Friday 14 October 2011

29 maut akibat ribut di Amerika Tengah dan Mexico

Berita Harian Online | 29 maut akibat ribut di Amerika Tengah dan Mexico: "GUATEMALA CITY: Seramai 29 orang terbunuh dalam dua kejadian ribut dan memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka selepas hujan ribut di Amerika Tengah dan perairan Pasifik Mexico, kata pegawai tempatan semalam.

Pegawai itu berkata, di Amerika Tengah saja 24 orang terbunuh dan kira-kira 60,000 kehilangan tempat tinggal.
Sementara itu, lima terbunuh di Mexico apabila hujan akibat Taufan Jova memaksa kira-kira 4,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Ribut berkenaan menyebabkan banjir besar, jalan raya tersekat dan gangguan bekalan elektrik serta tanah runtuh. - AFP "

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment