KLUANG: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Agama (SMA) Arabiyah yang enggan membasuh dulang makanan dan pakaian empat pelajar senior, cedera di mata dan badan apabila dibelasah pelajar terbabit di belakang asram sekolah berkenaan Sabtu lalu.
Kumpulan pelajar itu yang sebelum ini memeras wang daripada Mohd Hafidzul Amsyar Nor Azman, mencederakan mangsa pada bahagian mata, kepala, kaki serta belakang badan dengan menumbuk dan terajang selain memukul menggunakan kasut bola dan payung dalam kejadian jam 1.30 tengah hari.Mohd Hafidzul Amsyar berkata, sebelum kejadian itu beliau diberitahu rakan yang baru selesai makan tengah hari, sekumpulan pelajar senior mahu bertemunya di belakang asrama.“Ketika bersemuka, seorang pelajar senior menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap saya, sebelum seorang lagi tiba-tiba menyepak belakang menyebabkan saya terjatuh.
“Selepas membelasah hingga tidak bermaya, mereka memasukkan saya ke dalam longkang yang ditutup beberapa minit sebelum dikeluarkan dan mengarahkan saya pulang mandi.
“Takut dengan perbuatan mereka, saya meninggalkan asrama dengan berjalan kaki setengah jam sebelum menaiki bas 30 kilometer dalam kesakitan," katanya di rumahnya dekat Kampung Sahari, Simpang Renggam semalam.
Katanya, sejurus sampai di rumah, mangsa mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Daerah Kluang serta membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Bapa mangsa, Nor Azman Sahari, 42, berkata, kesal dengan tindak tanduk pengurusan SMA Arabiyah yang seolah-olah tidak mengambil tanggungjawab terhadap kejadian menimpa anaknya.
“Setakat ini, empat pelajar terbabit bersama keluarga masing-masing ada mengunjungi kami memohon maaf mengenai kejadian yang berlaku, walaupun sepatutnya mereka datang bersama pengetua sekolah," katanya.
Sementara itu, Pengetua SMA Arabiyah, Mohd Kamal Mohd Said, ketika ditemui mengakui pihaknya sudah mengetahui kejadian itu dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap empat pelajar yang sudah dikenal pasti itu tetapi menolak untuk membuang mereka dari sekolah itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Berita Harian Online | Dibuli senior, tak basuh dulang makanan:Kumpulan pelajar itu yang sebelum ini memeras wang daripada Mohd Hafidzul Amsyar Nor Azman, mencederakan mangsa pada bahagian mata, kepala, kaki serta belakang badan dengan menumbuk dan terajang selain memukul menggunakan kasut bola dan payung dalam kejadian jam 1.30 tengah hari.Mohd Hafidzul Amsyar berkata, sebelum kejadian itu beliau diberitahu rakan yang baru selesai makan tengah hari, sekumpulan pelajar senior mahu bertemunya di belakang asrama.“Ketika bersemuka, seorang pelajar senior menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap saya, sebelum seorang lagi tiba-tiba menyepak belakang menyebabkan saya terjatuh.
“Selepas membelasah hingga tidak bermaya, mereka memasukkan saya ke dalam longkang yang ditutup beberapa minit sebelum dikeluarkan dan mengarahkan saya pulang mandi.
“Takut dengan perbuatan mereka, saya meninggalkan asrama dengan berjalan kaki setengah jam sebelum menaiki bas 30 kilometer dalam kesakitan," katanya di rumahnya dekat Kampung Sahari, Simpang Renggam semalam.
Katanya, sejurus sampai di rumah, mangsa mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Daerah Kluang serta membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Bapa mangsa, Nor Azman Sahari, 42, berkata, kesal dengan tindak tanduk pengurusan SMA Arabiyah yang seolah-olah tidak mengambil tanggungjawab terhadap kejadian menimpa anaknya.
“Setakat ini, empat pelajar terbabit bersama keluarga masing-masing ada mengunjungi kami memohon maaf mengenai kejadian yang berlaku, walaupun sepatutnya mereka datang bersama pengetua sekolah," katanya.
Sementara itu, Pengetua SMA Arabiyah, Mohd Kamal Mohd Said, ketika ditemui mengakui pihaknya sudah mengetahui kejadian itu dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap empat pelajar yang sudah dikenal pasti itu tetapi menolak untuk membuang mereka dari sekolah itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment