Friday 14 October 2011

Murid tahun enam lemas di lombong

Kosmo! Online - Terkini: "LANGKAWI - Seorang murid lelaki Tahun Enam mati lemas selepas tergelincir ke dalam lombong kuari pasir di di Kampung Gelam Kedawang di sini petang semalam.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Yaakob Hassan hari ini berkata, mayat Mohd. Aiman Ali, 12, ditemui oleh orang awam kira-kira sejam selepas dia tergelincir ke dalam lombong itu pada pukul 4 petang semalam.

Katanya, Mohd. Aiman tergelincir ke dalam lombong itu semasa hendak membersihkan belakang bajunya yang kotor ketika bermain dengan dua rakannya di kawasan lombong itu.

Rakannya Mohd. Akif Danial Ridzuan, 10, berkata, dia dan rakannya cuba menyelamatkan Mohd. Aiman tetapi gagal dan telah meminta bantuan orang ramai. - Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment