Thursday 27 October 2011

Jambatan kedua Pulau Pinang

14972856

Pengakuan Salah Merogol Remaja Ditolak



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, menolak pengakuan salah yang diberikan oleh seorang remaja berusia 19 tahun selepas dia tidak mengakui fakta pertuduhan merogol yang dihadapinya.
Pada prosiding itu, Mohd Saiful Ridzuan yang merupakan seorang penganggur menafikan fakta kes tersebut yang dibacakan sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah.
Dia terdahulu mengaku salah atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga berusia 15 tahun sembilan bulan pada pukul 10 malam, 15 Oktober lalu di stor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Awam & Lalu Lintas, Sentul, di sini.
Tertuduh yang ditangkap pada 17 Oktober lalu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Berhubung soal jaminan, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahah Mohd Suah tidak menawarkan jaminan atas alasan bimbang tertuduh akan menganggu mangsa memandangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, tertuduh yang bertubuh kecil itu merayu mahkamah memberikan jaminan kerana mendakwa, dia mahu ke sekolah.
"Abang saya hadir pada hari ini untuk menjamin saya. Keluarga saya orang susah dan bapa hanya menjual nasi lemak. Saya tidak pernah ditangkap sebelum ini," tambahnya.
Hakim Elelia Kaswati Mohamad Khalid menetapkan jaminan tertuduh pada jumlah RM6,000 dengan syarat penjamin mestilah abangnya, selain tertuduh dilarang untuk menghampiri mangsa dalam apa juga cara.
Selain itu, anak bongsu daripada empat beradik itu juga diperintahkan untuk melaporkan diri ke balai polis berhampiran rumahnya pada hari pertama setiap bulan.
Kes akan ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 November ini untuk tertuduh melantik peguam.

10 rumah di Alor Setar rosak dilanda ribut

ALOR SETAR: Sepuluh buah rumah dan sebuah bengkel kereta di Batu 3, Jalan Langgar dekat sini, rosak teruk akibat dipukul ribut kuat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, bumbung dan dinding kesemua rumah itu terkopak.
Seorang mangsa, Shukri Ibrahim, berkata ribut yang disertai hujan lebat melanda dengan pantas dan menerbangkan bumbung rumahnya dan rumah beberapa jirannya.

"Saya dan ahli keluarga bimbang rumah kami dihempap pokok, dan kami keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri," katanya.


Shukri berkata beliau bersyukur kerana keluarganya selamat walaupun beliau cedera ringan di kaki semasa menyelamatkan diri manakala kerugian yang dialaminya belum dapat dinilai.

Tujuh kereta yang berada dalam bengkel yang dipukul ribut itu turut rosak dihempap dinding dan bumbung bengkel yang tercabut.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau akan menemui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk memohon bantuan kepada mangsa. -BERNAMA

Tunjuk samseng

GEORGETOWN: Hanya disebabkan sebuah kereta, seorang lelaki terpaksa berhadapan tindakan saman kompaun sehingga RM200 dan anaknya pula ditahan polis gara-gara menyerang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan Burmah, Isnin lalu.
Keadaan berlaku apabila kereta Perodua Myvi lelaki berusia dalam lingkungan lewat 40-an itu ditunda MPPP gagal menjelaskan bayaran selepas tempoh masa empat jam diberikan MPPP kerana menghalang lalu lintas.
Selepas gagal menjelaskan kompaun mengunci tayar berjumlah RM50, anaknya pula dipercayai berlagak samseng apabila bersama dua lagi rakannya membelasah anggota penguat kuasa MPPP dengan menggunakan topi keledar.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa Shamsul Mohd Nor, 32, memberitahu berlaku sedikit pertelingkahan kecil dan perasaan tidak berpuas hati antara lelaki berkenaan dengannya selepas tindakannya mengunci tayar kereta itu.


Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian menyatakan persetujuan membayar kompaun berkenaan sekiranya dikeluarkan resit pembayaran terlebih dulu.

Polis Berjaya Tangkap Pencuri Bagasi Latin Amerika Di KLIA



SEPANG: Selama beberapa tahun, tiga lelaki Latin Amerika keluar masuk lapangan terbang antarabangsa negara kita dan kerja mereka ialah mencuri bagasi penumpang yang cuai dan leka.
Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Pada Selasa lalu, pihak polis telah berjaya memberkas dua orang warga Peru berusia 56 dan 52 tahun setelah jenayah mereka diintip.
Ketua Polis Sepang, Supt Imran Abdul Rahman ketika mengumumkan demikian berkata, pihak polis telah melancarkan satu operasi bersepadu selepas seorang mangsa berusia 76 tahun, melaporkan kehilangan bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada lebih kurang jam 5 pagi Sabtu lalu.
“Mangsa sedang cek in bagasinya untuk penerbangan ke Kota Kinabalu apabila menyedari salah satu daripada begnya hilang,” kata Supt Imran dalam sidang akhbar di pejabatnya, Khamis.
Hasil siasatan, polis telah berjaya mengekori dan menjejaki penjenayah antarabangsa ini sehingga ke sebuah kondominium di Ampang pada Selasa sebelum menahan mereka.
Polis turut menemui 16 lagi bagasi curi dari mereka, lima utas jam tangan dan sebuah iPad.
Penjenayah-penjenayah ini didapati keluar masuk Malaysia sejak tahun lalu dan siasatan awal mendapati, mereka terlibat dalam sekurang-kurangnya 12 kejadian mencuri bagasi di KLIA sahaja.
“Kami telah dapati mereka mensasarkan lapangan terbang, hotel mewah dan restoran mewah serta tempat-tempat membeli belah utama.
“Cara mereka memperdaya mangsa ialah dua daripada penjenayah ini berpura-pura bertanya sesuatu kepada mangsa manakala penjenayah ketiga melakukan jenayah curi tersebut tanpa disedari oleh mangsa,” kata Supt Imran. Supt Imran juga berkata, perbuatan jenayah ketiga-tiga penjenayah dari Peru ini juga telah berjaya dirakamkan melalui CCTV KLIA tanpa mereka sedari.
Mereka kini ditahan reman sehingga 7 November untuk membantu siasatan.

3 warga nepal maut nahas sebelum sempat mula bekerja



27/10/2011 10:30pm

SHAH ALAM 27 Okt. – Tiga wanita warga Nepal yang baru menjejak kaki di Malaysia hari ini tidak sempat memulakan kerja di sebuah kilang membuat sarung tangan di Klang setelah mereka terbunuh dalam kemalangan di Km 4.4, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, dua van syarikat yang membawa 19 pekerja dari Nepal itu dalam perjalanan menuju ke kilang tempat mereka bakal bekerja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), apabila sebuah daripada van itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dan sebuah lori kontena.
Ketua Trafik Daerah Shah Alam, DSP Ruslan Abdullah berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 petang, polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiga wanita sudah tercampak keluar dari van berkenaan.
"Polis mengesahkan ketiga-tiga wanita terbabit mati di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, mayat mereka yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun itu masih belum dikenal pasti identiti mereka lagi.
"Manakala, lima lagi cedera parah termasuk pemandu van itu dan kesemua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, polis masih menyiasat bagaimana kemalangan itu berlaku. – Bernama

Penyokong Negeri Sembilan tetap lancarkan protes dari luar stadium

KUALA LUMPUR: Penyokong Negeri Sembilan tetap meneruskan hasrat untuk melancarkan protes berhubung isu harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini walaupun Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengambil keputusan menjual tiket pada harga RM30 bermula hari ini.
Timbalan presiden Kelab e-Penyokong Negeri Sembilan (n9futbol.com) Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya tidak akan berganjak dengan keputusan protes di luar stadium yang dicapai bersama Ganusoccer.net (Komuniti Maya Penyokong Bolasepak Terengganu).
"Sepatutnya mereka (Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)) yang turunkan harga bukan kerajaan negeri yang menanggung beban. Kami sangat berterima kasih kepada PBNS kerana mereka sanggup guna duit persatuan untuk membolehkan penyokong Negeri Sembilan ke Shah Alam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kempen tersebut dinamakan 'Sokongan Padu Tidak Berbelah Bahagi Dari Luar Stadium Kepada Sukad Hoben Jang Hoben' dan akan bersorak dari luar stadium.


Pada mesyuarat tergempar malam tadi, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga selaku presiden PBNS mengumumkan PBNS akan menjual tiket pada RM30 selepas banyak pihak terutama penyokong setia kedua-dua pasukan merungut dengan harga tersebut.

Peminat Skuad Rusa yang sudah membeli tiket pada hari pertama kelmarin dan semalam dengan harga RM50 boleh menuntut baki lagi RM20 di Wisma PBNS dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula hari ini.

FAM menetapkan harga tiket final Piala Malaysia sebanyak RM50 bagi semua tempat duduk termasuk tempat duduk utama sementara harga tiket kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dijual pada harga RM5 seorang bagi semua tempat duduk. - BERNAMA

Kanak-kanak empat tahun maut dihempap pokok

JERANTUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dihempap sebatang pokok kelapa di halaman rumahnya di kampung Lada, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, Nurshuhada Azman dikatakan berada kira-kira dua meter daripada tangga rumahnya.
Lebih menyayat hati, kejadian itu turut disaksikan ibu kanak-kanak berkenaan dan adik beradiknya yang lain.

Bapa kanak-kanak itu, Azman Zainuddin, 41, berkata pokok kelapa setinggi 15 meter itu tumbang secara tiba-tiba dan menghempap anak bongsunya itu.


"Saya yang berada di luar ketika kejadian terus bergegas ke Hospital Jerantut selepas dimaklumkan kejadian itu. Anak saya pada mulanya duduk di tangga rumah bersama adik beradik yang lain tetapi ketika dia beredar ke halaman rumah, pokok kelapa setinggi kira-kira 15 meter itu tumbang dan menghempapnya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian berkenaan berlaku begitu pantas dan pokok kelapa itu tumbang secara tiba-tiba tanpa sebarang angin kencang.

"Saya redha dengan ketentuan takdir Allah yang menimpa anak bongsu saya ini. Pihak hospital mengesahkan anak saya meninggal akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya sebak.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lada, pada pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA 

Tiga maut dalam kemalangan hari Deepavali di Pahang

KUANTAN: Tiga orang terbunuh dalam kemalangan berasingan di Pahang pada hari Deepavali semalam.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah berkata, kejadian pertama berlaku di Km3 Jalan Pekan-Kuantan pada 6.45 pagi apabila Mohd Fauzi Abdul Rahman, 65, sedang dalam perjalanan dari rumahnya untuk berniaga di pasar Pekan apabila terbabas daripada motosikalnya di Jambatan Sultan Abu Bakar dan mati di tempat kejadian.
Seorang lagi penunggang motosikal, Mohamad Al Hakim Hamzah, 14, maut selepas dirempuh tiga kenderaan di Km43 Jalan Kuantan-Kemaman pada 5 petang.

Mohd Rizal berkata mangsa yang menunggang motosikal bersama seorang pembonceng dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman.


Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah merempuh belakang sebuah kenderaan yang berhenti untuk masuk ke simpang sebelah kanan.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa, Mohamad Al Hakim tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh tiga kenderaan lain dari arah bertentangan, manakala rakannya cedera parah," katanya.

Dalam satu lagi kejadian, W.Surendran, 21, mati di Hospital Tengku Amopuan Afzan di sini setelah kereta yang dipandunya terbabas di km12 Jalan Kuantan-Kemaman pada 11.05 malam tadi. -BERNAMA

Penagih maut dilanggar komuter di Kajang





2011/10/27

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah maut apabila dilanggar oleh tren KTM Komuter yang menghala ke Seremban di Jalan Reko, Kajang dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, laporan polis mengenai kejadian 11.48 malam itu dibuat oleh petugas Ketapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Lelaki berusia 51 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat kepada 75 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kajang di sini, hari ini. - BERNAMA

Sindiket curi bagasi di KLIA tumpas





2011/10/27

SEPANG: Polis berjaya mematahkan satu sindiket mencuri bagasi dan barang berharga yang didalangi dua lelaki Peru dan seorang lelaki Sepanyol yang mensasarkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)sejak lebih setahun lalu.

Seorang pelancong asing yang sesat meninggal dipercayai akibat sakit jantung

SEGAMAT: Seorang daripada lima pelancong asing yang sesat sejak semalam di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Labis telah berjaya ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat kira-kira 10 pagi tadi.
Bagaimanapun menurut pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Segamat Mohd Nazlan Ruslan, seorang daripada pelancong asing yang sesat itu didapati telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan sakit jantung.
"Salah seorang pelancong asing telah memaklumkan kepada kami bahawa rakan mereka telah meninggal dunia akibat sakit jantung ketika mereka berada di dalam hutan itu semalam," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya kelima-lima pelancong asing itu dipercayai berasal daripada Australia, United Kingdom dan Afrika Selatan dan dikenali sebagai Jonathan, Alan Chadwich, Mark Linnegar, Chris Birchill dan James Fraser.


Pelancong asing yang meninggal dunia itu katanya, adalah Birchill dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Daerah Segamat menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Empat pelancong asing yang lain itu turut dibawa ke hospital yang sama untuk pemeriksaan kesihatan tetapi menggunakan jalan darat.

Menurut Mohd Nazlan, operasi menyelamat oleh pelbagai agensi kerajaan itu dimulakan pada 5 petang semalam sejurus selepas mereka menerima laporan tentang kejadian yang menimpa kumpulan pelancong asing itu.

Kumpulan pelancong asing itu mula memasuki hutan lipur itu pada 9 pagi semalam, katanya.

"Pasukan penyelamat dapat berhubungan dengan kumpulan pelancong asing itu menggunakan telefon bimbit, tetapi kita tidak dapat menentukan kedudukan mereka dengan tepat disebabkan keadaan hutan yang amat tebal," katanya.

Hutan Lipur Sungai Bantang terletak di dalam Hutan Simpan Labis, dan kerap dikunjungi oleh pengunjung yang berminat dengan aktiviti perkhemahan, merentas hutan, berkelah serta melihat pelbagai spesis burung.

Hutan Lipur itu terletak kira-kira lapan kilometer daripada pekan Bekok menggunakan jalan raya Yong Peng-Labis. - BERNAMA

'Datuk' Singapura ditahan kerana menipu hampir RM1 juta





2011/10/27

JOHOR BAHRU: Seorang warganegara Singapura dikenali sebagai "Datuk Mohd Shah" ditahan Jumaat lalu kerana dipercayai menipu seorang ahli perniagaan warga tempatan membabitkan kerugian berjumlah RM946,560. 

Lelaki itu ditahan di rumahnya di Jalan Setia Tropika di sini bersama-sama isterinya yang juga warganegara Malaysia berikutan empat laporan polis yang dibuat ahli perniagaan berusia 42 tahun itu pada 14 Oktober lalu.
"Siasatan awal kita mendapati lelaki warga Singapura ini tiada gelaran Datuk," kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Supt Mohd Luthfi Ismail Abdullah kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, suspek berusia 58 tahun itu yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau didakwa menawarkan kepada pengadu bantuan mendapatkan lesen senjata api, kontrak membina longkang, nombor pendaftaran kereta WWW 1 bersama kelulusan cermin gelap dan kelulusan pinjaman RM5 juta. 

"Pengadu mendakwa sudah membayar RM946,560 kepada suspek untuk khidmat menguruskan tawaran-tawaran tersebut," katanya. 

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda. 

Percaya ramai lagi yang menjadi mangsa lelaki itu, Mohd Luthfi meminta mereka tampil untuk membantu siasatan. 
Beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah diperdaya dengan cara penipuan yang dilakukan ini sebaliknya menggunakan prosedur atau saluran yang betul melalui agensi yang ditetapkan untuk mendapatkan kelulusan sesuatu perkara. 

Katanya, sekiranya ada keraguan, laporkan terus kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Johor di talian 07-2254656 atau mana-mana balai polis. - BERNAMA 

Kanak-kanak maut dihempap pokok



27/10/2011 3:06pm

JERANTUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dihempap sebatang pokok kelapa di halaman rumahnya di kampung Lada, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, Nurshuhada Azman dikatakan berada kira-kira dua meter daripada tangga rumahnya.
Lebih menyayat hati, kejadian itu turut disaksikan ibu kanak-kanak berkenaan dan adik beradiknya yang lain.
Bapa kanak-kanak itu, Azman Zainuddin, 41, berkata pokok kelapa setinggi 15 meter itu tumbang secara tiba-tiba dan menghempap anak bongsunya itu.
"Saya yang berada di luar ketika kejadian terus bergegas ke Hospital Jerantut selepas dimaklumkan kejadian itu. Anak saya pada mulanya duduk di tangga rumah bersama adik beradik yang lain tetapi ketika dia beredar ke halaman rumah, pokok kelapa setinggi kira-kira 15 meter itu tumbang dan menghempapnya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata kejadian berkenaan berlaku begitu pantas dan pokok kelapa itu tumbang secara tiba-tiba tanpa sebarang angin kencang.
"Saya redha dengan ketentuan takdir Allah yang menimpa anak bongsu saya ini.
Pihak hospital mengesahkan anak saya meninggal akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya sebak.
Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lada, pada pukul 3 petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Dua bot dan 6 awak-awak ditangkap



27/10/2011 3:26pm

GEORGE TOWN - Jabatan Perikanan Pulau Pinang menahan dua bot pukat tunda tempatan bersama enam awak-awak termasuk tiga warga Thailand dalam satu operasi berhampiran Gertak Sanggul, dekat sini semalam.
Pegawai Perikanan, Mohd Rafi Hasan berkata, awak-awak yang ditahan itu berusia antara 26 dan 55 tahun dan ditahan dalam operasi yang dijalankan dari 4.45 petang hingga 5.50 petang.
Beliau berkata, operasi itu dijalankan selepas mendapat maklumat daripada nelayan pantai yang memaklumkan beberapa bot pukat menceroboh kawasan mereka.
"Sepasukan penguatkuasa dikejarkan ke kawasan perairan Gertak Sanggul dan menahan dua bot berkenaan yang sedang menangkap ikan di 7.6 batu nautika dari pantai Gertak Sanggul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua bot pukat tunda yang mendaftar di Kuala Kedah, Kedah itu telah melakukan kesalahan iaitu menjalankan aktiviti memukat ikan kurang dari 12 batu nautika dari pantai
"Kita turut merampas ikan bernilai RM500 yang ditangkap oleh nelayan kedua-dua bot berkenaan,” katanya.
Mohd Rafi berkata siasatan awal juga mendapati tiga awak-awak warga Thailand berkenaan mempunyai dokumen perjalanan dan permit bekerja sebagai nelayan di Malaysia.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.
"Operasi berterusan akan dijalankan bagi memastikan sumber perikanan negara tidak terjejas dan nelayan pantai tidak mengalami kerugian ekoran peralatan mereka rosak dilanggar bot pukat tunda sehingga menjejaskan pendapatan mereka,” katanya. - Bernama

Amil `gelap’ wang fitrah



27/10/2011 4:41pm

JOHOR BAHARU - Polis mencari seorang lelaki yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya kerana gagal menyerahkan wang kutipan kepada majlis tersebut.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, Redzuan Mohd Said, kad pengenalan 830803-01-5859 yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya dipercayai membuat kutipan zakat sebanyak RM18,000.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 14 tahun, sebat dan denda, jika disabit kesalahan.
Polis turut mencari Mohd Syafiq Ram Abdullah (711204-07-5591) beralamat terakhir di No C3-02-02, Kediaman Pegawai Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Dia diperlukan bagi membantu siasatan bersabit tiga kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mohd Luthfi berkata, lelaki itu menawarkan kepada mangsa penjualan kereta baru yang berharga lebih murah daripada harga pasaran.
Namun selepas mangsa membuat pembayaran, suspek tidak menyerahkan kereta berkenaan dan terus tidak dapat dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan didenda.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua kes boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kulai Jaya talian 07-6632222 sambungan 6436. - Bernama

Pelancong asing ditemui mati



27/10/2011 4:44pm

SEGAMAT — Seorang daripada lima pelancong asing yang sesat sejak semalam di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Labis telah berjaya ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat kira-kira 10 pagi tadi.
Bagaimanapun menurut pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Segamat, Mohd Nazlan Ruslan, seorang daripada pelancong asing yang sesat itu didapati telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan sakit jantung.
"Salah seorang pelancong asing telah memaklumkan kepada kami bahawa rakan mereka telah meninggal dunia akibat sakit jantung ketika mereka berada di dalam hutan itu semalam,” katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, kelima-lima pelancong asing itu dipercayai berasal daripada Australia, United Kingdom dan Afrika Selatan dan dikenali sebagai Jonathan, Alan Chadwich, Mark Linnegar, Chris Birchill dan James Fraser.
Pelancong asing yang meninggal dunia itu katanya, adalah Birchill dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Daerah Segamat menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Empat pelancong asing yang lain itu turut dibawa ke hospital yang sama untuk pemeriksaan kesihatan tetapi menggunakan jalan darat.
Menurut, Mohd. Nazlan, operasi menyelamat oleh pelbagai agensi kerajaan itu dimulakan pada 5 petang semalam sejurus selepas mereka menerima laporan tentang kejadian yang menimpa kumpulan pelancong asing itu.
Kumpulan pelancong asing itu mula memasuki hutan lipur itu pada 9 pagi semalam, katanya.
"Pasukan penyelamat dapat berhubungan dengan kumpulan pelancong asing itu menggunakan telefon bimbit, tetapi kita tidak dapat menentukan kedudukan mereka dengan tepat disebabkan keadaan hutan yang amat tebal,” katanya.
Hutan Lipur Sungai Bantang terletak di dalam Hutan Simpan Labis, dan kerap dikunjungi oleh pengunjung yang berminat dengan aktiviti perkhemahan, merentas hutan, berkelah serta melihat pelbagai spesis burung.
Hutan Lipur itu terletak kira-kira lapan kilometer daripada pekan Bekok menggunakan jalan raya Yong Peng-Labis. - Bernama

Perhilitan rampas 449 hidupan liar



27/10/2011 5:00pm

ALOR SETAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 449 pelbagai jenis hidupan liar yang dipercayai untuk dieksport setelah menyerbu sebuah rumah di Kampung Kandis, Kodiang, kira-kira 40 kilometer dari sini semalam.
Menurut Pegawai Penguat Kuasa Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Celescoriano Razond sebanyak 302 ular senduk Asia (Naja Naja), 146 kura-kura katup (Coura Amboinesis) dan seekor kera (Macaca Fascicularis) dirampas dalam serbuan itu.
Rampasan haiwan eksotik itu hasil maklumat orang ramai dibuat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), katanya kepada pemberita di pejabat Perhilitan di Bukit Pinang, dekat sini, hari ini. - Bernama

Polis selamatkan pemandu lori



27/10/2011 5:12pm

KAJANG — Seorang pemandu lori diikat tangan, kaki serta mulutnya dan dicederakan oleh tiga lelaki dalam cubaan samun muatan kayu lapis (plywood) bernilai lebih RM200,000 di Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lepas.
Pemandu dalam lingkungan umur 30-an itu diselamatkan polis apabila polis menahan lori itu di Sungai Chua di sini tiga jam kemudian setelah melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan dalam lori itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, seorang lelaki ditahan manakala dua lagi melarikan diri.
"Polis menemui pemandu lori itu diikat dan mangsa cedera ringan akibat dipukul ketiga-tiga suspek itu. Polis turut menemui sebilah parang milik seorang daripada suspek terbabit,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat kepada 75 anggota yang dinaikkan pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek telah mengancam mangsa dan merampas lori itu di Simpang Ampat, Melaka yang menuju ke kawasan sekitar sini (Sungai Chua). - Bernama

Warga asing curi bagasi



27/10/2011 6:58pm

SEPANG 27 Okt. - Polis menumpaskan satu kumpulan mencuri bagasi di KLIA dan beberapa lokasi tumpuan ramai di ibu negara dengan penahanan tiga warga asing dalam serbuan di sebuah kondominium di Ampang, Selangor, pada Selasa lepas.
Ketua Polis Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, dalam serbuan itu, sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang menemui 16 bagasi serta beberapa barangan berharga termasuk komputer riba dan iPad.
Dua suspek berusia 56 tahun berasal dari Peru dan seorang lagi berumur 52 tahun dari Sepanyol dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini dan menggunakan pasport pelancong untuk masuk ke negara ini, katanya pada sidang akhbar di IPD Sepang di sini hari ini.
"Kita bertindak atas maklumat seorang pengadu di KLIA yang kehilangan bagasinya semasa berada di kaunter check-in,” katanya.
Imran berkata, suspek yang sentiasa berpakaian kemas dan membawa beg kembara yang sama semasa mencuri dipercayai menjalankan kegiatan itu bukan sahaja di KLIA tetapi juga di KLCC, KL Sentral, lobi hotel dan restoran.
Sebanyak 12 kes kehilangan bagasi dilaporkan di KLIA sejak tahun lepas dan beliau meminta mangsa untuk menuntutnya di IPD Sepang.
Imran juga berkata, tujuh kes membawa masuk senjata api tiruan dilaporkan di KLIA sepanjang tahun ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli senjata api tiruan meskipun untuk tujuan hiasan kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Mengenai penemuan mayat bayi lelaki dalam beg plastik di bawah katil di sebuah rumah di Kampung Sungai Rasau di sini, Imran berkata seorang budak perempuan yang kini dirawat di Hospital Putrajaya akan ditahan untuk siasatan.
"Suspek berusia 14 yang sudah tidak bersekolah melahirkan bayi dalam bilik rumahnya. Kes ini terbongkar selepas beliau dibawa ke hospital selepas mengalami pendarahan,” katanya. - Bernama

Lagi sindiket curi kereta mewah tumpas



27/10/2011 7:44pm

ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan dua sindiket mencuri 15 kenderaan mewah dan dua sindiket mencuri motosikal dengan penangkapan 12 lelaki bulan ini.
Ketua Polis Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, sindiket mencuri kereta mewah itu menjalankan kegiatan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk diseludup ke negara jiran, manakala sindiket mencuri motosikal juga melakukan aktiviti mereka berasingan di negeri ini.
Beliau berkata, kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kedah dan Bahagian Jenayah Bukit Aman bermula dengan penangkapan seorang lelaki berumur 32 tahun yang memandu Toyota Estima curi di Km 8.7 Lebuh Raya Changlun-Bukit Kayu Hitam pada 4.30 pagi 14 Oktober lepas.
"Siasatan polis membawa kepada penemuan sebuah lagi Toyota Estima curi yang diletakkan berhampiran sebuah pasar raya di Gurun namun seorang lelaki anggota sindiket itu masih bebas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Adzaman berkata siasatan awal mendapati sindiket dua lelaki itu telah menyeludup 11 buah Toyota Estima ke Thailand yang dicuri di Damansara dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Menurutnya, satu lagi sindiket dianggotai dua lelaki berumur 31 dan 34 tahun diberkas 10 hari selepas itu masing-masing di sebuah rumah di Changlun dan Alor Setar bersama dua Toyota Estima yang dicuri turut dirampas daripada mereka.
Kedua-dua lelaki itu juga mempunyai 10 rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya, tambahnya.
Dalam kes berasingan di Kota Setar, lima remaja berumur 16 hingga 20 tahun yang menggelar diri mereka Kumpulan Digat ditahan polis Kota Setar kerana disyaki menjadi dalang kes curi motosikal di daerah itu. – Bernama

Polis tolak andaian Wisma FAM dilempar cat merah kerana harga tiket



SHAH ALAM - Polis menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dekat sini berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, Sabtu ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada wujud unsur khianat atau hutang kerana insiden sedemikian boleh berlaku atas pelbagai sebab.

"Andaian bahawa ia adalah sebab harga tiket itu spekulasi orang, tetapi sebab sebenarnya kita akan siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Koperal 'Time Base' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.
Sebahagian cat turut mengenai kereta seorang pengawal keselamatan bertugas yang diletakkan berdekatan pagar wisma berkenaan. Bagaimanapun, sebuah bas milik FAM tidak diapa-apakan.
Sebelum ini, FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan, Sabtu ini daripada RM30 kepada RM50.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang merasakan kenaikan itu satu beban.
Sementara itu, Tun Hisan berkata seramai 1,113 anggota polis sudah dinaikkan pangkat daripada Lans Koperal kepada Koperal secara berperingkat.
Beliau berkata, kenaikan pangkat itu diberikan kepada anggota polis yang sudah berkhidmat lebih lima tahun dan menunjukkan prestasi cemerlang.
Bagaimanapun, beliau berkata seramai 19 anggota yang berhadapan dengan tindakan disiplin masih belum dinaikkan pangkat sementara menunggu keputusan siasatan. - Bernama

Laman web pelajar ponteng



AYER KEROH - Amaran buat pelajar sekolah yang berhasrat ponteng sekolah dan berlegar-legar di bandaraya Melaka.

Wajah dan gelagat anda ketika ponteng bersama rakan-rakan bakal dipaparkan dalam satu laman web yang akan dibangunkan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Tindakan memaparkan gambar sebegini yang diambil orang awam merupakan satu langkah drastik Kerajaan Negeri bagi menangani gejala ponteng sekolah yang dilihat semakin membimbangkan, selain menjadi bukti kepada ibu bapa terhadap aktiviti melepak anak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo berkata, pihaknya kini sedang berurusan dengan pakar-pakar teknologi maklumat (IT) untuk mewujudkan laman web berkenaan.

Menurutnya, apabila siap nanti, orang awam boleh memuat naikkan sebarang gambar pelajar ponteng sekolah di dalam laman berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

“Kita terpaksa mengambil langkah ini sebagai usaha menangani gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa, terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah bandar.

“Bukan itu sahaja. Ibu bapa juga sering menafikan anak mereka ponteng apabila dimaklumkan pihak sekolah. Dengan adanya laman web ini, sekurang-kurangnya akan ada bukti untuk ditunjukkan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurut Tian Loo, setiap sekolah menengah mempunyai data lengkap mengenai pelajar mereka dan kerana itu, gambar mana-mana pelajar yang dipaparkan dalam laman berkenaan akan dapat dikesan sekolah.

“Kita terpaksa mengambil langkah drastik ini untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar kerana sekiranya ini tidak dilakukan, ia mungkin menyebabkan gejala sosial lebih teruk,” katanya.

Sambil menamakan beberapa lokasi seperti Melaka Sentral serta Dataran Pahla-wan sebagai lokasi mereka membuang masa, Tian Loo berkata, budaya lepak ini bukan sahaja menular dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan.

Menurutnya, ini terbukti ketika operasi membanteras gejala ponteng baru-baru ini apabila ramai pelajar lelaki dan perempuan didapati melepak di sebuah pusat membeli-belah popular di bandaraya Melaka.

“Mereka ini seolah-olah tidak peduli berjalan di khalayak ramai dengan berpakaian seragam sekolah, sedangkan pada waktu itu mereka sepatutnya berada di sekolah,” katanya.

Tukang urut lari tinggal kawan



SUBANG JAYA - Tiga tukang urut warga China yang sedang berehat sambil menunggu pelanggan lari lintang pukang bagi mengelakkan diri daripada dicekup anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dalam satu serbuan, lewat petang kelmarin.

Mereka yang menggunakan pintu depan bagi meloloskan diri sanggup meninggalkan seorang rakan sekerja yang juga warga China dalam premis berkenaan.

Difahamkan, mereka sempat melarikan diri setelah mendapat ‘isyarat’ daripada ‘tonto’ yang dikatakan mengawal pintu masuk pusat beli-belah berkenaan.

Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan MPSJ berkata, hasil maklumat awam, pihaknya menyerbu dua premis di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dalam serbuan diketuai Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd bersama 10 anggota di premis pertama, dua tukang urut wanita warga Indonesia berjaya dicekup.

“Hasil daripada pemeriksaan, mendapati rumah urut berkenaan mempunyai lesen sah daripada MPSJ, tetapi pengusaha premis menawarkan urutan badan kepada pelanggan.

“Ia secara jelas melanggar syarat lesen kerana tawaran khidmat urutan badan memang tidak dibenarkan, premis itu disita dan ditutup di bawah Seksyen 13(k) Undang-undang kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 dan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000,” katanya.

Beliau berkata, di premis kedua pula, seorang wanita warga China berjaya dicekup manakala yang lain sempat melarikan diri.

Siasatan mendapati premis berkenaan turut menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah daripada MPSJ.

“Tindakan sitaan dan penutupan premis dikenakan kepada pengusaha premis di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Tukang urut warga asing dicekup sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi cari Zulkifli diteruskan



BALING - Operasi mencari mangsa jatuh lata, Zulkifli Zakaria, 20, masih diteruskan walaupun operasi berlangsung hampir seminggu.

Walaupun operasi menyelamat disertai oleh pasukan penyelamat yang terlatih iaitu dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Unit Marin dan yang terbaru dari Tentera Laut diraja Malaysia (TLDM), Zulkifli masih belum ditemui sehingga laporan ini ditulis.

Walaupun gerakan mencari ini dijalankan secara terus menerus, penduduk setempat sentiasa berikhtiar untuk memastikan mangsa dapat ditemui.

Sehubungan itu, Adun Bayu, Azmi Che Hussin telah melancarkan bacaan Yasin perdana di padang Sekolah Kebangsaan Iboi semalam agar operasi mencari mangsa dipermudahkan.

Azmi berkata, lebih 200 penduduk melibatkan pelbagai kampung berkumpul bagi menjayakan majlis bacaan Yasin itu.

Menurutnya, pasukan penyelamat sukarela pusat khidmat wakil rakyat Dun Bayu bersama penduduk setempat bersepakat menggunakan kayu balak sebagai langkah seterusnya dalam operasi mencari mangsa.

“Kita akan gunakan kayu balak untuk menyekat arus air yang terlalu deras. Keadaan ini akan membolehkan tekanan air kurang seterusnya dapat memudahkan operasi mencari,” katanya.

Dalam pada itu, ketika pasukan menyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa, ada pihak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan mangsa telah ditemui.

Azmi berkata, dia turut menerima SMS itut ketika berada di Karnival Sepakat Komuniti dan Kepenggunaan 1Malaysia di Kampung Iboi, kelmarin.

“Nasib baik saya tak umumkan kepada orang ramai, kalau tidak, ia pasti akan mengecewakan keluarga mangsa apabila mendapat maklumat yang palsu,” katanya.

Menurutnya, SMS itu mengatakan mangsa dihantar ke Hospital Sungai Petani dan sedang menerima rawatan.

Usaha mencari mangsa turut mendapat perhatian pengamal perubatan tradisional termasuk pengamal perubatan dari agama lain.

Katanya, selaku seorang Islam, pelbagai ikhtiar perlu dilakukan untuk mencari jalan memudahkan operasi mencari mangsa.

“Kita harus ingat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Mangsa mungkin masih hidup ataupun sebaliknya. Bila kita dah usaha dan berikhtiar, kita perlu berserah kepada Tuhan,” katanya kepada Sinar Harian.

Keluarga tidak puas hati punca kematian




IPOH – Kematian seorang banduan di Penjara Taiping, kelmarin yang dipercayai menggantung diri mengundang tanda tanya keluarga yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, RK Muthu, ahli keluarga mendiang R Mogana Sundram, 25, masih terkejut dengan berita kematian remaja itu memandangkan pada 17 Oktober lalu ahli keluarga ada berjumpa dengan Mogana yang bekerja sebagai buruh, di mahkamah apabila kesnya mula dibicarakan.

“Namun ketika itu, beliau seperti biasa tetap dalam keadaan baik dan tidak ada sebarang rungutan didengar daripadanya sepanjang berada di penjara,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Bagaimanapun, pada jam 3.30 petang salah seorang anggota polis dari Balai Polis Jelapang telah datang ke rumah dan memaklumkan bahawa Mogana telah meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari.

“Mereka sekeluarga terus ke Penjara Taiping pada jam 6.30 petang, kemudian ke Balai Polis Taiping sebelum dimaklumkan mayat Mogana telah di bawa ke Hospital Taiping,” katanya.

“Sedikit mengejutkan apabila kami sampai di sana, terdapat seorang doktor, dua anggota polis, seorang pegawai penjara dan seorang majistret sedang menunggu. dan pegawai penjara berkenaan memaklumkan bahawa mereka boleh menuntut mayat mendiang dan segalanya telah diuruskan penjara,” katanya.

Menurutnya, urusan membawa pulang mayat Mogana ke rumah berlaku dengan pantas dan mayatnya juga sudah dibalut menyebabkan keluarga mendiang tidak berpuas hati.

“Sehubungan itu, ibu Mogana, A Jayathambal, 54, telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Jelapang, semalam bagi menggesa polis menjalankan siasatan kerana terdapat kesan luka pada bahagian pada leher, tangan, dada, badan dan pergelangan tangan mendiang.

“Kami bimbang ada sesuatu yang berlaku sebelum kematiannya kerana kes Mogana akan disebut semula di mahkamah pada 31 Oktober ini setelah mendapat hasil laporan kimia,” katanya.

Katanya, ahli keluarga menggesa proses bedah siasat dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui punca sebenar kematian Mogana sebelum urusan pembakaran mayat dilakukan.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Jelapang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan keluarga mendiang dan kes berkenaan akan dibawa ke peringkat atasan untuk tindakan lanjut.

Kerani rugi lebih RM2,000 disembur cecair pukau



AMPANG - Dengan hanya satu semburan cecair, seorang kerani dipercayai dipukau dalam satu kejadian di Taman Dagang, di sini, petang kelmarin.

Mangsa dikatakan menyerahkan jam tangan dan sebentuk cincin berlian bernilai hampir RM2,000 yang dipakainya secara sukarela kepada dua lelaki yang menghampirinya.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku ketika mangsa sedang menunggu teksi berdekatan dengan tempat kerjanya sebelum dihampiri sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki berusia lingkungan 20-an.

Sumber berkata, mangsa yang berusia 23 tahun itu terkejut selepas salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak menyembur sejenis cecair ke muka.

Menurutnya, mangsa tidak menyedari kejadian itu sehingga pulang ke rumah dan mendapati cincin dan jam tangannya sudah hilang.

“Selain kehilangan barang, mangsa juga mengalami kesakitan di pergelangan tangan dan mendapat rawatan di Hospital Ampang sebelum tampil membuat laporan polis pada hari sama kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan dua lelaki berkenaan.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dipukau menerusi semburan cecair itu.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya lebih berwaspada terutama ketika berada di tepi jalan dan segera bertindak melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan sewajarnya.

Dua suspek kes bunuh kena tahan



MARANG - Malang berganda. Demikianlah nasib bakal menimpa salah seorang dari dua lelaki yang menjadi buruan polis selepas mereka berjaya ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes pembunuhan dalam dua serbuan berasingan di sini, Isnin lalu.

Suspek terbabit, Amzul Jusoh, 39, berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda kira-kira jam 3.45 petang manakala rakannya, Muhamad Hafizhu Zarawi, 24, pula ditahan di sebuah rumah di Kampung Batangan kira-kira jam 9.45 malam.

Malang bagi salah seorang suspek apabila polis turut menemui sejumlah 120 biji pil berwarna kemerah-merahan dipercayai pil kuda dalam poket seluar yang dipakai semasa dia ditahan membolehkan dia disiasat di bawah Seksyen 39 (A) (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Kedua-dua mereka diburu bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di kawasan kilang baja Kampung Batangan, Marang pada 15 September lalu yang koma selama 12 hari selepas dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai berpunca masalah hutang.

Mangsa yang dibelasah itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu apabila menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.05 malam selepas mengalami kecederaan serius pada kepala dipercayai akibat dipukul.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu, bagaimanapun berkata, polis masih lagi mencari seorang lagi suspek dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes pembunuhan berlaku di kawasan kilang baja itu tempoh hari.

Menurutnya, suspek terbabit adalah Saiful Azizul Che Ali, 26, dengan nama gelaran ‘Kecik Abang’ yang beralamat di belakang surau baru Kampung Gong Merawang, Marang di sini.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya menggesa orang ramai dan mana-mana pihak yang mengenali serta mengetahui suspek itu agar menghubungi balai polis terdekat, atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Marang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis menerusi talian 09-6182222 atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd Adli Mat Daud menerusi talian 013-4398633.

25 peniaga pasar ditipu



KOTA BHARU - Kira-kira 25 peniaga Pasar Siti Khadijah, di sini kesal setelah mendakwa mereka ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk tawaran pembiayaan pinjaman perniagaan.

Pengerusi Koperasi Pasar Siti Khadijah, Mohamad Ibrahim berkata, dua bulan lalu, seorang lelaki datang ke pasar berkenaan dengan keadaan tergesa-gesa dan menawarkan pinjaman pembiayaan kepada peniaga pasar.

“Lelaki ini berusia dalam lingkungan 30-an menunjukkan borang pembiayaan dan memberitahu peniaga pasar yang berminat untuk membuat pinjaman boleh membuat permohonan terus melaluinya.

“Semasa kejadian, lelaki itu menyatakan, memandangkan masa terlalu singkat untuk membuat permohonan, dia meminta kami segera membayar RM50 sebagai bayaran ahli dan pada hari itu kami anggarkan lelaki berkenaan memperoleh RM1,250 dalam masa setengah jam,” dakwanya kepada pemberita semasa sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, untuk menarik perhatian peniaga, lelaki tersebut berjanji pihak PUNB akan memasukkan wang RM500 sebagai hadiah kepada pendaftaran yang dibuat.

“Lelaki ini mengaku dia sudah menerima pinjaman RM500,000 daripada PUNB, mempunyai kedai kasut dan baju di Kuantan, Pahang serta diberi kebenaran menjadi wakil untuk menawarkan pinjaman itu kepada peniaga lain,” dakwanya.

Tertarik dengan tawaran dan janji manis lelaki terbabit, 25 peniaga yang berhasrat mengembangkan perniagaan mereka mengeluarkan wang RM50 setiap orang dan mereka segera membuat salinan kad pengenalan untuk mendaftar.

“Dalam tempoh 30 minit, lelaki itu dengan cekap mengajar kami mengisi borang menjadi ahli sambil memberitahu dia tidak mempunyai masa yang banyak kerana tempoh tawaran pembiayaan hampir tamat pada hari itu.

“Selepas dua minggu, tiada sebarang berita daripada perbadanan ini, kami mulai sedar kami ditipu, sehinggalah dua minggu lalu, ahli jawatankuasa koperasi membuat laporan kepada PUNB dan pihak perbadanan datang ke Kelantan menyiasat,” katanya.

Sementara itu, peniaga tekstil di pasar berkenaan, Sarina Kareem Kamel, 44, mengakui dia pernah membayar RM50 kepada lelaki terbabit sebagai wang pendaftaran menjadi ahli.

“Selepas mengisi borang ahli yang mempunyai lambang PUNB, kami diberikan resit bayaran dan baru sekarang saya sedar resit itu resit biasa yang ada dijual di kedai biasa,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu, setelah menjadi ahli, peniaga akan diberi tawaran pinjaman perniagaan sehingga RM500,000 dan mereka yang sudah menjadi ahli akan dihubungi dalam masa dua minggu.

“Lelaki ini memakai baju korporat berwarna oren dan kami percaya kata-katanya (ketika itu) kerana sangat berminat untuk menambah modal dan mengembangkan perniagaan,” katanya.

Tekanan perasaan punca mekanik meninggal



TANAH MERAH - Seorang mekanik, Leong Cheng Siew, 50, dijumpai mati oleh isterinya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Pasir Panji, dekat sini, jam 7.30 pagi semalam.

Isteri mangsa, Lee Leng Huay, 45, berkata, malam sebelum kejadian, mendiang suaminya tidak banyak bercakap selepas makan malam bersama dua anaknya yang berumur 10 dan tujuh tahun.

Menurutnya, kejadian bermula selepas dia bangun tidur dan rasa pelik kerana suaminya tidak berada dalam rumah kerana kebiasaannya bangun pagi.

“Apabila ditanya kepada dua anak saya yang sedang menonton televisyen, mereka tidak tahu jadi saya lihat di sekeliling rumah dan menjumpai mayat suami di belakang dapur rumah.

“Saya memang sedih dan terkejut, sebelum ini dia tidak banyak bercakap dan sentiasa kelihatan runsing dengan perniagaan bengkel keretanya yang baru dibuka sebulan dekat Manal dan sering merungut tiada pelanggan.

“Akibat tak ada pelanggan, ia membuatkan dia rasa sedikit terbeban, mungkin itulah punca utama penyebab kematiannya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dekat rumah kakaknya, semalam.

Katanya, sebelum ini bengkel keretanya di Jalan Kubur dalam keadaan baik, namun hampir sebulan berpindah ke kedai sewa baru dekat Manal, ia bermasalah dan perniagaan makin merosot.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan dipercayai mangsa menghadapi tekanan dan masalah perniagaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat bagi siasatan lanjut,” katanya.

Mayat ditemui di belakang rumah yang disewa setahun lalu.

Angkara litar pintas



BALING - Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila hampir keseluruhan rumah mereka rentung dalam kejadian kebakaran tengah hari kelmarin di Kampung Charok Sikin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana sebelum kebakaran, bunyi letupan kedengaran di bahagian meter rumah berkenaan.

Pemilik rumah, Mohd Asroh Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah jiran yang hanya beberapa meter dari rumahnya.

“Semasa saya berbual dengan rakan, saya terdengar bunyi letupan di bahagian bumbung rumah. Kemudian, api marak dengan pantas sehingga saya tak sempat selamatkan apa-apa.

“Saya hanya dapat berlari masuk ke ruang tamu untuk mendapatkan barangan berharga, namun gagal kerana bahang api terlalu panas selain risau bumbung rumah runtuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Asroh yang bekerja kampung berkata, dia turut berlari keluar meminta pertolongan jiran, namun, kebakaran tersebut terlalu cepat sehingga hampir memusnahkan keseluruhan rumahnya.

“Mujurlah semua keluarga saya termasuk isteri, Azlina Aziz, 37; dan anak Mohd Faiz Fahmi, 19; Mohd Nurul Nor Fahatun, 17; Mohd Faiz Farhan, 13; dan Ani Nur Fatihah, 11, berada di luar rumah ketika kejadian,” katanya.

Mohd Asroh berkata, anggaran kerugian RM80,000 melibatkan wang tunai dan perabot rumah.

“Segala dokumen penting tidak dapat diselamatkan. Semua buku rujukan anak saya yang bakal menduduki SPM tahun ini juga hangus,” katanya.

Sementara itu, Yayasan Pembangunan Rakyat Baling meluluskan peruntukan membina sebuah rumah ganti.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, RM33,000 diluluskan bagi membantu mereka. Hadir sama, Penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Pegawai Jasa Dun Bayu, Othman Md Noor.

Sindiket dadah tumpas



IPOH – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah jenis heroin dan syabu di sekitar Daerah Kinta (Ipoh, Batu Gajah dan Kampar) setelah memberkas lapan lelaki dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil serbuan di Jelapang Tambahan, Taman Silibin Mewah, Tanjung Rambutan dan Taman Meru Impiana itu, polis berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 8.002 kg, syabu (1.129kg), syabu cecair (30 liter), ketamin (108gm) dan pil Psikotorik (21gm).

Menurutnya, beberapa barangan lain seperti tiga kereta, sebuah lori, tiga motosikal, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, barang kemas, seutas jam tangan serta wang tunai berjumlah RM32,131 turut disita.

“Secara keseluruhan, nilai harta yang disita setakat ini, dianggarkan bernilai RM37 ribu sementara harga pasaran dadah yang dirampas bernilai RM550 ribu.

“Semua suspek yang berusia antara 26 dan 36 tahun itu kini ditahan reman sehingga 29 Oktober depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A,Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Noor Rashid berkata, serbuan itu telah dirancang sejak beberapa bulan lalu hasil risikan serta maklumat daripada orang ramai.

Katanya, sindiket berkenaan didapati tiada hubung kait dengan sindiket luar, bagaimanapun, siasatan lebih lanjut akan dilakukan.

Sementara itu, Noor Rashid turut menghargai segala usaha daripada orang ramai yang menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya kelapan-lapan lelaki tersebut dan seterusnya bakal melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar lembah Kinta.

“Inilah sikap yang kita mahu daripada orang ramai. Jangan takut untuk berikan maklumat-maklumat kepada kita jika mengesyaki wujudnya aktiviti-aktiviti pengedaran dadah di kawasan mereka.

Polis selamatkan pemandu lori dalam cubaan samun kayu lapis



KAJANG - Seorang pemandu lori diikat tangan, kaki serta mulutnya dan dicederakan oleh tiga lelaki dalam cubaan samun muatan kayu lapis (plywood) bernilai lebih RM200,000 di Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lepas.

Pemandu dalam lingkungan umur 30-an itu diselamatkan polis apabila polis menahan lori itu di Sungai Chua di sini tiga jam kemudian setelah melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan dalam lori itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata seorang lelaki ditahan manakala dua lagi melarikan diri.

"Polis menemui pemandu lori itu diikat dan mangsa cedera ringan akibat dipukul ketiga-tiga suspek itu. Polis turut menemui sebilah parang milik seorang daripada suspek terbabit," katanya selepas majlis pemakaian pangkat kepada 75 anggota yang dinaikkan pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah
Kajang di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek telah mengancam mangsa dan merampas lori itu di Simpang Ampat, Melaka yang menuju ke kawasan sekitar sini (Sungai Chua). Kes itu diserah ke Ibu Pejabat Kontinjen Melaka.- Bernama

Tauke premis keras kepala



SUBANG JAYA - Tidak sampai seminggu sebuah premis menjual cakera video digital (DVD) di pangsapuri Angsana USJ 1, di sini diserbu pihak berkuasa, kelmarin premis sama sekali lagi diserbu atas kesalahan sama.

Tindakan keras kepala pengusaha pusat DVD tanpa lesen itu turut mengundang padah kepada pekerjanya yang ditahan Pegawai Penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menjual DVD lucah.

Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata, premis terletak di tingkat bawah pangsapuri di Subang Mewah itu sudah dikenakan tindakan sitaan pada Khamis minggu lalu.

Seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa, pengusaha kemudian membuka kembali kedai seperti biasa pada keesokan harinya tanpa rasa bersalah.

Sinar Harian difahamkan mengikut rekod, premis sama pernah diserbu dan disita lebih tiga kali sebelum ini, namun dikatakan pemilik masih berdegil menjalankan urus niaga tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“Tidak sampai satu hari disita dan barangan dalam kedai dirampas Khamis lalu, pengusaha membuka kembali perniagaan haram berkenaan dengan sewenangnya keesokan hari.

“Atas maklumat orang awam dan pemeriksaan dijalankan mendapati kedai itu dibuka semula sebelum serbuan dilakukan dengan kerjasama pegawai daripada KDN,” katanya.

Operasi diketuai Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kanan, Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan KDN Selangor, Fazi Amar Ahmad Suhimi.

Hasil siasatan mendapati, premis berkenaan masih menjalankan perniagaan tanpa lesen sah daripada MPSJ.

Ketika serbuan dibuat, seorang lelaki yang mengaku bekerja di premis itu ditahan sebelum diserahkan kepada KDN.

Sebanyak 809 keping DVD dan VCD pelbagai tajuk dirampas termasuk 90 keping DVD lucah.

Premis disita dan ditutup di bawah UUK 3 Undang-Undang kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPSJ.

Selain denda maksimum sebanyak RM 1,000, pengusaha turut berdepan tindakan di bawah Seksyen 18 (4) kerana mempamerkan filem tanpa perakuan B dan Seksyen 5(1) a Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki filem lucah.

Dua beranak maut dirempuh bas



MENTAKAB – Dua beranak terbunuh apabila kereta dinaiki empat sekeluarga dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan dekat kilang Mardec Batu 5 di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu pemandu kereta, Mohd Khairi Abdullah Jis, 31, yang berasal dari Felda Panching Utara, Kuantan serta anak perempuannya Nurul Najwa Hannani, 6, yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, kejadian berlaku semasa bas yang dari arah Mentakab ke Kuala Lumpur itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dipandu Mohd Khairi menyebabkan mangsa dan anaknya tersepit.

“Semasa kejadian bas terbabit dinaiki 15 penumpang, namun kesemua penumpang selamat. Turut bersama dalam kereta malang itu isteri Mohd Khairi, Suryati Sudin dan anak lelakinya Muhammad Airell Zikry 4,’ katanya.

Mohd Nor berkata, isteri dan anak lelaki mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Beliau berkata, kejadian berlaku di satu selekoh dan permukaan jalan ketika kejadian kering dan cuaca baik.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menasihati semua pemandu supaya berhati-hati di jalan raya terutama ketika keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini,” katanya.

Gadai nyawa demi ‘Mek Siti’



KUALA TERENGGANU- Seorang murid tahun enam sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan kucing kesayangannya yang dipanggil ‘Mek Siti’ daripada dibelit ular sawa batik sepanjang lima meter dalam satu kejadian di Kampung Wakaf Beruas, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Mohd Salman Zulkifli, 12, bertindak berani memukul reptilia seberat 25 kilogram itu dengan sebatang penyapu untuk menghalau ular itu daripada terus membelit sangkar Mek Siti yang diletakkan di baha-gian dapur kediamannya.

“Pada awalnya, saya terdengar Mek Siti tidak berhenti-henti mengiau seolah-olah dalam ketakutan kerana sepanjang saya membelanya sejak setahun lalu, Mek Siti tidak pernah berkelakuan seperti itu.

“Jadi, saya terus meluru ke sangkarnya untuk melihat apa yang berlaku dan setibanya di situ, saya amat terkejut kerana mendapati seekor ular sawa sedang membelit sangkarnya dan mungkin bila-bila masa sahaja akan menerkam Mek Siti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, kelmarin.

Mohd Salman berkata, setelah usahanya menghalau ular sawa berkenaan gagal, dia terus menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan serta menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu kira-kira jam 8 malam.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Terengganu, Sarjan Razali Muhammad berkata, pihaknya me-ngambil masa kira-kira 15 minit untuk menjinakkan reptilia berkenaan.

“Kami percaya ular itu masuk ke dalam rumah mangsa untuk mencari kawasan lebih panas mungkin disebabkan habitatnya telah ditenggelami air beriku-tan hujan yang kerap sejak belakangan ini,” katanya.

Bangkok tenggelam



BANGKOK - Ibu negara Thailand mula ditenggelami banjir walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi mengelakkan pusat ekonomi dan pentadbiran negara itu terjejas selepas bencana itu mula melanda Thailand, Julai lalu.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata, sistem penahan banjir di sekeliling Bangkok tidak dapat menahan limpahan air banjir yang banyak dari utara negara itu.

“Tetapi saya yakin pusat bandar Bangkok tidak akan ditenggelami banjir sepenuhnya,” katanya dalam mesej disiarkan televisyen, kelmarin.

Sungai Chao Phraya di Bangkok mula melimpah dan Yingluck berkata, kerajaan menjangkakan situasi paling buruk mungkin melibatkan kawasan tanah rendah di Bangkok ditenggelami air sedalam lebih satu meter.

Banjir terburuk Thailand dalam beberapa dekad itu juga mencetuskan pembelian panik penduduk serta memaksa lapangan terbang Don Mueang yang terletak di ibu negara itu ditutup.

Kerajaan Thailand juga mengisytiharkan cuti umum lima hari bermula hari ini sehingga 31 Oktober di 21 wilayah, termasuk Bangkok, bagi mengendalikan bencana itu.

Sementara itu, jabatan penjara Thailand memindahkan 600 banduan dari penjara di wilayah Nonthaburi, berhampiran Bangkok kerana ancaman banjir.

Menurut pengarah jabatan penjara, jika keadaan bertambah buruk, lebih 20,000 banduan di dua penjara lain di wilayah terjejas akan turut dipindahkan.

Kira-kira satu pertiga negara itu masih ditenggelami air dengan 2.4 juta penduduk terjejas akibat banjir yang melanda Thailand secara berperingkat sejak 25 Julai lalu.

Remaja 14 tahun cuba sorok kelahiran



SEPANG - Tindakan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun cuba menyembunyikan kelahiran, sia-sia, apabila perbuatannya disedari oleh ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian dan memberitahu, remaja itu melahirkan bayi tidak cukup bulan di rumah keluarganya di Pulau Meranti, di sini, malam Isnin lalu.

Beliau berkata, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dilahirkan.

“Kita percaya mangsa ketakutan dan cuba menyembunyikan anak yang baru dilahirkan dalam rumah tersebut.

“Namun bapa mangsa menyedari kejadian yang berlaku selepas melihat anak perempuannya berada dalam keadaan berlumuran darah serta lemah,” katanya.

Imran berkata, remaja terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut, manakala mayat bayinya dibedah siasat di hospital sama.

Katanya, perkara itu dilaporkan kepada polis dan siasatan lanjut berhubung kes sedang dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

10 rumah di Alor Setar rosak dilanda ribut



ALOR SETAR - Sepuluh buah rumah dan sebuah bengkel kereta di Batu 3, Jalan Langgar dekat sini, rosak teruk akibat dipukul ribut kuat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, bumbung dan dinding kesemua rumah itu terkopak.

Seorang mangsa, Shukri Ibrahim, berkata ribut yang disertai hujan lebat melanda dengan pantas dan menerbangkan bumbung rumahnya dan rumah beberapa jirannya.

"Saya dan ahli keluarga bimbang rumah kami dihempap pokok, dan kami keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri," katanya.

Shukri berkata beliau bersyukur kerana keluarganya selamat walaupun beliau cedera ringan di kaki semasa menyelamatkan diri manakala kerugian yang dialaminya belum dapat dinilai.
Tujuh kereta yang berada dalam bengkel yang dipukul ribut itu turut rosak dihempap dinding dan bumbung bengkel yang tercabut.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau akan menemui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk memohon bantuan kepada mangsa.- Bernama