Thursday, 29 September 2011
Buruh miliki pil kuda didenda
KOTA BHARU – Akibat memiliki lima biji pil kuda seberat 0.47 gram (G) dalam satu tangkapan di Pengkalan Chepa di sini, Jun lalu, seorang buruh binaan dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Shahrizal Mohamad Zain, 28 yang berasal dari Kampung Rendang, Jalan Panji, di sini mengaku bersalah memiliki dadah berkenaan di tepi Jalan Rambutan Rendang, di sini jam 6.30 petang, 21 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak daripada RM100,000 atau hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun dan kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, ketika menyedari kehadiran polis pada hari itu, tertuduh cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.
Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lagi buruh binaan dikenakan denda RM2,500 dan pengawasan selama dua tahun selepas didapati bersalah memberikan kepada dirinya sendiri dadah jenis sama, Jun lalu.
Mohd Syamsul Faizal Abdullah, 22 dari Jalan Bayam, bersalah melakukan kesalahan itu di tandas sebuah premis snuker di Paya Bembam jam 3.30 pagi, 24 Jun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Hafiz Abd Rahman memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan kesalahan dadah semakin berleluasa.
Labels:
dadah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment