Monday, 24 October 2011

Penoreh dipenjara 11 tahun, 6 sebatan rogol remaja lembam


24/10/2011 4:25pm

KOTA BHARU 24 Okt. – Seorang penoreh getah dihukum penjara 11 tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang remaja lembam bawah umur, dua tahun lalu.

Hakim Irwan Suaibon memerintahkan Ahmad Fitri Yaacob, 23 menjalani hukuman tersebut bermula hari ini setelah mendapati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Tertuduh yang ditangkap tiga hari selepas kejadian, disabitkan bersalah merogol mangsa yang berusia 12 tahun 10 bulan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sungai Sok, Kuala Krai pada siang hari, 27 Oktober 2009. - Utusan

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Kes sebar agama lain kepada umat Islam boleh ke mahkamah sivil


24/10/2011 8:47pm

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Orang bukan Islam yang menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen itu antaranya melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.

Kesalahan lain ialah menerbit dan menyebarkan terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam serta mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh agama bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang berkaitan portfolionya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

“Sangat ramai yang tidak sedar kewujudan enakmen ini yang sudah dilaksanakan pada tahun 1980, dan ia (mereka yang bersalah) tidak akan didakwa di mahkamah syariah,” katanya.

Beliau berkata, antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis. – Bernama

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Pemandu lori didenda RM1,000 rotan ahli perniagaan


24/10/2011 10:02pm

PETALING JAYA 24 Okt. - Berpunca daripada satu kemalangan kecil, perang mulut berlaku antara seorang pemandu lori dan seorang ahli perniagaan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka akhirnya dirotan.

Ekoran daripada kejadian itu, pemandu lori tersebut hari ini didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan merotan ahli perniagaan terbabit.

Keu Fing, 59, didakwa mencederakan Tay Kok Wee, 38, dengan sebatang rotan sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kiri pipi mangsa.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ke Kampung Baru, Sungai Buloh di sini pada pukul 12 tengah hari, 15 April lalu.

Dakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid turut memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Datin Rajpreet Kaur dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, kejadian itu berlaku setelah tercetus perang mulut antara tertuduh dan mangsa kerana kenderaan masing-masing terlibat dalam satu kemalangan kecil.

Tertuduh yang tidak berpuas hati kemudiannya mengambil sebatang rotan yang ada di dalam lorinya dan memukul mangsa dengan rotan tersebut. – Utusan

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Ragut beg: Dua rakan dipenjara tiga tahun empat bulan


24/10/2011 8:15pm

MELAKA 24 Okt. – Dua sahabat masing-masing menangis apabila dihukum penjara 40 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meragut beg tangan seorang gadis pada Jun lalu.

Muhammad Shafiq Abdul Rahman, 18, dan Muhammad Akmal Isa, 20, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap S. Geeta, 22, di Jalan Besar Datuk Dol Said berhadapan dengan kedai serbaneka 7-Eleven di Alor Gajah pada pukul 4.30 petang, 15 Jun lalu.

Beg tangan mangsa yang diragut itu mengandungi wang tunai RM200 dan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, buku bank serta kad Jabatan Pertahanan Awam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kedua-dua tertuduh sebelum ini dibicarakan atas tuduhan tersebut tetapi menukar pengakuan kepada bersalah selepas empat saksi pendakwaan selesai memberi keterangan, dua minggu lalu.

Terdahulu, peguam, Andrew Lourdes yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadap kedua-dua anak guamnya itu.

``Dalam kes ini, mangsa tidak dicederakan manakala kerugian hanya RM200 dan saya mohon hukuman ringan dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh,’’ kata peguam tersebut.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira kekerapan kes ragut yang berlaku tanpa mengenal usia mangsa.

``Beberapa kes sebelum ini menunjukkan ada mangsa yang cedera parah dan lebih teruk ada yang meninggal dunia akibat diragut,’’ kata Mahadi.

Hakim Ahmad Sazali Omar memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa mulai tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap. – Utusan

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Lelaki telan dadah dipenjara empat tahun, enam sebatan


24/10/2011 9:58pm

MELAKA 24 Okt. – Seorang lelaki yang menelan pelbagai jenis dadah, hari ini dihukum penjara empat tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyembunyikan dadah seberat 26.52 gram di dalam perutnya, April lalu.

Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Toh Kok Soon, 31, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan-pertuduhan tersebut, lelaki itu didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan berat bersih 3.17 gram, kanabis (22.47 gram), nimetazepam (0.17 gram) dan monoacetylmorphines (0.72 gram).

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di dalam tandas Hospital Penjara Sungai Udang kira-kira pukul 4.15 petang, 14 April lalu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama iaitu dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan maksimum sembilan kali.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Muhammad Hazri menjatuhkan hukuman penjara 48 bulan dan sebatan tiga kali bagi pertuduhan pertama dan kedua serta penjara 12 bulan masing-masing bagi pertuduhan ketiga dan keempat.

Kesemua hukuman tersebut diperintahkan berjalan serentak.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd. Kudus, pada hari kejadian, tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Udang untuk menjalani hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Muar.

Pada waktu yang sama, tertuduh menelan 22 peket plastik mengandungi pelbagai jenis dadah yang diterimanya daripada seorang kenalan di dalam lokap di Muar. Kenalannya itu kemudian diikat jamin.

Tindakan tertuduh terbongkar apabila pemeriksaan yang dijalankan oleh kakitangan penjara mendapati tertuduh menyembunyikan kesemua dadah tersebut di dalam perutnya.

Ekoran itu pihak penjara memberikan julap kepada tertuduh yang kemudian mengeluarkan peket-peket dadah bersama najisnya. – Utusan

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Lelaki telan dadah dipenjara empat tahun, enam sebatan


24/10/2011 9:58pm

MELAKA 24 Okt. – Seorang lelaki yang menelan pelbagai jenis dadah, hari ini dihukum penjara empat tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyembunyikan dadah seberat 26.52 gram di dalam perutnya, April lalu.

Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Toh Kok Soon, 31, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan-pertuduhan tersebut, lelaki itu didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan berat bersih 3.17 gram, kanabis (22.47 gram), nimetazepam (0.17 gram) dan monoacetylmorphines (0.72 gram).

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di dalam tandas Hospital Penjara Sungai Udang kira-kira pukul 4.15 petang, 14 April lalu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama iaitu dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan maksimum sembilan kali.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Muhammad Hazri menjatuhkan hukuman penjara 48 bulan dan sebatan tiga kali bagi pertuduhan pertama dan kedua serta penjara 12 bulan masing-masing bagi pertuduhan ketiga dan keempat.

Kesemua hukuman tersebut diperintahkan berjalan serentak.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd. Kudus, pada hari kejadian, tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Udang untuk menjalani hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Muar.

Pada waktu yang sama, tertuduh menelan 22 peket plastik mengandungi pelbagai jenis dadah yang diterimanya daripada seorang kenalan di dalam lokap di Muar. Kenalannya itu kemudian diikat jamin.

Tindakan tertuduh terbongkar apabila pemeriksaan yang dijalankan oleh kakitangan penjara mendapati tertuduh menyembunyikan kesemua dadah tersebut di dalam perutnya.

Ekoran itu pihak penjara memberikan julap kepada tertuduh yang kemudian mengeluarkan peket-peket dadah bersama najisnya. – Utusan

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Tawar wang elak dibunuh

MISRATA: Muammar Gaddafi merayu supaya dia tidak dibunuh dengan menawarkan emas serta wang kepada mereka yang menangkapnya.

Anggota pemberontak, Hammad Mufti Ali, 28, memberitahu akhbar Itali, Corriere Della Sera: “Gaddafi berkata, beliau rela menawarkan apa saja sebagai pertukaran dengan nyawanya. Beliau berkata, beliau mempunyai emas dan wang untuk kami.” Sementara itu, terdapat pertikaian mengenai cara bagaimana Gaddafi patut dikebumikan. Mayat bekas pemimpin berusia 69 tahun itu masih dikawal di setor daging beku di Misrata.


Seorang pemimpin NTC menyarankan mayatnya dibuang di padang pasir supaya dimakan oleh musang. “Beliau tidak layak dikebumikan dengan sempurna,” katanya. Kebanyakan tentera NTC menolak cadangan supaya beliau dikebumi mengikut syariat Islam.

Walaupun mengikut ajaran Islam pengebumian mayat perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam tetapi kerajaan baru Libya berhasrat untuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan identiti Gaddafi. Keluarganya yang kini hidup dalam buangan menggesa NTC menyerahkan mayat pemimpin itu kepada suku kaum mereka di Sirte, tempat beliau dibunuh bagi membolehkan upacara pengebumian dilakukan. Jurucakap NTC malam tadi berkata, mayat Gaddafi mungkin diserahkan kepada anggota keluarganya. Ulama Libya yang disegani, Sheikh Sadiq al-Geryani dibenarkan untuk memandi dan menyembahyangkan jenazah Gaddafi. Kemungkinan beliau akan dikebumikan di satu tempat yang tidak dinamakan berhampiran Sirte.


Sementara itu, tentera NTC yang terbabit dengan pembunuhan Gaddafi berkata: “Kami bergilir-gilir menampar mukanya dengan kuat. Sesetengah daripada kami memukulnya dengan kasut, satu penghinaan tradsional masyarakat Arab.


Satu sumber NTC berkata: “Kami tahu siapa yang membunuh Gaddafi. Dia rakyat Libya di bawah umur. Dia tidak boleh didakwa. Dia adalah wira dan identitinya tidak akan didedahkan. “Ia sebagai langkah berdamai, cara untuk meredakan penyokong Gaddafi supaya mereka tidak menentang kami lagi. Pada masa sama, kami perlu melakukan perkara yang betul di mata masyarakat antarabangsa,” katanya. - Agensi

myMetro | Tawar wang elak dibunuh:

'via Blog this'

Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup beras wangi bernilai RM300,000

KOTA KINABALU: Kastam Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup beras wangi bernilai RM300,000 ke Sabah, dipercayai dari Vietnam, pada 18 Okt lepas.

Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri, Hamzah Sundang berkata, sebanyak lima kontena berisi 130 tan metrik beras membabitkan 5,200 karung dibawa masuk menerusi Singapura, sebelum dirampas di Pelabuhan Sabah.

"Selain tidak memiliki daftar cukai terhadap beras yang dirampas itu, tidak ada pihak yang mengaku barang tersebut milik mereka dan hanya terdapat surat penghantaran oleh agen perkapalan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan yang pertama di Sabah tahun ini membabitkan nilai tinggi. - Bernama

myMetro | Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup beras wangi bernilai RM300,000:

'via Blog this'

Tukang rumah rayu bantuan biayai rawatan barah isteri

myMetro | Tukang rumah rayu bantuan biayai rawatan barah isteri: "YAN: Seorang tukang rumah dari Kampung Dulang Kechil di sini merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos perubatan isterinya yang menderita barah payu dara sejak setahun lalu.

Ishak Awang, 48, berkata isterinya Shabihah Ismail, 47, terpaksa berhenti daripada mendapatkan rawatan seterusnya setelah lima kali menjalani kimoterapi di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani tiga bulan lalu kerana kesempitan wang.
"Isteri saya sakit barah tahap empat dan setelah tamat rawatan kimoterapi, dia tidak lagi dapat rawatan susulan di hospital. Kini dia mengharapkan ubat kampung sahaja tambahan pula doktor pun tidak maklumkan tentang rawatan susulan. Saya hendak pergi dapatkan rawatan pun semua ini memerlukan kos," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Ishak berkata isterinya kini sudah tidak boleh berjalan lagi dan hanya terbaring.


"Kini isteri saya tidak mampu untuk duduk mahupun berdiri sebab dari paras pinggang hingga kaki sudah tidak berfungsi. Ada kawan-kawan cakap suruh pergi dapatkan rawatan daripada doktor pakar saraf tetapi hendak pergi macam mana, semua ini perlukan belanja yang tinggi, lagi pun kenderaan tidak ada," katanya. - Bernama"

'via Blog this'

Rompak, rogol: Penjara 16 tahun, sebat 6


24/10/2011 5:36pm

KUALA LUMPUR 24 Okt – Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merompak dan merogol dua wanita di tandas awam, tiga bulan lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Endry Roni Afandi, 27, selepas dia menukar pengakuan bersalahnya hari ini dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 13 Julai lepas.

Sebelum menjatuhi hukuman, Emelia berkata, faktor kepentingan awam dan rayuan daripada peguam bela dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

"Tertuduh sebagai ketua keluarga sepatutnya tahu membezakan yang baik dan buruk serta faktor kemiskinan yang dihujahkan oleh peguam bela bukanlah alasan untuk tertuduh melakukan jenayah,” katanya. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Pengurus kilang perabot didakwa sogok


24/10/2011 4:16pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus kilang perabot hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi rasuah kepada pengurus kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mei lepas.

Tan Boon Hing, 57, didakwa memberikan suapan iaitu wang tunai RM4,000 kepada Rumaizi Mohd Amir sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana mencuri arus elektrik.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Starbuck Bangsar Village di sini pada 10.45 pagi, 25 Mei 2011.

Untuk itu dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 November depan untuk sebutan kes. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Pelatih pusat pemulihan hilang 11 hari


24/10/2011 5:36pm

JITRA – Seorang pelatih lelaki di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak di Jalan Wang Tepus dekat sini dipercayai hilang selepas melarikan diri dari pusat itu 11 hari lepas.

Mohd Ridhwan Khan Jumakahn, 30, dari Negeri Sembilan dipercayai melarikan diri kerana mengalami tekanan selepas tinggal di pusat itu sejak Mei lepas.

Pengetua pusat pemulihan, Mohd Muzni Mohd Noor berkata, pihaknya menyedari kehilangan Mohd Ridhwan kira-kira pukul 5 pagi 14 Oktober lalu ketika mengejutkan semua pelatih untuk melakukan solat subuh berjemaah.

"Sejak mengetahui Ridhwan hilang, kami telah mencarinya di merata tempat termasuklah di Pokok Sena, Kuala Nerang dan Alor Setar. Kami juga telah membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemui pelatih berkenaan di kawasan Bukit Tembaga, Pokok Sena, tetapi dia melarikan diri ke kawasan hutan.

“Ridhwan meninggalkan pusat itu sehelai sepinggang. Kali terakhir kami melihatnya dia hanya memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berseluar sukan biru,” kata Mohd Muzni. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Polis tahan lelaki disyaki edar dadah


24/10/2011 5:54pm

TEMERLOH – Seorang lelaki yang baru sahaja dibebaskan dari penjara bulan lepas, diberkas polis selepas dipercayai masih terbabit dalam pengedaran dadah.

Suspek yang berusia 36, ditangkap ketika bersembunyi di dalam semak berhampiran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bintang, dekat sini pada 1.30 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Md Nor Mansor.

Ketika ditangkap, polis menemui lima paket heroin seberat 5.2 gram bernilai RM500 dan dua biji pil Eramine 5 bernilai RM60 serta peralatan menghisap dadah di dalam beg galasnya.

"Polis turut menemui beberapa tiub straw kosong yang digunakan untuk membungkus dadah serta hampir 30 pemetik api dan beberapa jarum suntikan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Md Nor berkata, ketika ditangkap suspek juga berada di bawah pengaruh dadah dan siasatan awal mendapati suspek mengedar dadah secara kecil-kecilan di daerah itu.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (2) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Cubaan seludup beras wangi digagalkan


24/10/2011 6:15pm

KOTA KINABALU – Kastam Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup beras wangi bernilai RM300,000 ke Sabah, dipercayai dari Vietnam, pada 18 Oktober lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri, Hamzah Sundang berkata, sebanyak lima kontena berisi 130 tan metrik beras membabitkan 5,200 karung dibawa masuk menerusi Singapura, sebelum dirampas di Pelabuhan Sabah.

"Selain tidak memiliki daftar cukai terhadap beras yang dirampas itu, tidak ada pihak yang mengaku barang tersebut milik mereka dan hanya terdapat surat penghantaran oleh ejen perkapalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan yang pertama di Sabah tahun ini membabitkan nilai tinggi. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Rasuah: Hukuman penjara, denda kekal


24/10/2011 6:33pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara dua tahun terhadap bekas pengarah Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas 14 kesalahan rasuah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim juga mengekalkan jumlah denda sebanyak RM350,000 ke atas Leftenan Kolonel Zainal Mohd Ali setelah menolak rayuannya ke atas sabitan dan hukuman.

Hakim Md Raus bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Clement Allan Skinner.

Zainal, 57, yang datang ke mahkamah dengan bertongkat kerana kehilangan kaki ekoran serangan komunis pada 1979 ketika menyertai operasi di Bukit Gubir, Kedah kelihatan sebak selepas hakim membuat keputusan.

Isteri dan anak lelaki Zainal turut kelihatan menangis sebelum beliau dibawa oleh anggota polis untuk dihantar ke penjara. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

DVD, VCD haram RM80,000 dirampas


24/10/2011 8:37pm

SHAH ALAM 24 Okt. – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor merampas 10,000 cakera padat digital (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak filem tempatan dan antarabangsa bernilai RM80,000 dalam satu serbuan di satu premis di Subang Jaya semalam.

Ketua Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai premis, yang dijadikan stor menyimpan VCD dan DVD cetak rompak daripada orang awam, dan membuat risikan selama dua minggu sebelum menyerbunya semalam.

"Risikan awal kita berpandangan ia ada kaitan dengan bekalan VCD dan DVD cetak rompak pada kedai-kedai di kawasan berdekatan dan kes ini disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Othman berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengesan penyewa premis berkenaan untuk menjejaki mereka yang menjadi dalang pembekalan VCD dan DVD cetak rompak itu.

Sehingga hari ini, PPDNKK Selangor telah mengambil tindakan terhadap 162 kes mengikut Akta Hak Cipta 1987 dengan nilai rampasan kira-kira RM2 juta, manakala 286 kes bernilai RM1.5 juta diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, katanya. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Kedutaan Amerika beri amaran kepada warga perihal ancaman serangan di Kenya

NAIROBI: Kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi awal semalam memberi amaran kepada warga Amerika tentang ancaman serangan yang ditujukan ke atas warga asing, selang seminggu selepas tentera Kenya menyeberangi Somalia untuk memburu anggota kumpulan militan Shebab.

Kedutaan itu memetik 'maklumat boleh dipercayai mengenai ancaman serangan pengganas yang ditujukan ke atas kemudahan-kemudahan utama Kenya dan kawasan- kawasan tumpuan warga asing seperti pusat-pusat beli-belah dan kelab-kelab malam'.

'Kedutaan telah mengambil langkah membataskan perjalanan rasmi pemerintah Amerika ke Kenya, dan warga Amerika harus mengambil kira maklumat ini apabila merancang untuk melancong serta menangguhkan perjalanan mereka kali ini,' tambah kedutaan itu dalam satu kenyataan yang disediakan oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika di Washington.

Kenyataan itu, bagaimanapun, tidak menjelaskan pihak yang mungkin menjalankan serangan-serangan itu.

Jabatan Negara Amerika pernah mengeluarkan amaran yang sama pada Disember lalu, yang masih dikekalkan sambil memberi amaran tentang 'ancaman berterusan daripada kegiatan pengganasan dan kadar jenayah ganas yang tinggi'.

Minggu lalu, Kenya mengerahkan askar-askarnya menyeberangi sempadannya dengan Somalia untuk memburu anggota kumpulan pemisah Shebab, yang didakwa bertanggungjawab ke atas penculikan seorang pelancong Britain, seorang wanita cacat warga Perancis yang mati dalam tahanan, serta dua pekerja pembantu Sepanyol.

Kenya tidak mendedahkan jumlah askar yang dikerahkannya tetapi para pengamat menganggarkan jumlahnya antara 2,000 dengan 3,000 orang. -- AFP.

Cyberita Online Luar Negara:

'via Blog this'

Murid cemerlang dalam peperiksaan maut tercekik bebola daging

ANGKARA BEBOLA DAGING: Ugo, yang tidak menghidap sebarang penyakit kronik tetapi kerap batuk sejak kecil kerana mempunyai kerongkong yang agak kecil berbanding saiz normal, maut akibat tercekik bebola daging. -- Foto METRO HARIAN
BUKIT MERTAJAM: Kegembiraan seorang pelajar berusia tujuh tahun mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan akhir tahun dan pujian yang diterima pelajar itu daripada gurunya tidak berpanjangan apabila dia maut tercekik bebola daging.

'Dia cukup gembira ketika menunjukkan komen cemerlang yang ditulis gurunya pada kertas peperiksaan ketika pulang sekolah Selasa lalu.

'Tapi, kegembiraannya selepas mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan akhir tahun itu tidak berpanjangan apabila menemui ajal pada malam yang sama,' kata Cik Sim Cheng Ang, 36 tahun, ibu kepada pelajar berkenaan, Ugo Teoh, dalam laporan akhbar Metro Ahad, semalam.

Menurutnya, beliau juga terkilan kerana anaknya itu tidak berpeluang menerima sendiri pialanya selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik bagi pertandingan menulis karangan Bahasa Cina.

Cik Sim berkata Ugo mencatatkan keputusan antara lapan murid terbaik bagi keseluruhan murid tahun satu sekolahnya dalam mata pelajaran itu.

'Saya terpaksa mewakilinya untuk menerima piala itu dari pihak sekolah hari ini (Jumaat lalu) dan saya merancang letak bersama abu mayatnya sebagai kenangan,' katanya, ketika ditemui Jumaat lalu.

Dalam kejadian Selasa lalu itu, murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keow Kuang, itu disahkan maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Bukit Mertajam (HBM), kira-kira 9 malam.

Mangsa sebelum itu dikatakan bersama ibu bapanya dan seorang adik lelakinya, Udix, empt tahun, keluar makan di sebuah restoran di Jalan Tembikai, di sini, kira-kira jam 7.30 malam.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tersedak selepas menelan bebola daging sebelum tercekik dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ugo kemudiannya mengalami kancing gigi hingga menyebabkan mulutnya berdarah sebelum rebah.

Mangsa kemudian diberikan bantuan oleh orang ramai yang makan di restoran berkenaan sebelum dikejarkan ke sebuah klinik swasta dan dirujuk pula ke HBM untuk rawatan lanjut.

'Mulanya saya tidak tahu dia tercekik apa, tetapi hanya dapat mengetahuinya selepas pihak hospital mengeluarkan bebola daging itu,' kata Cik Sim, yang mempunyai seorang lagi anak perempuan, Peyi, dua tahun.

Cyberita Online Luar Negara:

'via Blog this'

Rakyat Tunisia buang undi dalam pilihan raya pertama

TUNIS: Rakyat Tunisia semalam mula keluar mengundi dalam pilihan raya pertama ekoran pemberontakan pembaharuan yang berleluasa di Dunia Arab sejak awal tahun ini, dan dijangka menghasilkan satu perkongsian kuasa buat kali pertamanya kepada sebuah parti berteraskan Islam di negara itu.

Pilihan raya itu, juga proses pengundian bebas buat kali pertamanya dalam sejarah Tunisia, akan menjadi satu piawaian bagi negara-negara Arab lain di mana pemberontakan telah mencetuskan perubahan politik atau pemerintahnya berusaha melancarkan pembaharuan bagi mengelakan pergolakan.

Tunisia melancarkan gelombang gerakan pembaharuan yang diberi istilah 'Arab Spring' di dunia Arab sekitar 10 bulan lalu, apabila bantahan besar-besaran berkaitan dengan kemiskinan, pengangguran dan penindasan pemerintah telah memaksa Presiden Zine al-Abidine Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi.

'Detik-detik inilah yang kami nantikan sepanjang masa,' kata Encik Ahmed, 50 tahun, salah seorang pengundi yang sedang beratur di sebuah pusat pengundian di ibu kota Tunisia.

'Mengapa harus saya melepaskan peluang ini? Dalam sedikit masa lagi, kami akan mencatatkan sejarah,' tambahnya.

Awal pagi semalam, barisan pengundi yang beratur di pusat-pusat pengundian di seluruh negara itu menunjukkan minat yang belum pernah dilihat semasa pemerintahan Encik Ben Ali, yang biasanya dicemari dengan keputusan pilihan raya yang sudah ditetapkan terdahulu.

Pengundian semalam bertujuan membentuk sebuah dewan yang akan melakar perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan yang dihasilkan oleh Encik Ben Ali bagi mengekalkan kuasanya.

Ia juga akan melantik barisan pemimpin pemerintah dan menetapkan pilihan raya bagi seorang presiden dan parlimen baru di Tunisia.

Pengundian itu dibuka dari 7 pagi hingga 7 malam.

Ibu Mohamed Bouazizi, pemuda yang membunuh diri Disember lalu sehingga mencetuskan pemberontakan di Tunisia, berkata pilihan raya itu adalah satu kemenangan bagi maruah dan kebebasan rakyat negara itu.

'Sekarang saya gembira bahawa kematian anak saya telah memberi peluang mengatasi ketakutan dan ketidakadilan,' kata Cik Manoubia Bouazizi kepada agensi berita Reuters.

Parti Islam Ennahda, yang diharamkan di bawah pemerintahan Encik Ben Ali, dijangka meraih undi terbesar tetapi mungkin terpaksa berkongsi kuasa dengan parti lain kerana golongan elit di Tunisia masih mahu menegakkan nilai sekular mereka. -- Reuters.

Cyberita Online Luar Negara:

'via Blog this'

Askar Thai dikerah kukuhkan benteng banjir

BERSIAP MENGHADAPI BAH: Penduduk Thai berdiri di atas guni pasir untuk berehat sementara sambil melihat ke arah jalan raya yang ditenggelami air di Bangkok, semalam, sedang kerajaan negara itu cuba mengurangkan kesan banjir di ibu kota itu. -- Foto AFP
Paras air Sungai Chao Phraya timbulkan kebimbangan besar

BANGKOK: Askar-askar Thailand semalam mengukuhkan benteng-benteng banjir yang agak lemah di sepanjang Sungai Chao Phraya di Bangkok, selepas kenaikan serta-merta paras airnya mengancam usaha menangani banjir paling teruk di negara itu sejak beberapa dekad lalu.

Perdana Menteri Thai, Cik Yingluck Shinawatra, telah memberi amaran bahawa air bah mungkin mengambil masa enam minggu untuk surut, sambil memberitahu di ibu kota itu supaya bersiap sedia menghadapi banjir yang boleh mencapai paras setinggi satu meter itu.

Hujan monsun yang lebat sejak tiga bulan lalu telah mengorbankann nyawa lebih 350 orang di Thailand dan merosakkan rumah-rumah dan kehidupan sembilan juta penduduk.

Lebih 110,000 penduduk terpaksa mencari perlindungan di sejumlah 1,743 pusat pemindahan daripada air bah yang disifatkan oleh kerajaan Thai sebagai 'sukar dibendung'.

Pihak berkuasa bertungkus lumus cuba mengatasi pengaliran air bah dari beberapa kawasan di pinggiran utara Bangkok yang sudah pun ditenggelami air sedalam paras pinggang.

Sekarang, paras air di Sungai Chao Phraya menimbulkan 'kebimbangan besar', kata kerajaan.

Air sungai tersebut melimpah keluar dari tebingnya, kelmarin, menyebabkan beberapa bahagian daripada daerah tengah Bangkok ditenggelami air - termasuk kawasan berhampiran pusat politiknya - sehingga mendorong usaha mengatasi kebocoran pada benteng-benteng sebelum bermulanya air pasang, petang semalam.

Pihak berkuasa Bangkok menggesa kira-kira 3,000 penduduk berdekatan tebing Sungai Chao Phraya berpindah ke pusat-pusat pemindahan.

Sementara itu, di bahagian utara ibu kota itu, kejadian banjir semakin hampir menjejas Don Mueang, lapangan terbang kedua terbesar di Bangkok, yang mana sebahagiannya telah dijadikan pusat pemindahan bagi ribuan penduduk dan dilindungi oleh benteng-benteng guni pasir.

Lebih 150 sekolah di ibu kota Thailand itu telah disiap sediakan untuk menjadi pusat-pusat pemindahan.

Pihak kerajaan Thai sedang berusaha menyalurkan berbilion meter padu air yang mengalir dari bahagian utara desa ke laut melalui sungai-sungai dan terusan-terusan di sekitar bandar itu dengan membuka pintu-pintu air sluis.

'Terdapat beberapa faktor yang tidak dapat kami kawal. Air sedang mengalir dari dua arah,' kata Cik Yingluck kepada para wartawan.

'Penduduk Bangkok akan terjejas kerana air akan mengalir ke selatan, khususnya melalui terusan Saen Saeb (yang merentasi pusat bandar) dan sistem saliran yang akan membantu mengalirkan air keluar (ke laut) dengan cepat,' jelasnya.

Satu lagi ujian besar dijangkakan berlaku antara Jumaat dan Ahad ini, apabila Sungai Chao Phraya bakal mengalami air pasang yang tinggi, di samping pengaliran air bah dari utara.

Lebih 1,000 orang telah dipindahkan dari rumah masing-masing di daerah-daerah utara Bangkok, termasuk daerah Don Mueang dan Lak Si, akibat limpahan air dari terusan-terusan di kawasan itu.

Semalam, Cik Yingluck turut mengumumkann perintah di bawah Akta Pencegahan dan Pengurangan Bencana 2007 Thailand bagi membolehkan pihak berkuasa menangani masalah banjir itu dengan lebih baik lagi. -- AFP.

Cyberita Online Luar Negara:

'via Blog this'

300 remaja perempuan India tukar nama baru

NAMA BARU: Sebahagian daripada hampir 300 remaja perempuan ini menunjukkan sijil yang menyertakan nama rasmi baru mereka pada satu majlis di Satara, India, kelmarin. -- Foto AP
MUMBAI: Hampir 300 remaja perempuan India dengan nama-nama yang mempunyai makna 'tidak diingini' dalam bahasa Hindi telah dibenarkan memilih nama baru bagi memulakan kehidupan baru masing-masing.

Sebuah dearah di bahagian tengah India kelmarin mengadakan satu majlis penamaan semula bagi para remaja itu, yang diharapkan dapat memberikan martabat baru kepada mereka dan membantu memerangi diskriminasi jantina yang tersebar luas di negara itu.

Sejumlah 285 remaja perempuan yang mengenakan pakaian dan perhiasan terbaik mereka, beratur menerima sijil-sijil dengan nama baru mereka daripada para pegawai daerah Satara, di wilayah Maharashtra, kelmarin.

Sambil membuang nama-nama seperti, 'Nakusa' atau 'Nakushi' yang dalam bahasa Hindi bermakna 'tidak diingini', sesetengah remaja perempuan itu memilih nama-nama bintang-bintang Bollywood, seperti 'Aishwarya' atau dewi Hindu seperti 'Savitri', bagi menggantikan nama lama mereka.

Ada juga yang hanya menggunakan nama-nama tradisional dengan makna lebih baik, seperti 'Vaishali', yang bermaksud 'kemewahan, kecantikan dan baik' dalam bahasa Hindi.

'Sekarang di sekolah, rakan sedarjah saya dan rakan lain akan memanggil saya dengan nama baru ini, dan itu membuat saya amat gembira,' kata seorang remaja berusia 15 tahun yang menukar namanya kepada 'Ashmita' (atau teguh) daripada Nakusa, nama yang diusulkan datuknya ketika dia dilahirkan. -- AP.

Cyberita Online Luar Negara:

'via Blog this'

Jenazah Gaddafi masih dipamer dengan bekas kecederaan disembunyikan

MISRATA: Tentera Libya yang mengawal jenazah Muammar Gaddafi dalam sebuah bilik penyejuk beku komesial sebuah gedung beli-belah setempat terus membenarkan orang awam menziarahi jenazah bekas pemimpin negara yang digulingkan itu, kelmarin.

Bagaimanapun, kali ini bekas kecederaan yang dialami oleh diktator Libya itu, yang boleh menjadi bukti berhubung bagaimana beliau maut, telah disembunyikan.

Jenazah Gaddafi masih terletak di atas sebuah tilam di lantai bilik sejuk itu, sama seperti Jumaat lalu apabila ratusan orang awam beratur untuk melihat sendiri bahawa lelaki yang pernah memerintah Libya selama 42 tahun itu sudah meninggal dunia.

Namun, tidak seperti hari sebelumnya, jenazah Gaddafi kelmarin ditutup dengan sehelai selimut, dengan hanya membiarkan bahagian kepalanya didedahkan - menyembunyikan kesan luka pada bahagian badannya dan kesan calar pada dadanya, yang sebelum ini kelihatan begitu ketara.

Seorang wartawan agensi berita Reuters, yang turut menziarahi jenazah Gaddafi, berkata kepala bekas diktator Libya itu telah dimiringkan ke kiri.

Ini bermakna kesan lubang peluru yang sebelum ini dapat dilihat menembusi bahagian kiri muka beliau, dekat bahagian depan telinganya, sudah tidak dapat dilihat umum.

Namun, satu bedah siasat yang dijalankan oleh para doktor Libya mengesahkan bahawa diktator Libya itu mati akibat tembakan pada kepalanya, menurut ketua ahli patologi negara itu, lewat semalam, selang beberapa jam sebelum para pemimpin baru Libya mengisytiharkan negara itu bebas dan menamatkan perang saudara yang berjalan sejak lapan bulan lalu untuk menggulingkan rejim Gaddafi selama lebih empat dekad.

Bagaimanapun, keprihatinan antarabangsa berhubung suasana kematian Gaddafi dan ketidaktentuan keputusan bagi pengebumiannya telah dibayangi oleh kegembiraan hari bersejarah itu.

Gaddafi, 69 tahun, ditangkap dalam keadaan cedera tetapi masih hidup pada Khamis lalu di Sirte.

Namun, imej-imej beliau dipukul dengan ganas oleh para penentangnya menimbulkan tanda tanya terhadap dakwaan sesetengah pegawai bahawa beliau terbunuh dalam satu insiden tembak menembak. -- Reuters, AP.

Cyberita Online Luar Negara:

'via Blog this'

138 maut dalam gempa bumi di Turki




2011/10/24

ANKARA: Panik dan ketakutan menyelubungi mangsa ketika gempa 7.2 magnitud di timur Turki mengorbankan 138 orang apabila banyak bangunan runtuh.

Angka korban dijangka meningkat ketika anggota penyelamat giat mencari mangsa di bawah runtuhan dan tiba di kawasan perkampungan.
Puluhan ribu orang meluru keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri sambil menjerit atau cuba menghubungi sanak saudara menerusi telefon ketika bangunan pejabat kediaman retak atau runtuh.
"Ramai terperangkap di bawah runtuhan. Mereka sedang menderita," kata Datuk Bandar Daerah Celebibag, Veysel Keser.

Celebibag terletak berhampiran kawasan paling turuk dilanda bencana itu, Ercis, berhampiran sempadan Ran dan antara zon gempa bumi.

Gemps bumi itu melanda pada 1.41 petang (1041 GMT). - AP
Berita Harian Online | 138 maut dalam gempa bumi di Turki:

'via Blog this'

Presiden Argentina dipilih semula pegang jawatan




2011/10/24

BUENOS AIRES: Cristina Fernandez dipilih semula memegang jawatan Presiden Argentina selepas meraih kemenangan besar dengan jumlah undi terbesar dalam sejarah berikutan rakyat tertarik dengan langkah untuk meningkatkan ekonomi negara berkenaan.

Fernandez meraih 53 peratus undi selepas 24 peratus pusat mengundi membuat pengiraan undi seluruh negara manakala pencabar terdekat hanya mendapat 17 peratus.
Ribuan penyokong pemimpin popular itu membanjiri tempat bersejarah Plaza de Mayo bergembira dan mengibarkan bendera bagi meraikan kemenangan Fernandez. - AP
Berita Harian Online | Presiden Argentina dipilih semula pegang jawatan:

'via Blog this'

Banduan bebas 25 tebusan di penjara Venezuela




2011/10/24

CARACAS: Banduan membebaskan 25 tebusan yang dikurung selama 10 hari dalam penjara di Venezuela selepas kerajaan bersetuju memindahkan tahanan ke penjara lain dalam negara berkenaan, kata pegawai.

Bagaimanapun, banduan terbabit masih mengurung 27 tebusan dalam penjara Tocuyito di Carabobo tetapi pegawai berharap mereka yang lain dapat dibebaskan segera.
"Pembebasan 25 tebusan itu dilakukan dan 30 banduan akan dipindahkan," kata Pengarah Penjara Wilayah, Reynaldo Rangel yang dipetik berkata dalam laman web akhbar Ultimas Noticias. - AFP
Berita Harian Online | Banduan bebas 25 tebusan di penjara Venezuela:

'via Blog this'

ROSAT jatuh di Asia Tenggara




2011/10/24

BERLIN: Satelit penyelidikan Jerman, ROSAT yang tidak lagi berfungsi terhempas di Asia Tenggara awal pagi tadi, menurut seorang saintis Amerika Syarikat, tetapi tiada seorang pun yang pasti di mana.

Menurut Pusat Aeroangkasa Jerman, kebanyakan bahagian satelit sebesar van mini itu dijangka hangus apabila memasuki atmosfera pada kelajuan sehingga 450 kilometer sejam tetapi kira-kira 30 serpihan seberat 1.7 tan metrik mungkin selamat dan terhempas.
Jonathan McDowell dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics di Cambridge, Massachusetts, berkata satelit berkenaan mungkin jatuh di Asia Tenggara.
Katanya, dua bandaraya China dengan jutaan penduduk iaitu Chongqing dan Chengdu, berada di laluan satelit itu sewaktu kemasukan semula.

“Tetapi jika ia jatuh di kawasan berpenduduk, sudah tentu kita sudah memperoleh laporan sekarang," katanya.

Pengiraan berdasarkan data tentera AS menunjukkan serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Hindi di timur Sri Lanka atau di Laut Andaman di luar pantai Myanmar atau di pedalaman Myanmar atau China. - AP
Berita Harian Online | ROSAT jatuh di Asia Tenggara:

'via Blog this'

Libya 'dibebaskan' selepas 3 hari Gaddafi dibunuh




2011/10/24

BENGHAZI: Pemimpin baru Libya semalam mengisytihar negara itu sudah "dibebaskan", tiga hari selepas bekas pemimpin, Muammar Gaddafi, ditangkap dan dibunuh, sekali gus menjurus kepada pembentukan kerajaan sementara.

Peristiharan yang dinanti-natikan itu dibuat ketika kontroversi berhubung kematian Gaddafi selepas beliau ditangkap hidup-hidup semasa kejatuhan bandar kelahirannya, Sirte.
Britain menyatakan insiden itu "mencemarkan" Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
“Deklarasi Pembebasan. Dongak tinggi-tinggi. Anda rakyat Libya yang bebas," Naib Pengerusi NTC, Abdel Hafiz Ghoga, berucap pada perhimpunan di Benghazi, di mana kebangkitan menentang Gaddafi dilancarkan lapan bulan lalu.

Ribuan hadirin menyambut dengan laungan: “Anda rakyat Libya yang bebas."

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, menyifatkan perisytiharan rasmi itu sebagai "bersejarah" dan menekankan sokongan badan dunia itu terhadap langkah NTC bagi menubuhkan kerajaan sementara.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, mengalu-alukan pembebasan itu sebagai "era harapan baru" dan menggesa "proses perdamaian negara" manakala Setiausaha Negara, Hillary Clinton berkata revolusi itu adalah "usaha rakyat biasa Libya yang berani".
Ghoga juga menggesa puak militia yang berjuang menggulingkan Gaddafi supaya bersatu. - AFP
Berita Harian Online | Libya 'dibebaskan' selepas 3 hari Gaddafi dibunuh:

'via Blog this'

Penganggur dipenjara 16 tahun, enam sebatan kerana rogol wanita dalam tandas




2011/10/24

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merompak dan merogol dua wanita di tandas awam, tiga bulan lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Endry Roni Afandi, 27, selepas dia menukar pengakuan bersalahnya hari ini dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 13 Julai lalu.
Sebelum menjatuhi hukuman, Emelia berkata, faktor kepentingan awam dan rayuan daripada peguam bela dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.
"Tertuduh sebagai ketua keluarga sepatutnya tahu membezakan yang baik dan buruk serta faktor kemiskinan yang dihujahkan oleh peguam bela bukanlah alasan untuk tertuduh melakukan jenayah," katanya.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam tahun terhadap Endry kerana merompak seorang eksekutif bank, 32, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di dalam tandas awam di bawah Stesen LRT Bandaraya, Dang Wangi di sini antara jam 5.15 hingga 5.30 petang, 8 Julai 2011.

Bapa kepada anak lelaki berusia lapan bulan itu didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Dia turut dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan kerana merogol mangsa di tempat, waktu dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sementara itu, mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara enam tahun terhadap Endry kerana merompak seorang kerani, 24, dengan menggunakan senjata yang sama dan menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan kerana merogol mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas awam yang beralamat di Stesen Minyak Shell, Danau Kota, Setapak antara 2 hingga 5 petang, 10 Julai 2011.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan terhadap tertuduh berjalan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman terhadap kes pertama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahah Mohd Suah manakala tertuduh diwakili peguam S Letchiemanan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Penganggur dipenjara 16 tahun, enam sebatan kerana rogol wanita dalam tandas:

'via Blog this'

Lapan lelaki diberkas kerana dadah




2011/10/24

IPOH: Polis memberkas lapan lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM550,000 serta perkakas memproses dadah dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Ipoh, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim, berkata penahanan semua suspek dan serbuan itu dipercayai melumpuhkan kegiatan pengedaran heroin serta syabu di sekitar daerah Kinta iaitu di kawasan Ipoh, Batu Gajah dan Kampar.
"Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 8.002 kilogram, syabu sebanyak 1.219 kilogram, syabu berbentuk cecair seberat 30 liter, ketamin sebanyak 108 gram dan pil Psikotropik pula sebanyak 21 gram," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.
Beliau berkata, nilai rampasan ketiga-tiga serbuan itu adalah yang terbesar di Perak setakat ini.

Katanya, selain dadah, polis merampas tujuh kenderaan, barangan kemas, sembilan telefon bimbit dan wang tunai RM32,131 serta menyita harta yang dianggarkan bernilai RM371,000.

Mohd Noor Rashid berkata, siasatan awal mendapati tujuh suspek berasal dari Perak manakala seorang lagi dari Melaka, dan semua mereka berusia lingkungan 26 dan 36 tahun.

Beliau berkata, tiga suspek ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Meru Impiana, Sabtu lalu manakala dua lagi hasil serbuan ke sebuah rumah di Taman Jelapang, yang dipercayai menjadi tempat pemprosesan dadah.
"Serbuan pada jam 5.15 petang hari yang sama di sebuah pondok di kawasan kebun pisang berhampiran Taman Suria, Tanjung Rambutan pula, polis merampas 26 tong mengandungi cecair Aceton, empat periuk berisi syabu cecair, lebih empat plastik guni bertulis 'caustic soda flake’ 98 peratus serta perkakas lain," katanya sambil menambah polis turut memberkas tiga lelaki yang berada di kawasan berkenaan.

Mohd Noor Rashid berkata, dua suspek didapati memiliki kesalahan lampau mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Katanya, semua suspek yang dipercayai aktif dalam kegiatan mengedar dadah di sekitar Kinta itu kini ditahan reman sehingga 29 Oktober ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Lapan lelaki diberkas kerana dadah:

'via Blog this'

Libya tubuh suruhanjaya siasatan pembunuhan Gaddafi

Berita Harian Online | Libya tubuh suruhanjaya siasatan pembunuhan Gaddafi: "Libya tubuh suruhanjaya siasatan pembunuhan Gaddafi


2011/10/24

BENGHAZI: Pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil, berkata satu suruhanjaya siasatan akan menyiasat pembunuhan kontroversi bekas pemimpin yang digulingkan, Muammar Gaddafi.

“Sebagai gerak balas kepada gesaan antarabangsa, kami sudah menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat situasi kematian Muammar Gaddafi semasa pertempuran dengan penyokonnya ketika beliau ditangkap," katanya. - AFP"

'via Blog this'

Bagaikan dilanda banjir kilat



DIOH – Seorang warga emas di Kampung Bukit Temensu, di sini memohon bantuan daripada pihak berkenaan bagi membaik pulih bumbung rumahnya yang rosak akibat ribut, baru-baru ini.

S Krisnaveny, 70, berkata, dia yang tinggal bersama dua cucunya sering dibelenggu rasa bimbang kerana setiap kali hujan, rumahnya akan dipenuhi air.

Menurutnya, bumbung rumahnya sudah banyak yang bocor dan perlu diganti baru.

“Hati memang tidak tenteram bila hujan. Kalau di luar basah begitu jugalah di dalam rumah kerana bumbung sudah bocor sana sini.

“Kadangkala bila hujan, saya terpaksa mencari ruang yang ada di rumah ini untuk tidur kerana bumbung di dalam bilik juga bocor,” katanya.

Krisnaveny berkata, sebelum hujan dia perlu meletakkan baldi dan besen kerana jika tidak rumahnya bagaikan dilanda banjir kilat.

“Berikutan masalah ini, saya bimbang jika berlaku litar pintas sekali gus menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.

“Baru-baru ini, angin kencang telah menerbangkan sebahagian bumbung rumah. Saya memang tidak ada wang untuk memperbaiki kerosakan itu dan membiarkan begitu sahaja,” katanya yang sudah menduduki rumah itu selama 30 tahun.

Dia berkata, namun dia bernasib baik apabila menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 untuk menampung keperluan dua cucunya dan bantuan rumah sewa sebanyak RM1,488 selama setahun.

“Saya memang tiada punca pendapatan dan hanya bergantung kepada bantuan JKM. Mujur ada bantuan itu, jika tidak, kami pasti akan hidup dalam kesempitan,” katanya.

Sementara itu, bila ditanya mengenai persiapan sambutan Deepavali, Krisnaveny berkata, mereka sekeluarga hanya menyambutnya ala kadar sahaja sama seperti tahun sebelumnya.

“Deepavali tahun ini biasa sahaja, cuma kelainannya apabila menerima sumbangan perayaan Deepavali daripada Adun Senaling, Datuk Ismail Lasim dan Pegawai daerah, Ibrahim Hasan,” katanya.

Katanya, terima kasih kepada pihak berkenaan yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka sekeluarga.
SH:

'via Blog this'

Ubah tanggapan rakyat



KUALA PERLIS - Kerajaan Pusat diminta mengkaji semula keberkesanan peletakan kesalahan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Racun 1952 dan memindanya di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi memastikan aktiviti itu dapat dibanteras di peringkat akar umbi.

Adun Kuala Perlis, Mat Hassan berkata, kesalahan penggunaan daun terlarang di bawah Akta Racun 1952 dikenal pasti menyebabkan masyarakat setempat tidak menganggap penggunaannya sebagai satu jenayah berat kerana nilai denda yang rendah.

Menurutnya, beliau ada berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen dan menggesa mereka membangkitkan kembali perkara ini demi masa depan golongan belia di negara ini.

“Di Perlis, penyalahgunaan air daun ketum amat berleluasa dan dianggap perkara biasa oleh masyarakat setempat.

“Ia boleh dibuktikan, di mana airnya dihidangkan dalam majlis kenduri seolah-olah seperti air kopi.

“Malah, kebanyakan penduduk kampung di negeri ini menanam daun ketum secara terbuka di halaman rumah.

“Perkara terbabit tidak baik untuk masa depan kerana golongan belia akan menganggap meminum air ketum tidak salah serta adat warisan turun temurun,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kursus Anti Dadah “Jati Diri Ke Arah Memperkasakan Keluarga’ anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis di sini semalam.

Mat Hassan berkata, purata rakyat Perlis yang terjebak dengan penagihan dadah dalam tempoh lima tahun.

Bermula pada tahun 2005 ialah 318 orang, 289 orang (2006), 147 orang (2007), 171 orang (2008) dan 302 orang (2009).

Beliau berkata, 20,502 penagih di seluruh negara dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 12,397 atau 60.5 peratus berjaya dipulihkan manakala selebihnya balik kepada tabiat lama atau meninggal dunia.

“Berdasarkan maklumat AADK, kos merawat seorang penghuni Puspen adalah RM593.10 sebulan

“Ia merangkumi makan dan minum, emolumen kakitangan dan sebagainya dan kini 5,441 penagih dadah dalam proses pemulihan di 29 cawangan Puspen seluruh negara,” katanya.
SH:

'via Blog this'

Ibu tunggal perlu rumah baru



BATU 16 – Sebuah keluarga terpaksa tinggal di ruang tamu buat sementara waktu apabila keseluruhan bumbung rumah di bahagian dapur diterbangkan ribut 19 Oktober lalu.

Ibu tunggal, Siti Salmiah Sulaiman, 49, berkata, dengan kesempitan hidup yang dialami, dia tidak mampu membaiki bumbung rumah berkenaan.

“Saya tidak bekerja dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Dengan wang itu juga saya turut menampung perbelanjaan dua anak yang masih bersekolah dan ibu yang berusia 89 tahun,” katanya di rumahnya di Batu 16, Padang Lumat.

Menurutnya, sejak kematian suaminya 12 tahun lalu dia yang mengambil alih tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak dan menjaga ibunya yang sudah tua.

“Rumah ini adalah rumah pusaka emak, saya sudah tinggal di sini selama 23 tahun. Keadaan kayunya yang sudah reput, semua orang tidak berani untuk naik ke bumbung bimbang jika kayu patah,” katanya.

Salmiah berkata, jika dilihat dari dalam rumah berkenaan kelihatan sedikit condong ke hadapan, kerana struktur rumahnya yang sudah dimakan anai-anai dan retak di bahagian penyambung kedua-dua dinding.

“Saya pernah memohon rumah daripada pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), namun sehingga kini belum menerima sebarang perkembangan positif.

“Saya juga bimbang jika keadaan terus begini akan berlakunya litar pintas, hanya ini sajalah rumah yang kami ada,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulur bantuan boleh menyalurkan melalui akaun bank CIMB atas nama Siti Salmiah Sulaiman bernombor 0202-1118527-52-4 atau boleh menghubungi menerusi 012-5343718.
SH:

'via Blog this'

Lagi projek rumah terbengkalai



JOHOR BAHRU - Kira-kira 100 daripada 611 pembeli dua jenis kediaman di Taman Desa Kempas, di sini, menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap pemaju selepas mendakwa projek berkenaan terbengkalai selepas dibeli kira-kira 11 tahun lalu.

:Juru dandan rambut, Chan Hwa Nong, 38, berkata, dia membeli seunit rumah kos murah berharga RM22,000 pada tahun 2000 dan sudah membayar bayaran berbentuk bunga sebanyak RM40 sebulan sejak sembilan tahun lalu.

Dakwanya, dia sudah membuat aduan khususnya kepada pemaju tetapi hingga kini, tiada sebarang tindakan diambil, malah pemaju sering berdalih dengan menghantar wakil sahaja untuk berjumpa.

“Sekarang sudah 11 tahun saya menunggu. Saya masih ingat lagi ketika rumah ini ditawarkan oleh pemaju di Plaza Angsana, dan pada ketika itu saya terpaksa beratur hampir tujuh jam bagi mendapatkannya.

“Sudahlah terpaksa membayar sewa rumah di Taman Desa Tebrau sebanyak RM350 sebulan. Saya kecewa dan tertipu dengan pemaju kerana gagal menyiapkan projek seperti dijanjikan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

:Suri rumah, Arihasni Arifin, 33, berkata, kebanyakan pembeli kini bergelumang dengan masalah bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung.

“Saya membeli seunit rumah berharga RM80,000 dan terpaksa melunaskan bayaran bunga sebanyak RM380 sebulan kepada pihak bank. Sedangkan bayaran sewa bulanan rumah di Taman Bukit Kempas masih juga perlu dibayar sebanyak RM450.

“Sakit hati bila tengok rumah masih tidak siap-siap lagi. Buang masa sahaja tunggu. Asyik bayar sahaja tetapi rumah tidak dapat didiami. Kos kehidupan harian termasuklah perbelanjaan sekolah empat anak juga perlu difikirkan lagi,” katanya.

Menurutnya, dia bersama pembeli lain langsung tidak mengetahui tempoh sebenar kediaman dibeli akan siap, malah masih meletakkan harapan supaya kerajaan dapat campur tangan menyelesaikan masalah itu.

“Janji wakil pemaju ini tidak betul. Kejap kata awal tahun, kejap hujung tahun dan ada pula ambil masa tiga bulan sahaja, tetapi sama sahaja tidak siap-siap,” katanya.

Bagi pekerja keselamatan di Singapura, R Linggam, 56, berkata, dia membeli rumah seunit berharga RM80,000 sejak tahun 2001, namun sehingga kini masih lagi menetap di rumah anaknya di Taman Kempas Indah.

“Tidaklah terlalu besar gaji berkerja di Singapura. Bulanan pula perlu bayar kepada pihak bank sebanyak RM350.

“Kami juga pernah dijanjikan akan menerima ganti rugi kelewatan apabila menerima kunci kelak, tetapi tidak pasti kebenarannya,” katanya.

Turut hadir adalah Penyelaras Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor Syed Othman Syed Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat.
SH:

'via Blog this'