Monday, 17 October 2011

Lelaki dituduh bunuh diperintah bela diri

Kosmo! Online - Terkini:


17/10/2011 1:11pm

ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan seorang pekerja sendiri, K. Marimuthu, 37, membela diri terhadap tuduhan membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim mengeluarkan perintah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau tiada keraguan munasabah terhadap tertuduh semasa pendakwaan dijalankan.

Ketika membacakan keputusannya, Zakiah berkata, mahkamah tidak sangsi mengenai keterangan lapan orang saksi dalam kes itu dan jelas Marimuthu berniat membunuh Md Rashid Mahmud, 48, walaupun pistol yang digunakan untuk menembak mangsa tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.

Marimuthu dituduh membunuh dengan menembak Md Rashid di Jalan Batu Kelikir-Ladang Kelapa Sawit OSK Properties Sdn Bhd berhampiran pasar raya Econsave Jalan Kuala ketil, Sungai Petani, pada 5 petang 28 Ogos 2008.

Zakiah menetapkan 20 November ini untuk mendengar perbicaraan pembelaan diri. – Bernama


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment