Friday 14 October 2011

Menteri buang dokumen di taman, tengah London

Berita Harian Online | Menteri buang dokumen di taman, tengah London: "LONDON: Seorang menteri Britain merah padam selepas gambarnya sedang membuang dokumen kerajaan ke dalam tong sampah di taman, tengah London disiarkan akhbar hari ini.

Menteri Dasar Kerajaan, Oliver Letwin, membuang dokumen berkaitan pendekatan kontroversi yang digunakan kerajaan ketika menyoal siasat suspek keganasan di St James Park, tidak begitu jauh dari pejabat Perdana Menteri, David Cameron di Downing Street, lapor Daily Mirror.
Akhbar tabloid itu menyiarkan gambar menteri berkenaan sedang bercakap menerusi telefon bimbitnya dan membuang dokumen berkenaan termasuk salah satu daripadanya menjelaskan bagaimana ketua risikan “gagal mendapatkan kebenaran” berkaitan pembabitan kerajaan dalam soal siasat. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment