Berita Harian Online | Empat lelaki didakwa sebabkan kematian suami isteri: "HULU SELANGOR: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini atas tuduhan berasingan membabitkan kematian sepasang suami isteri yang ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala dan tangan di sebuah kebun getah di Ulu Yam, September lalu.
M Thayalan, 31 dan V Elangovan, 23, dituduh atas dua tuduhan berasingan membunuh A Pakiam, 51 dan suaminya, Rama Sandram, 56, di Lot Dua, Dusun Durian, Hulu Yam Lama, Batang Kali di sini, antara jam 3.40 dan 6 pagi, 28 September 2011.
Dua ahli perniagaan, M Rahman, 44 dan N Thiyakee Dass, 35, pula dituduh atas dua tuduhan berasingan bersubahat melakukan kesalahan bunuh itu di tempat dan hari yang sama."
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment