Sunday, 2 October 2011

Keadaan di Sirte amat 'dahsyat': Palang Merah

2011/10/02

MISRATA: Pasukan Palang Merah Antarabangsa yang melawat bandar kelahiran Muammar Gaddafi di Sirte yang kini sedang menghadapi pertempuran sengit, semalam melaporkan keadaan amat dahsyat dengan penduduk meninggal dunia kerana tiada rawatan perubatan.

“Keadaannya terlalu dahsyat," kata Ketua Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Hichem Khadhraoui.
Beliau yang mengetuai pasukan pemantau Palang Merah Antarabangsa itu berkata, pihaknya setakat ini sudah mengagihkan lebih 300 kit perubatan serta 150 beg mengisi dan menutup mayat.
Kakitangan perubatan di Hospital Ibn Sima memberitahu Palang Merah bahawa orang ramai mati kerana kekurangan oksigen dengan generator hospital tidak berfungsi kerana tiada bekalan minyak.

Khadhraoui berkata, mereka yang cedera dan sakit pula tidak memperoleh rawatan di hospital kerana hampir semua hospital di bandar itu kini musnah akibat dibedil roket NATO.

“Malah beberapa roket dibedil di bangunan hospital ketika kami berada di sanam," katanya. - AFP

"Terlalu banyak serangan dan bedilan senjata api dan saya tidak tahu dari masa ia datang," katanya. - AFP
Berita Harian Online | Keadaan di Sirte amat 'dahsyat': Palang Merah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment