GREEN ISLAND, Taiwan - Penjara yang menempatkan penjenayah tegar dan tahanan politik di Pulau Green yang terletak di pantai timur Taiwan merupakan lokasi paling ditakuti suatu ketika dahulu.
Di sana, beribu-ribu banduan dipenjarakan dengan sebahagian daripada mereka menemui ajal. Namun kini, ia menjadi destinasi pelancongan utama kerana pemandangan cukup indah dan sejarah hitam yang dimilikinya.
"Ketika saya kecil, ayah suka menakutkan saya untuk dihantar ke Pulau Green sekiranya tidak menjaga tingkah laku. Sekarang saya berpeluang melihatnya dan mengakui ia sungguh menakutkan apabila memikirkan bagaimana banduan tinggal beramai-ramai di dalam lokap yang kecil," jelas seorang pengunjung ke penjara yang kini sudah diubah menjadi sebuah muzium, Vicky Liu, 22.
Muzium tersebut mengumpul dan mempamerkan artifak dari tahun 1951 hingga 1987. Antaranya ialah lukisan yang menunjukkan banduan dipukul dengan buluh panjang atau dipaksa melutut di atas serpihan kaca. Pada satu masa, penjara itu pernah menempatkan sehingga 2,000 orang banduan.
"Kami mahu menjadikan penjara ini sebagai satu bangunan yang diingati," kata ketua muzium terbabit, Cheng Sheng-hsing.
Beberapa buah kedai di bandar Jhongliao turut menjual barangan cenderahati bertemakan penjara. Misalnya, lakaran kartun sekumpulan banduan yang sedang merancang untuk melarikan diri. - AFP
habis
No comments:
Post a Comment