KOTA BHARU- Lelaki yang ditembak rakan sendiri dipercayai selepas bertengkar di Simpang Empat Salim, Rantau Panjang, Rabu lalu, sudah sedar dan boleh bergerak sedikit. Mohd Anuar Mohd Nor, 31 yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II menunjukkan pemulihan setelah tiga hari menerima rawatan. Isterinya, Miss Mati Mat Rashid, 29 berkata, walaupun masih lemah, tetapi keadaan itu menunjukkan tanda positif bahawa suaminya yang disifatkannya kuat semangat itu akan kembali pulih. “Dia tidak pernah sakit. Kalau demam sekalipun saya tengok dia kuat semangat dan ini kali pertama dia sakit. Jadi, saya harap dia akan sembuh seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, semalam. Menurutnya, selain boleh menggerakkan badan sedikit, perkembangan baik itu juga kelihatan apabila suaminya pernah membuat tanda isyarat menunjukkan jari ke atas dan kadang-kala dilihat cuba memperkatakan sesuatu kepadanya. Sementara itu, ibu mangsa, Siti Esah Awang Hasan, 55, berkata, dia begitu hairan dengan kejadian menimpa anak ketiga daripada tujuh beradik itu kerana sepanjang pengetahuannya, anaknya itu tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa. “Setahu makcik, dia tidak pernah ada musuh, tidak pernah bergaduh dengan orang, rumah tangga tidak ada masalah dan baik dengan ahli keluarga,” katanya. |
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment