Friday, 14 October 2011

Lebih RM1.5j rugi jenayah komersial

Kosmo! Online - Terkini: "KUANTAN - Kes penipuan jenayah komersial yang dilaporkan berlaku di Pahang mencatatkan kerugian lebih RM1.5 juta dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Thomas Navamoney berkata, kerugian itu melibatkan 183 kes.

Beliau berkata, antara kes yang dikesan termasuk cabutan bertuah, menyamar sebagai pegawai bank dan anggota polis untuk mendapatkan maklumat mangsa, serta penipuan melalui laman sosial Facebook.

"Setakat ini dua kes penipuan menerima panggilan daripada anggota polis dan pegawai bank dengan jumlah penipuan dianggarkan RM420,000 telah berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, sebanyak 17 kes lagi yang melibatkan kerugian RM296,000 membabitkan penipuan barangan, 48 kes jenayah komputer dengan kerugian sebanyak RM222,000 serta 75 kes tipu jual barang melalui laman web melibatkan kerugian RM78,000.

Thomas berkata, polis menghadapi kesukaran untuk menjejaki suspek ekoran tindakan licik mereka yang dipercayai berjaya memperdayakan orang lain untuk menggunakan maklumat mereka seperti menggunakan nombor akaun.

Katanya, mangsa penipuan turut melibatkan golongan profesional yang berjaya diperdaya oleh suspek yang bergerak dari dalam dan luar negara. - Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment