Thursday 29 September 2011

Kakak harap adik pulang



Nor Zainah Mas Od, 45, berkata, kali terakhir bertemu adiknya, Nor Yasmin Mas Od, 38, yang ketika itu menetap di Taman Puteri, Kulai sewaktu adiknya masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua.

Menurutnya, ahli keluarga tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan Nor Yasmin, tetapi adiknya memang seorang yang perahsia.

“Adik saya memang seorang perahsia. Saya belum sempat melihat anak keduanya, cuma saya ingat anak lelakinya, Mohd Hafiz Haikal Mohd Hatta ketika itu berusia enam tahun, sebaya dengan anak kedua saya,” katanya kepada Sinar Harian.

:Nor Zainah berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk menggunakan khidmat tradisional untuk mencari adiknya kerana ibunya, Rosiah Abdullah, 63, yang sedang uzur terlalu merindui anak keempatnya itu.

Menurutnya, usaha terbaru dilakukan dengan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tetapi malangnya usahanya sekeluarga ke Pulau Pinang tidak membuahkan hasil apabila dimaklumkan adiknya telah berpindah rumah setahun lalu.

“Saya rayu Nor Yasmin kembalilah ke pangkuan keluarga kerana ibu yang sedang sakit semakin uzur terlalu merindui Nor Yasmin sehingga terbawa-bawa dalam mimpi hampir setiap malam.

“Saya juga mengharapkan kerjasama daripada orang ramai yang mengenali atau terlihat adik saya di mana-mana, boleh menghubungi kami segera di talian 016-7687282,” katanya.

No comments:

Post a Comment