Monday 26 September 2011

Peragut cedera dibelasah orang ramai

Peragut cedera dibelasah orang ramai


2011/09/27

JOHOR BAHRU: Cubaan seorang peragut melarikan beg tangan seorang jurujual tidak kesampaian, sebaliknya dia cedera berlumuran darah akibat dibelasah orang ramai yang membantu menahannya selepas dia terjatuh apabila motosikalnya dirempuh mangsa yang mengejar dengan skuter dalam kejadian dekat Taman Pelangi di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang ketika mangsa, Cindy Tan, 52, yang juga jurujual produk kesihatan sedang menunggang skuter Yamaha Ego di Jalan Maju dekat sini dengan meletakkan beg tangannya di bahagian lantai tempat meletak kaki motosikal terbabit.
Tan berkata, ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan bagi menempah kad perniagaan, secara tiba-tiba dia dihampiri sebuah motosikal dari arah belakang.
Sebaik menghampiri saya, penunggang motosikal itu meragut beg tangan diletakkan di bahagian kaki skuter, lalu memecut melarikan diri.

Berang dengan perbuatan itu, saya nekad mengejar peragut terbabit yang ketika itu menghala ke lorong berdekatan sebelum saya menghampiri motosikalnya dan bertindak menendang bahagian belakang kenderaan itu.

Tendangan saya membuatkan motosikal kami hilang kawalan menyebabkan masing-masing terjatuh atas jalan raya. Walaupun cedera akibat terjatuh, saya bangkit merampas kembali beg tangan yang cuba dilarikan peragut itu yang sukar bangun kerana dihempap motosikal sendiri, katanya ketika ditemui selepas kejadian.

Tan berkata, melihat keadaan suspek terperangkap pada motosikal sendiri, dia bergegas mendapatkan bantuan orang ramai di sebuah restoran berdekatan bagi membantu menahannya.
Peragut itu cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang sebelum dia diikat pada kaki dan tangan dengan tali.
Berita Harian Online | Peragut cedera dibelasah orang ramai:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment