Monday, 17 October 2011

Akibat mencuri tiga peket Nescafe, peniaga dipenjara dua bulan

Utusan Malaysia Online - Terkini:


17/10/2011 10:24pm

KOTA BHARU 17 Okt. - Akibat mencuri tiga peket Nescafe berharga RM60, seorang peniaga dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku melakukan kesalahan tersebut.

Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulkifli Ab. Kadir, 47, yang didakwa mencuri ketiga-tiga peket minuman itu di sebuah pasar raya PKT Pasir Tumboh, Kubang Kerian dekat sini.

Mengikut pertuduhan, Zulkifli didakwa mencuri dua peket Nescafe 300 gram dan satu peket Nescafe 200 gram yang keseluruhan berharga RM60 di pasar raya berkenaan, antara pukul pukul 6.30 petang dan 6.45 petang, 14 Oktober lalu.

Tertuduh yang telah berkeluarga itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga didenda.

Muhamad Hafiz menetapkan hukuman penjara dua bulan itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hafiz Abd. Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. - Utusan


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment