Sunday, 2 October 2011

2 nelayan pukat rawa sorong ditangkap


02/10/2011 2:56pm

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan sebuah bot pukat rawa sorong beserta dua awak-awak kerana menangkap ikan pada jarak 0.6 batu nautika dari kawasan pantai Singkir Laut dekat Yan semalam.

Bot tempatan itu yang turut tidak memiliki nombor pendaftaran ditahan kira-kira 1.37 pagi, kata Ketua Penguatkuasaan Daerah Maritim Satu Langkawi, Kapten Abdul Rahim Abdullah.

Bot pukat sorong sama seperti pukat tunda tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan pantai.

"Dua awak-awak yang berada dalam bot tersebut sedang melakukan aktiviti menyorong ikan dengan menggunakan pukat rawa sorong. Kedua-duanya telah dibawa ke Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan.

Hukuman di bawah akta tersebut berupa denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Kita memandang serius aktiviti nelayan pukat rawa sorong kerana aktiviti haram itu boleh memusnahkan habitat marin dan menjejaskan pertumbuhan pembiakan serta pembesaran anak-anak ikan,” kata Abdul Rahim. - Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment