Penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, RK Muthu, ahli keluarga mendiang R Mogana Sundram, 25, masih terkejut dengan berita kematian remaja itu memandangkan pada 17 Oktober lalu ahli keluarga ada berjumpa dengan Mogana yang bekerja sebagai buruh, di mahkamah apabila kesnya mula dibicarakan. “Namun ketika itu, beliau seperti biasa tetap dalam keadaan baik dan tidak ada sebarang rungutan didengar daripadanya sepanjang berada di penjara,” katanya ketika ditemui, di sini semalam. Bagaimanapun, pada jam 3.30 petang salah seorang anggota polis dari Balai Polis Jelapang telah datang ke rumah dan memaklumkan bahawa Mogana telah meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari. “Mereka sekeluarga terus ke Penjara Taiping pada jam 6.30 petang, kemudian ke Balai Polis Taiping sebelum dimaklumkan mayat Mogana telah di bawa ke Hospital Taiping,” katanya. “Sedikit mengejutkan apabila kami sampai di sana, terdapat seorang doktor, dua anggota polis, seorang pegawai penjara dan seorang majistret sedang menunggu. dan pegawai penjara berkenaan memaklumkan bahawa mereka boleh menuntut mayat mendiang dan segalanya telah diuruskan penjara,” katanya. Menurutnya, urusan membawa pulang mayat Mogana ke rumah berlaku dengan pantas dan mayatnya juga sudah dibalut menyebabkan keluarga mendiang tidak berpuas hati. “Sehubungan itu, ibu Mogana, A Jayathambal, 54, telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Jelapang, semalam bagi menggesa polis menjalankan siasatan kerana terdapat kesan luka pada bahagian pada leher, tangan, dada, badan dan pergelangan tangan mendiang. “Kami bimbang ada sesuatu yang berlaku sebelum kematiannya kerana kes Mogana akan disebut semula di mahkamah pada 31 Oktober ini setelah mendapat hasil laporan kimia,” katanya. Katanya, ahli keluarga menggesa proses bedah siasat dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui punca sebenar kematian Mogana sebelum urusan pembakaran mayat dilakukan. Sementara itu, jurucakap Balai Polis Jelapang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan keluarga mendiang dan kes berkenaan akan dibawa ke peringkat atasan untuk tindakan lanjut. |
Thursday, 27 October 2011
Keluarga tidak puas hati punca kematian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment