Monday, 26 September 2011

Carla Bruni terpukau pengetahuan suami



Nicolas Sarkozy (kiri) memimpin tangan isterinya, Carla Bruni semasa berjalan di taman Istana Elysee, Paris semasa menghadiri Hari Warisan Kebangsaan Perancis pada 17 September lalu. - REUTERS


LONDON 26 Sept. - Model Carla Bruni mendedahkan bahawa dia terpukau dengan pengetahuan menakjubkan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy tentang bunga- bungaan.

Wanita pertama Perancis itu ketika ditemu bual stesen radio Newshourmemberitahu bahawa dia mengetahui perkara itu sebelum mereka berkahwin.

Menurut Bruni, suaminya mengetahui nama Latin semua jenis bunga.

"Saya benar-benar terpukau dengan pengetahuannya. Ketika berjalan dengannya di sebuah taman di Palais, dia memberi penerangan terperinci tentang bunga-bunga tulip dan ros.

"Saya berkata kepada diri saya: 'Saya perlu berkahwin dengan lelaki ini, dia seorang presiden, dan dia tahu semuanya tentang bunga juga, ini menakjubkan'", katanya.

Bruni yang bakal menimang cahaya mata pertama hujung Oktober ini memberitahu bahawa dia enggan bercerita tentang kehamilannya kerana orang Perancis tidak menganggap ia sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.

Sarkozy, 56, mempunyai tiga orang anak lelaki berusia 14, 25 dan 26 tahun dari dua perkahwinannya sebelum ini.

Bruni yang juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berkata, mengahwini seorang presiden amat menyeronokkan bagi kedua-dua belah pihak tetapi tekanan jadual kerja Sarkozy membuatkan pasangan itu berusaha mencari masa yang boleh menenangkan dengan menjauhkan diri daripada kesibukan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment