya saya simpan bagi memudahkan pemantauan,” katanya"

'via Blog this'

UPP tahan lapan kenderaan Thailand seludup minyak

Berita Harian Online | UPP tahan lapan kenderaan Thailand seludup minyak:
BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah hari ini menahan lapan kenderaan Thailand yang disyaki digunakan untuk menyeludup keluar petrol dan diesel ke negara tersebut.
Menurut Timbalan Komanden UPP Kedah, Noor Mohamed Shaik Alaudin, kesemua kenderaan itu membawa muatan petrol dan diesel berlebihan di dalam tangki tambahan yang diubah suai pada kenderaan itu. "Pada setiap kenderaan ini terdapat dua hingga enam tangki tambahan yang boleh memuat sehingga 3,000 liter petrol dan 2,100 liter diesel yang bernilai kira-kira RM9,000.

"UPP menghidu modus operandi penyeludupan bahan bakar itu yang dilakukan oleh pemandu kenderaan Thailand secara bersendirian, berikutan harganya di negara mereka agak tinggi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lapan pemandu kenderaan terbabit yang berumur antara 25 hingga 40 tahun turut ditahan.

Noor Mohamed berkata, kenderaan itu yang berupa sebuah lori kontena dan lima pikup ditahan di Kilometer 1.3 arah ke Bukit Kayu Hitam manakala sebuah kereta dan sebuah pikup lagi ditahan di kawasan masjid Laka Temin di sini.
"Kejayaan operasi ini yang bermula dari jam 6 pagi hingga 1 petang tadi adalah hasil maklumat orang ramai," katanya.

Kes itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Kubang Pasu untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun.

Harga petrol di Thailand dilaporkan dijual pada harga RM3.70 seliter manakala diesel RM2.80 seliter berbanding masing-masing RM1.90 dan RM1.70 di Malaysia. - BERNAMA

'via Blog this'

Suami rayu isteri, dua anak hilang pulang

Berita Harian Online | Suami rayu isteri, dua anak hilang pulang:
GEORGETOWN: Seorang lelaki hari ini merayu agar isteri dan dua anak lelakinya pulang ke pangkuan keluarga selepas mereka meninggalkan rumah Selasa lalu.
Ooi Gim Yu, 35, yang tinggal di Jeti Weld Quay di sini berkata, isterinya Ooi Bee Ling, 37, tidak dapat dikesan selepas keluar dari rumah ketika mengambil dua anak mereka dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lin Leik (1) di sini.
Isterinya membawa bersama dua anak lelaki mereka iaitu Ooi Yong Chong dan Ooi Yong Chia masing-masing berusia sembilan dan lapan tahun, manakala dua lagi anak mereka yang berusia tiga tahun dan 18 bulan ditinggalkan di rumah.

"Selasa lalu, saya diberitahu oleh pemandu bas sekolah bahawa kedua-dua anak saya dijemput oleh isteri saya di sekolah dengan menaiki sebuah kereta jenis Avanza dan ketika saya menghubunginya, panggilan tidak diangkat.

"Puas saya mencari isteri dan anak saya tetapi masih tidak jumpa, saya merayu supaya mereka menghubungi saya dan cepat pulang ke rumah," katanya kepada pemberita di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, hari ini.

Ooi berkata, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut jam 6.55 petang Khamis lalu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isteri dan dua anaknya itu supaya menghubungi beliau di talian 016-4961123 atau Biro Pengaduan Awam MCA negeri 04-2267827. - BERNAMA

'via Blog this'

Suspek bunuh dan rogol tujuh tahun lalu direman

Berita Harian Online | Suspek bunuh dan rogol tujuh tahun lalu direman: "2011/10/15



KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes rogol dan bunuh yang melarikan diri daripada tahanan tujuh tahun lalu, kini ditahan reman sejak dua hari lalu, kata polis.
"Lelaki itu ditahan selepas terbabit dalam kes melarikan sebuah kereta mewah baru-baru ini. Dia kini direman selama tujuh hari," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Mohd Adnan Abdullah.
Mohd Adnan berkata, lelaki terbabit menggunakan identiti baru dan kad pengenalan palsu bagi mengelak daripada dikesan.

Beliau berkata, lelaki berusia 37 tahun itu disyaki merogol dan membunuh See Sheau Fang, 18, pada 26 Februari 2004 dan menanam mayat gadis itu di dalam lubang bersimen di depan rumahnya di Taman Perwira, Banting.

"Selepas lima hari ditahan, suspek melarikan diri menerusi siling tandas di Balai Polis Tanjung Sepat pada 13 Mac 2004," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mohd Adnan berkata, selain kes bunuh, rogol dan lari dari tahanan, lelaki itu juga pernah terbabit dalam kes peras ugut pada tahun 1999. - BERNAMA "

'via Blog this'

12 terbunuh di Syria, angka kematian cecah 3,000 orang

Berita Harian Online | 12 terbunuh di Syria, angka kematian cecah 3,000 orang: "2011/10/15

DAMSYIK: Tentera Syria membunuh sekurang-kurangnya 12 orang hari ini ketika anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang rancak membincangkan resolusi mengutuk tindakan tentera kerajaan dalam menangani kekacauan di negara itu.

Setakat ini, lebih 3,000 nyawa terkorban sejak gerakan antikerajaan meletus di negara itu.
"Dua belas orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Britain yang berpangkalan di Syria, Rami Abdel Rahman kepada agensi melalui telefon.
“Pasukan keselamatan membunuh tujuh orang di Deal manakala seorang wanita dan lelaki di bandar bergolak di selatan Syria, Daraa.

“Sementara itu, dua lagi di sekitar Damsyik dan seorang di pinggir Aleppo,” katanya.

Agensi berita tempatan SANA menafikan kehadiran pasukan keselamatan di Deal. - AFP "

'via Blog this'

Gempa gegar Laut Banda, Indonesia

Berita Harian Online | Gempa gegar Laut Banda, Indonesia: "2011/10/15



KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi yang lemah berukuran 4.9 magnitud berlaku di Laut Banda, Indonesia, jam 1.24 pagi tadi, kata Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu adalah 340 kilometer (km) di barat daya Ambon, Indonesia dan 1,615km di tenggara Tawau, Sabah.
Bagaimanapun, gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu. - BERNAMA"

'via Blog this'

Rumah ketua stesen tv Tunisia dibaling bom minyak

Berita Harian Online | Rumah ketua stesen tv Tunisia dibaling bom minyak: "2011/10/15

TUNIS: Kumpulan pelampau Tunisia mengebom rumah seorang ketua stesen televisyen semalam, beberapa jam selepas kumpulan militan bertempur dengan anggota polis di sekitar Tunis kerana membantah penyiaran filem yang menuduh mereka melanggar nilai-nilai Islam.

Kira-kira 100 lelaki, sebahagian daripadanya bertindak melemparkan bom minyak atau molotov koktel serta mengepung rumah Ketua Stesen TV Nessma, Nabil Karoui, lewat malam semalam.
Keluarga Karoui sudahpun meninggalkan kediaman mereka dan Nessma mengutuk serangan berkenaan, kata penyampai berita stesen itu.
Pemberita Nessma, Sofiane Ben Hmida memberitahu AFP, ketua stesen itu tiada di rumah ketika kejadian kira-kira 7.00 petang (waktu tempatan) semalam. - AFP "

'via Blog this'

Tiga maut, pertempuran meletus semula di Tripoli

Berita Harian Online | Tiga maut, pertempuran meletus semula di Tripoli: "


2011/10/15

TRIPOLI: Tiga maut manakala 30 lagi cedera apabi;a pertempuran dilaporkan menular semula di Tripoli membabitkan tentera yang menyokong penyingkiran Muammar Gaddafi dengan tentera kerajaan sementara, lewat semalam.

Tentera pro-Gaddfi bertempur dengan askar yang di bawah naungan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Abu Salim, sebuah daerah yang terletak kira-kira 10 kilometer di selatan ibu negara Libya itu.
Naib Presiden Jawatankuasa Keselamatan Tripoli, Abdelrazaq al-Aradi, berkata dua penyokong setia Gaddafi dan seorang pejuang NTC dilaporkan terbunuh manakala 30 lagi cedera.
Beliau berkata, kira-kira 50 lelaki bersenjata yang menyokong Gaddafi adalah dalang disebalik pertempuran terbaru itu.

Pertempuran itu kali pertama tercetus sejak Tripoli jatuh ke tangan tentera anti-Gaddafi pada Ogos lalu. - AFP "

'via Blog this'

Menteri Pertahanan Britain letak jawatan

Berita Harian Online | Menteri Pertahanan Britain letak jawatan:




2011/10/15

Liam Fox
Liam Fox
LONDON: Menteri Pertahanan Britain, Liam Fox mengumumkan meletakkan jawatan berikutan dikaitkan dengan skandal membabitkan seorang usahawan menyamar menjadi penasihatnya ketika menjalankan tugas rasmi kerajaan.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, David Cameron, Ahli Parlimen Parti Konservatif itu mengaku membenarkan aktiviti peribadi dan tugas rasmi membabitkan rakan baiknya, Adam Werritty.
Beliau meletakkan jawatan selepas memegang jawatan Menteri Pertahanan selama 17 bulan. - AFP

'via Blog this'

Lelaki Myanmar maut di Puduraya

Kosmo! Online - Terkini:


15/10/2011 2:56pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki Myanmar mati selepas dipercayai dipukul menggunakan kerusi kanak-kanak oleh dua lelaki di sebuah kedai makan di kawasan Puduraya awal hari ini.

Mayat lelaki berumur 29 tahun yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) itu ditemui kira-kira 20 meter dari kedai makan itu dengan kesan cedera parah di kepala dan muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, hasil siasatan polis berpandukan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu mendapati lelaki itu dikejar dua lelaki berusia awal 20-an.

"Dalam kejadian pada pukul 12.45 pagi itu, mangsa dikejar dari luar kedai dan memasuki kedai makan itu,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zulkarnain berkata, seorang daripada suspek ditahan oleh polis peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu, manakala seorang lagi melarikan diri.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan memnta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. — Bernama

'via Blog this'

Jenayah siber di Pahang membimbangkan

Kosmo! Online - Terkini:


15/10/2011 3:12pm

KUANTAN — Kes jenayah siber di Pahang dilihat semakin membimbangkan dengan sebanyak 183 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet dan telefon bimbit menyebabkan ramai mudah tertipu dengan sindiket jenayah siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Thomas Navamoney berkata, kejadian terbaru ialah pada akhir September melibatkan seorang wanita, 60, dan lelaki, 40-an, yang ditipu secara berasingan oleh sindiket terbabit.

"Kedua-dua mangsa kerugian RM400,000 (RM200,000 setiap seorang). Mangsa dilapor mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dari pihak Bank Negara yang mengatakan mangsa perlu segera memindahkan wang ke dalam sebuah akaun lain (akaun sindiket terbabit) bagi mengelakkan mangsa didakwa kerana telah melakukan aktiviti wang haram di Hong Kong.

Thomas berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber sebenarnya tidak sedar mereka telah mendedahkan maklumat peribadi serta akaun bank kepada sindiket terbabit. — Bernama

'via Blog this'

Jenayah siber di Pahang membimbangkan

Kosmo! Online - Terkini:


15/10/2011 3:12pm

KUANTAN — Kes jenayah siber di Pahang dilihat semakin membimbangkan dengan sebanyak 183 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet dan telefon bimbit menyebabkan ramai mudah tertipu dengan sindiket jenayah siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Thomas Navamoney berkata, kejadian terbaru ialah pada akhir September melibatkan seorang wanita, 60, dan lelaki, 40-an, yang ditipu secara berasingan oleh sindiket terbabit.

"Kedua-dua mangsa kerugian RM400,000 (RM200,000 setiap seorang). Mangsa dilapor mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dari pihak Bank Negara yang mengatakan mangsa perlu segera memindahkan wang ke dalam sebuah akaun lain (akaun sindiket terbabit) bagi mengelakkan mangsa didakwa kerana telah melakukan aktiviti wang haram di Hong Kong.

Thomas berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber sebenarnya tidak sedar mereka telah mendedahkan maklumat peribadi serta akaun bank kepada sindiket terbabit. — Bernama

'via Blog this'