Monday 26 September 2011

Bayi terapung dalam sungai disangka anak patung

Bayi terapung dalam sungai disangka anak patung


2011/09/27

KUALA LUMPUR: Dua bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui mati dalam keadaan terapung di sungai dalam dua kejadian berasingan di Klang, Selangor dan Sentul di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang berhampiran Kompleks Mutiara di Batu 4 Jalan Ipoh di sini, mayat seorang bayi lelaki dipercayai tidak cukup bulan ditemui terapung di Sungai Segambut oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Lelaki terbabit pada mula menyangka objek ditemuinya adalah anak patung dan apabila dihampiri, ia sebenarnya mayat bayi lelaki sebelum beliau menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu.
Setakat ini polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bangsa bayi lelaki berkenaan selain sama ada dicampak dari tempat lain sebelum dihanyut arus dan ditemui di kawasan berkenaan.

Sementara itu, mayat bayi ditemui terapung di perangkap sampah oleh dua lelaki warga Indonesia di sungai berhampiran kawasan perindustrian Harper Light, Klang kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata siasatan mendapati bayi terbabit cukup sifat termasuk mempunyai jari kaki dan tangan dan dianggarkan berusia antara lima hingga enam bulan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan dibuang di tempat lain sebelum hanyut dan terperangkap di perangkap sampah kawasan terbabit.
Kita juga masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jantina serta bangsa bayi berkenaan, katanya.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Berita Harian Online | Bayi terapung dalam sungai disangka anak patung:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment