Friday, 14 October 2011
kebakaran melibatkan lapan kediaman dan tiga rumah kedai Lelaki lumpuh terselamat dalam kebakaran di Rantau Panjang
RANTAU PANJANG - Seorang bekas pemandu teksi yang lumpuh akibat serangan angin ahmar nyaris maut dalam kebakaran melibatkan lapan kediaman dan tiga rumah kedai di Jalan Sekolah Cina di sini, malam tadi.
Mohd Rosdi Rashid, 49, yang terlantar di rumah ketika kejadian 8.15 malam itu diselamatkan isterinya Rubiah Ruman, 48.
Bagaimanapun, Mohd Rosdi luka di bahagian kaki dan badan kerana terkena serpihan kayu rumah yang hangus ketika dipapah keluar oleh isterinya, dan menerima rawatan di Pusat Kesihatan Rantau Panjang.
Rubiah berkata walaupun tinggal sehelai sepinggang, beliau tetap bersyukur kerana suami dan lima anaknya terselamat.
"Saya hanya sempat capai beg tangan yang mengandungi kad pengenalan tetapi semua dokumen lain, termasuk surat beranak anak-anak saya, hangus sama sekali," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Turut musnah ialah sebuah motosikal. Seorang lagi mangsa, Noraida Ismail, 39, berkata beliau bersama tujuh anaknya sedang menonton televisyen dan bergegas keluar apabila menyedari kebakaran berlaku.
Beliau berkata suaminya Azmi Mat Yatim, 36, tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja di Pasir Mas.
Keluarganya kini menumpang tinggal di rumah jiran.
Beliau mengesyaki kebakaran berpunca daripada litar pintas kerana kebanyakan bangunan di situ merupakan bangunan lama dan diperbuat daripada kayu.
Pegawai Operasi pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Abdul Ghani Mamat berkata tiga jentera bersama 18 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan, dan berjaya mengawal api dalam masa 30 minit.
Punca kebakaran masih disiasat. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama
'via Blog this'
12 rumah dan kedai terbakar di Rantau Panjang
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kerugian dianggarkan RM300,000 ribu.-SH Kelantan/Azura Mohamad"
'via Blog this'
Warga Iran dihukum mati
Mahkamah juga mengenakan penjara setahun kerana memiliki methylephedrine dan Ephedrine masing-masing seberat 2139 gram dan 1507 gram. - SH Mahkamah&Jenayah/Norawazni Yusof"
'via Blog this'
Tiga polis dipenjara lima tahun
Hakim Sarimah Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap lans koperal Nasir Ini, 28, konstabel Jerry Luis, dan konstabel tambahan Mohd Nor Azali, 24.
Ketiga-tiga mereka didapati bersalah merompak Tan Kian Boon, 40, di Jalan 2/24 Pandan Perdana, Ampang, jam 9.30 malam pada 16 september 2009. -SH Kuala Lumpur."
'via Blog this'
Sepasang kekasih memperdagangkan dua wanita Vietnam dipenjara 10 tahun
'via Blog this'
Kes bunuh ke Mahkamah Tinggi
Tertuduh yang berusia 16 tahun yang dituduh di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Radzilawati Abdul Rahman pada hari sebutan semula kes hari ini.- SH MNS/Siti Shahrosamirah Shaharman"
'via Blog this'
Bekas jurulatih taekwando pukul rakan
Mangsa, Khor Bor Chuan, 40, cedera di mata kanan dan bawah pipi kiri selepas dipukul rakannya yang berusia 46 tahun pada jam 4.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin berkata, dari maklumat yang diterima, mangsa sebelum kejadian pergi ke kedai suspek yang juga seorang peniaga kedai kopi untuk minum bir.
Bagaimanapun, ketika berada di sana, suspek enggan memberikan bir yang dipesan mangsa menyebabkan mangsa marah dan berlaku pertelingkahan mulut antara mereka berdua di situ.
Katanya, mangsa kemudian beredar dari kedai suspek dan pergi ke pusat snuker di Tambun Tulang untuk minum bersama kawan-kawannya di sana.
“Namun, suspek yang tidak berpuas hati mengekori mangsa ke kedai snuker berkenaan kemudian bertindak menyerang mangsa dengan sebilah parang yang diambil dari bakul motosikalnya.
“Disebabkan serangan itu, mangsa cedera sepanjang lima sentimeter antara bawah mata kanan hingga pipi kiri dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebagai pesakit luar,” katanya.
Abdul Rahman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan. - SH Utara/Zarina Hashim
'via Blog this'
Ibu rayu anak pulang ke rumah
Ibu tersebut Song Ah Hing, 58, berkata, anaknya Tan Siew Kwan, 22, menghilangkan diri sejak 5 September selepas memberi alasan mahu balik ke rumahnya di Sungkai, Perak.
“Saya sendiri menghantarnya ke komuter di Kepong pada jam 4 petang dan hanya mengetahui tentang perkara itu selepas suaminya datang sendiri ke Jinjang jam 2 pagi hari yang sama selepas isterinya masih belum tiba di Perak,” katanya ketika ditemui di pejabat UMNO Bahagian Segambut, semalam.
Menurutnya lagi, anaknya itu turut membawa pasport antarabangsa miliknya bersama sebuah beg pakaian.
‘Saya sekeluarga cuba menghubungi telefon bimbitnya namun tidak berjawab sehinggalah sekarang sekarang ianya gagal dihubungi terus,”katanya.
Jelasnya, sebagai ibu dia berharap anaknya itu dapat pulang kerana anaknya berusia 3 dan 1 tahun amat memerlukan perhatiannya.
“Saya akui memang pernah memarahi Siew Kwan kerana sering meminta wang kepada saya, tetapi kini saya sudah maafkan jadi tolonglah pulang,”katanya.
Orang yang mengenali atau ternampak di Siew Kwan berada boleh menghubungi talian Song Ah Hing di talian 012-2456694 atau 03-62740576 atau boleh ke alamat 10-0-7 Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur.
Sementara itu Setiausaha Kerja UMNO Segambut Lamat Basar berkata setakat ini pihaknya akan membantu mengedarkan fotofit wajah anaknya yang hilang.
“Kita akan besarkan gambar dan tampal edarkan di tempat awam bagi membantu mengesan anaknya yang hilang,” katanya. - SH Selangor&Kuala Lumpur/Izwan Rozlin
'via Blog this'
Suami isteri cedera ringan
SIBU: Sepasang suami isteri terselamat meskipun dua batang balak sepanjang kira-kira 10 meter menembusi bahagian depan pacuan empat roda dinaiki mereka selepas kenderaan itu merempuh sebuah lori membawa balak yang tersadai akibat kerosakan di Jalan Bawang Assan-Sibu di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri yang identiti mereka belum dikenal pasti dan masing-masing berusia 26 serta 34 tahun, menaiki Toyota Hilux dipercayai dalam perjalanan ke bandar ini, kira-kira jam 7 malam.
Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak menyedari sebuah lori sarat dengan muatan balak tersadai di tepi jalan akibat rosak lalu merempuhnya.
Difahamkan, ketika kemalangan itu, pasangan terbabit sempat mengelak daripada dirodok balak yang menembusi bahagian cermin depan kenderaan dan hanya cedera ringan.
Menurut sumber, kemalangan itu berlaku apabila lori yang sarat dengan balak itu berhenti di tepi jalan akibat kerosakan.
“Secara kebetulan, keadaan jalan gelap, sekali gus menyukarkan pasangan berkenaan melihat kenderaan berat terbabit tersadai di tepi jalan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafiee Ismail ketika dihubungi berkata, kemalangan itu menyebabkan pasangan terbabit cedera ringan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan mengalami kerosakan sebelum berhenti di lokasi kejadian.
“Polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu, termasuk mendapatkan keterangan daripada pasangan dan pemandu lori berkenaan,” katanya.
'via Blog this'Kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dirawat di HKL
Kes kanak-kanak itu, yang diselamatkan dan dimasukkan ke HKL sejak Isnin lepas, mendapat perhatian Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang melawatnya di hospital itu hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Tan berkata kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa dera seorang anggota keluarganya itu akan ditempatkan di rumah perlindungan selepas keluar dari hospital.
"Mangsa tidak mahu kembali semula ke rumahnya selepas ini dan dia juga ada menceritakan, akibat terlampau takut, dia pernah berhasrat melarikan diri dari rumah," kata Tan, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Tan berkata menurut polis, kanak-kanak itu dipercayai telah didera beberapa kali sebelum satu laporan polis dibuat seorang anggota Wanita Gerakan di Balai Polis Jinjang, Isnin lepas. - Bernama"
'via Blog this'
Rasuah: Kontraktor dipenjara 1 hari, didenda RM10,000
IPOH 14 Okt. – Seorang kontraktor ubah suai rumah dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM1,000 kepada Penolong Pengarah Tanah dan Galian Daerah Ipoh pada Januari lalu.
Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan Tan Cheow Hiang, 39, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi rasuah wang tunai RM1,000 kepada Mohamed Nazrein Mohamed sebagai dorongan untuk mendapatkan maklumat mengenai kawasan batu besi yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Tanah dan Galian Daerah Ipoh.
Wang suapan tersebut juga didakwa diberi supaya Mohamed Nazrein `menutup mata' dalam urusan penguatkuasaan kerja-kerja mengeluarkan bahan batu besi di kawasan Perlop 1, Sungai Siput.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 8.15 malam, 11 Januari lalu di Polo Cafe, Hotel Heritage di sini.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yang Ah Lay, manakala tertuduh diwakili peguam Nahtan Krishan. – Utusan
'via Blog this'Nurul Nursyawaltie ditemui di Pulau Pinang
Ibu pelajar tersebut, Norhafiza Nordin, 37, berkata, ketika ditemui pukul 9 malam tadi, anak dan rakannya yang dikenali sebagai Amira itu sedang merayau-rayau berhampiran Masjid Sungai Batu di kawasan berkenaan.
Katanya, dia dan suami, Mohd. Sabri Samat, 35, adiknya dan seorang rakan dibantu anggota polis dari Pulau Pinang berusaha mencari anaknya itu setelah mendapat maklumat daripada seorang rakan lelaki Nurul di negeri berkenaan. – Utusan"
'via Blog this'
28 maut pesawat terhempas di Papua New Guinea
Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia berkata, mereka yang terselamat termasuk juruterbang warga Australia dan New Zealand.
Pesawat Dash 8 syarikat Penerbangan PNG terhempas ketika terbang dari Lae ke Madang ke utara pantai pulau Pasifik Selatan itu. - AP"
'via Blog this'
Penggodam minta maaf godam komputer bintang Hollywood
Christopher Chaney, 35, berdepan hukuman penjara 121 tahun selepas ditahan di Florida kelmarin berikutan penyiasatan selama 11 bulan mendapati dia menggodam kira-kira 50 mangsa termasuk aktres Christina Aguilera dan Mila Kunis.
"Saya tidak menyimpan e-mel untuk memeras ugut seseorang," katanya yang berdepan 26 tuduhan termasuk menggunakan dan merosakkan komputer. - AFP"
'via Blog this'
Menteri buang dokumen di taman, tengah London
Menteri Dasar Kerajaan, Oliver Letwin, membuang dokumen berkaitan pendekatan kontroversi yang digunakan kerajaan ketika menyoal siasat suspek keganasan di St James Park, tidak begitu jauh dari pejabat Perdana Menteri, David Cameron di Downing Street, lapor Daily Mirror.
Akhbar tabloid itu menyiarkan gambar menteri berkenaan sedang bercakap menerusi telefon bimbitnya dan membuang dokumen berkenaan termasuk salah satu daripadanya menjelaskan bagaimana ketua risikan “gagal mendapatkan kebenaran” berkaitan pembabitan kerajaan dalam soal siasat. - AFP"
'via Blog this'
Tujuh banduan mati, 12 cedera rusuhan di penjara Mexico
"Tujuh disahkan mati, empat daripada mereka terbakar dalam penjara di Cadereyta," kata jurucakap sempadan negeri Nuevo Leon, Monterrey.
Kesemua yang terbunuh dan cedera adalah banduan.
Banduan membawa beberapa objek dan membakar tilam semasa rusuhan. Bagaimanapun anggota bomba dan tentera membantu mengawal keadaan. - AFP "
'via Blog this'
29 maut akibat ribut di Amerika Tengah dan Mexico
Pegawai itu berkata, di Amerika Tengah saja 24 orang terbunuh dan kira-kira 60,000 kehilangan tempat tinggal.
Sementara itu, lima terbunuh di Mexico apabila hujan akibat Taufan Jova memaksa kira-kira 4,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Ribut berkenaan menyebabkan banjir besar, jalan raya tersekat dan gangguan bekalan elektrik serta tanah runtuh. - AFP "
'via Blog this'
Empat lelaki didakwa sebabkan kematian suami isteri
M Thayalan, 31 dan V Elangovan, 23, dituduh atas dua tuduhan berasingan membunuh A Pakiam, 51 dan suaminya, Rama Sandram, 56, di Lot Dua, Dusun Durian, Hulu Yam Lama, Batang Kali di sini, antara jam 3.40 dan 6 pagi, 28 September 2011.
Dua ahli perniagaan, M Rahman, 44 dan N Thiyakee Dass, 35, pula dituduh atas dua tuduhan berasingan bersubahat melakukan kesalahan bunuh itu di tempat dan hari yang sama."
'via Blog this'
Gempa kuat 6.7 magnitud gegar Papua New Guinea
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bawah dasar laut itu berlaku di kedalaman 45 kilometer terletak di 103 kilometer di timur bandar pergunungan Lae dan di 326 kilometer di utara ibu negara, Port Moresby. - AFP"
'via Blog this'
Dua lelaki ditahan di Cherating bersama dadah RM66,000
Polis turut menemui dadah jenis syabu dan Eramin 5 bernilai RM66,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Yap Toon Khuan, berkata berdasarkan maklumat, anggota polis berjaya menahan sebuah kereta pada 12.15 pagi tadi dan dua lelaki berusia 33 dan 38 tahun di dalamnya cuba melarikan diri sebelum diberkas.
"Pihak polis menemui dadah berkenaan di dalam kereta suspek," katanya. - BERNAMA "
'via Blog this'
Lelaki samun, pukul wanita ditahan di Georgetown
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 29 tahun berjalan seorang diri ke tempat letak keretanya pada 1.30 pagi.
"Semasa mangsa masuk ke dalam keretanya, tiba-tiba pintu keretanya dibuka oleh seorang lelaki dan menarik dia keluar dari kereta itu sebelum merampas beg tangan serta telefon bimbit milik wanita berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu turut bertindak memukul dan mengheret wanita berkenaan kira-kira satu meter.
"Akibat kejadian itu, wanita tersebut mengalami kecederaan di siku dan lengan sebelah kanan serta lutut kanan dan kiri," katanya.
Gan berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya menangkap lelaki berkenaan sebelum menyerahkannya kepada polis.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai 10 kes jenayah lampau berkaitan samun, curi dan dadah.
"Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA "
'via Blog this'
Polis Indonesia perketat kawalan keselamatan Jakarta, Palembang
Portal akhbar Jakarta Post hari ini memetik Ketua Divisi Operasi Polis Jakarta Sujarno sebagai berkata pasukan itu telah menyusun operasi khas di kedua-dua venue temasya berkenaan.
Beliau berkata antara jenayah yang disasarkan ialah kecurian dan keganasan termasuk kecurian kenderaan, peras ugut dan pengutipan hutang secara tidak sah, selain penderaan.
Sementara itu jurucakap pihak berkuasa Sumatera Selatan Sabaruddin Ginting berkata mengawal keselamatan venue Sukan SEA adalah keutamaan pasukan polis.
Dalam pada itu, pentadbiran Jakarta telah mengharamkan aktiviti merokok di semua venue dan hotel yang digunakan untuk temasya berkenaan.
Ketua penguatkuasa di Agensi Pengurusan Alam Sekitar Jakarta, Ridwan Panjaitan, berkata semua 24 venue di Jakarta telah diisytihar sebagai zon bebas merokok.
Beliau bagaimanapun berkata tidak ada hukuman keras dikenakan kepada yang melanggar arahan itu, selain kawasan khas disediakan di luar venue bagi yang mahu merokok. - BERNAMA "
'via Blog this'
Penarik kereta dihukum gantung, edar dadah
SHAH ALAM: Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 1.614 kilogram ganja berhampiran kompleks beli belah di Bandar Utama, Damansara Utama, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Andi Idham Mohamed, 32, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Mengikut pertuduhan, Andi Idham didakwa mengedar dadah berbahaya itu di dalam kereta Honda Civic bernombor BEH 6063 di tepi jalan besar Lebuh Bandar Utama, Damansara Utama, Petaling Jaya, kira-kira jam 10.30 malam, pada 10 Mac 2008.Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akat sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, polis menerima maklumat bahawa seorang ahli sindiket pengedaran dadah yang memandu kereta dengan nombor BEH 6063 akan mengedar dadah di kompleks beli belah One Utama.
Dalam serbuan di tempat kejadian, tertuduh ditahan bersama-sama dengan satu beg Metrojaya Sale mengandungi dua ketulan mampat ganja yang dibalut plastik lutsinar.
Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nazri Yahya dan Farah Atikah Hasnan. - BERNAMA
'via Blog this'
Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan
Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. -- BERNAMA"
'via Blog this'
UPP kesan guna treler seludup diesel
UPP turut menahan pemandu treler itu, seorang lelaki warga Thailand berusia 43 tahun, untuk siasatan lanjut.
Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Muhamad Zunaidi Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati treler tanpa muatan yang menuju ke Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Bukit Kayu Hitam itu mempunyai empat tangki tambahan yang tersorok dan memuatkan 1,500 liter diesel.
Katanya, terdapat dua lagi tangki tambahan pada tangki asal treler tersebut yang diisi 3,500 liter diesel dan tujuh tong berisi 210 liter diesel yang diletakkan dalam treler itu.
"Ini merupakan taktik terbaru penyeludup warga Thailand yang menghantar barang dipercayai getah ke negara ini dan pulang dengan membawa minyak diesel tanpa diketahui pihak berkuasa.
"Kita percaya kegiatan ini dijalankan oleh satu sindiket yang menggunakan kenderaan perdagangan untuk menyeludup diesel dari negara ini setelah UPP memfokuskan penyeludupan minyak yang menggunakan kenderaan persendirian jenis pikap sahaja,” kata Zunaidi. - Bernama"
'via Blog this'
Lebih RM1.5j rugi jenayah komersial
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Thomas Navamoney berkata, kerugian itu melibatkan 183 kes.
Beliau berkata, antara kes yang dikesan termasuk cabutan bertuah, menyamar sebagai pegawai bank dan anggota polis untuk mendapatkan maklumat mangsa, serta penipuan melalui laman sosial Facebook.
"Setakat ini dua kes penipuan menerima panggilan daripada anggota polis dan pegawai bank dengan jumlah penipuan dianggarkan RM420,000 telah berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, sebanyak 17 kes lagi yang melibatkan kerugian RM296,000 membabitkan penipuan barangan, 48 kes jenayah komputer dengan kerugian sebanyak RM222,000 serta 75 kes tipu jual barang melalui laman web melibatkan kerugian RM78,000.
Thomas berkata, polis menghadapi kesukaran untuk menjejaki suspek ekoran tindakan licik mereka yang dipercayai berjaya memperdayakan orang lain untuk menggunakan maklumat mereka seperti menggunakan nombor akaun.
Katanya, mangsa penipuan turut melibatkan golongan profesional yang berjaya diperdaya oleh suspek yang bergerak dari dalam dan luar negara. - Bernama"
'via Blog this'
Murid tahun enam lemas di lombong
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Yaakob Hassan hari ini berkata, mayat Mohd. Aiman Ali, 12, ditemui oleh orang awam kira-kira sejam selepas dia tergelincir ke dalam lombong itu pada pukul 4 petang semalam.
Katanya, Mohd. Aiman tergelincir ke dalam lombong itu semasa hendak membersihkan belakang bajunya yang kotor ketika bermain dengan dua rakannya di kawasan lombong itu.
Rakannya Mohd. Akif Danial Ridzuan, 10, berkata, dia dan rakannya cuba menyelamatkan Mohd. Aiman tetapi gagal dan telah meminta bantuan orang ramai. - Bernama"
'via Blog this'
Ketamin: Warga India ke tali gantung
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman ke atas Abu Baker Siddiq Abdul Kader, 29, setelah mendapatinya bersalah di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Didapati keterangan orang kena tuduh (OKT) dalam pembelaan dirinya tidak munasabah, tidak logik dan tidak masuk akal serta tidak melampaui keraguan munasabah,” katanya.
Hakim itu berkata, keterangan OKT bahawa dia tidak mengetahui mengenai beberapa paket plastik yang ditemui pada dirinya semasa ditangkap adalah semata-mata penafian, kata Noor Azian.
Pada perbicaraan hari ini Noor Azian juga menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Abu Baker berkuat kuasa sejak dia ditangkap 6 Ogos tahun lepas dan berjalan serentak, setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952.
Abu Baker dituduh memiliki 2.1 kg Methylephedrine dan 1.5 kg Ephedrine, kedua-dua jenis bahan disenarai di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952, di KLIA pada 6 Ogos tahun lepas.
Kesalahan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) Akta yang sama (Semakan 1989) dengan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum tiga tahun.
Timbalan Pendakwaraya Wan Zuraida Wan Nawan meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan pertuduhan kerana kesalahan membawa masuk racun ke Malaysia.
Peguambela tertuduh P.Visnuvarman merayu hukuman ringan ke atas anak guamnya kerana Abu Baker yang masih bujang mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga di India dan ini adalah kesalahan pertama. - Bernama
'via Blog this'
Pemandu jengkaut terlepas hukuman gantung
Mohd. Nidzam Ahmad, 44, sebaliknya diperintah menjalani hukuman penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan memiliki dadah itu di kawasan rehat Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan, Kedah, pada 10 malam, 29 November 2004.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Ma”ah dan Datuk Mohtaruddin Baki memerintahkan bapa dua anak itu menjalani hukuman penjara mulai tarikh tangkapan pada 29 November 2004.
Hakim Abdul Malik menegaskan bahawa terdapat kelemahan dalam kes pendakwaan dan kemudiannya meminda tuduhan itu kepada memiliki dadah.
Panel berkenaan membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan Mohd. Nidzam untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dalam tuduhan awal.
Fakta kes menunjukkan bahawa polis mengekori kereta Mohd Nidzam ke arah kawasan rehat tempat dia singgah, sebelum membuat serbuan dan mendapati empat beg dalam kenderaan itu yang mengandungi bahan yang kemudian disahkan sebagai kanabis.
Peguam G.Ravishankar memohon agar mahkamah mengenakan hukuman penjara yang ringan terhadap anak guamnya, yang berjanji tidak akan melakukan lagi sebarang aktiviti jenayah di masa depan.
Timbalan Pendakwa Raya, Najib Zakaria bagaimanapun memohon supaya mahkamah menjatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan berkata pengedaran dadah adalah ancaman kepada negara. - Bernama
'via Blog this'
Perdagang wanita: Suami isteri dipenjara
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Kwong Tuck Choy dan isterinya warga Filipina, Nancy Pahim Nayan Rillera, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pasangan suami isteri itu masing-masing berumur 40 tahun, dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membayar denda itu boleh ditambah enam bulan penjara.
Ahmad Zamzani memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.
Beliau turut membenarkan permohonan peguam V. Ravi Chandran yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Tinggi.
Ahmad Zamzani memerintahkan jumlah jaminan mereka sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dinaikkan kepada RM10,000 serta syarat tambahan lain melaporkan diri setiap bulan di Balai Polis Sentul.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan mencapai niat bersama telah memperdagangkan Dynalyn Villarico Antijojo, 23, bagi maksud eksploitasi di Winner Height Condo, Jalan 2/125, Taman Desa Petaling, Cheras pada 6.30 petang, 24 Ogos 2009.
Mereka turut didakwa bagi dua pertuduhan yang sama terhadap Rhea Aesulga Lim, 23, dan Sarah Francisco Pintcing, 24, di tempat dan pada masa yang sama.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyiqin Zulkifli mengemukakan seramai tujuh saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan mengemukakan lima saksi. - Bernama
'via Blog this'
Ganja: Penarik kereta digantung
SHAH ALAM - Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 1.614 kilogram ganja berhampiran kompleks beli belah di Bandar Utama, Damansara Utama, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Andi Idham Mohamed, 32, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Andi Idham didakwa mengedar dadah berbahaya itu di dalam kereta Honda Civic bernombor BEH 6063 di tepi jalan besar Lebuh Bandar Utama, Damansara Utama, Petaling Jaya, kira-kira pukul 10.30 malam, pada 10 Mac 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, polis menerima maklumat bahawa seorang ahli sindiket pengedaran dadah yang memandu kereta dengan nombor BEH6063 akan mengedar dadah di kompleks beli belah One Utama.
Dalam serbuan di tempat kejadian, tertuduh ditahan bersama-sama dengan satu beg Metrojaya Sale mengandungi dua ketulan mampat ganja yang dibalut plastik lutsinar.
Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Nazri Yahya dan Farah Atikah Hasnan. - Bernama
'via Blog this'
5 tahun memandu tanpa lesen
KUALA TERENGGANU - Seorang pengusaha kedai komputer yang memandu tanpa lesen sah sejak lima tahun lepas adalah antara beratus pengguna jalan raya yang disaman dalam ”Ops Khas Penunggang dan Pembonceng” di sini malam tadi hingga pagi ini.
Lelaki berusia 28 tahun itu dan berasal dari Kampung Panji Alam juga didapati memandu kereta dengan cukai jalan yang telah tamat tempoh sejak lima bulan lepas.
Pemeriksaan seterusnya mendapati dia turut mempunyai waran tangkap berkaitan kesalahan lalu lintas. Dia ditahan dan kereta jenis Perodua Kancil turut disita.
Sementara itu, seorang lagi pemilik kenderaan dikenakan lima saman berkaitan kesalahan teknikal mengubahsuai kenderaannya termasuk enjin, ekzos, plat nombor pendaftaran serta cermin gelap melebihi spesifikasi ditetapkan.
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Supritendan Khazahari Che Amat berkata, dalam operasi itu dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, sebanyak 252 saman dan notis arah periksa dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.
Walaupun operasi itu lebih ditumpukan kepada penunggang motosikal, tetapi lebih banyak kereta yang ditahan.
Operasi itu disertai 130 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). - Bernama
'via Blog this'