Friday, 14 October 2011

Kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dirawat di HKL

myMetro | Kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dirawat di HKL: "KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang disyaki mangsa dera masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kes kanak-kanak itu, yang diselamatkan dan dimasukkan ke HKL sejak Isnin lepas, mendapat perhatian Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang melawatnya di hospital itu hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Tan berkata kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa dera seorang anggota keluarganya itu akan ditempatkan di rumah perlindungan selepas keluar dari hospital.

"Mangsa tidak mahu kembali semula ke rumahnya selepas ini dan dia juga ada menceritakan, akibat terlampau takut, dia pernah berhasrat melarikan diri dari rumah," kata Tan, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


Tan berkata menurut polis, kanak-kanak itu dipercayai telah didera beberapa kali sebelum satu laporan polis dibuat seorang anggota Wanita Gerakan di Balai Polis Jinjang, Isnin lepas. - Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment