BENTONG – Polis Bentong sedang mengesan empat beradik lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes bunuh pemandu lori, V Mogandas, 29, pada 9 Oktober lalu di Karak. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor berkata, keempat-empat mereka dipercayai turut berada di tempat kejadian. Menurutnya, mereka yang dicari ialah K Nagarajan, 24, atau dikenali sebagai Naga dan K Theveenraj (Theveen), 21, yang kedua-duanya beralamat Taman Seri Bayu 2, Karak. “Manakala K Selva Rajan atau Kiki, 23, beralamat di Taman Bunga Raya, Karak dan K Sivanesan atau Siva, 18, beralamat di Taman Sri Bayu, Karak. “Mereka yang dinyatakan ini diminta tampil ke balai polis berhampiran dan orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ismatie Ismail di talian 09- 223 1999 dan 09-222 2222,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong. Beliau berkata, sejak Ahad lalu polis sudah menahan 11 lelaki berumur dalam lingkungan 15 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan. Menurutnya, 10 lelaki terbabit direman sehingga hari ini dan polis akan membuat permohonan menyambung reman manakala seorang lagi remaja direman sehingga 18 Oktober. “Kes tersebut dikatakan berpunca dari pertengkaran kecil dan kemudiannya menimbulkan pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian V Mogandash. “Hasil bedah siasat dijalankan Mogandas mengalami pendarahan di kepala akibat dihentak dengan benda tumpul yang keras,” katanya. Mohamad Mansor berkata, kebanyakan suspek yang ditahan reman pernah dikenakan denda oleh mahkamah Julai tahun lalu di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh. |
Sunday, 16 October 2011
Empat beradik diburu
SH:
'via Blog this'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment