Thursday 29 September 2011

Hilang selepas kereta terjunam

BUTTERWORTH - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki bersama empat rakannya menjunam ke dalam laut ketika cuba mengelak daripada ditahan kerana menceroboh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) di Dermaga Dalam, di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki lima lelaki terbabit memecut laju ketika melalui pintu masuk dermaga sebelum terus menjunam ke laut pada pukul 12.45 tengah malam.
"Polis menerima panggilan daripada pengurusan PPSB memaklumkan kejadian itu dan sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan empat lelaki yang berjaya diselamatkan daripada lemas.
"Empat lelaki terbabit bernasib baik kerana berjaya diselamatkan pekerja sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan itu manakala seorang lagi rakan mereka berusia 24 tahun tenggelam bersama kereta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment