Monday, 26 September 2011

Tangisan jadi penyelamat


KOTA BHARU: Tangisan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menyelamatkan dia bersama abangnya menjadi mangsa kebakaran selepas kediaman diduduki hangus dijilat api dalam kejadian di Kampung Telaga Nibong, Tanjung Chat, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian jam 8.25 malam itu, menyebabkan Mohd Asyraf Rosdi, 15, yang sedang mandi di bilik air rumah itu bergegas keluar sebelum berusaha mendapatkan adik bongsunya Mohd Alif, di bahagian dapur rumah untuk menyelamatkan diri.

Dalam keadaan kepanasan berikutan api marak, dua beradik terbabit kemudian berlari sambil berpelukan sebelum mendapatkan bapa saudara mereka yang tinggal berdekatan rumah terbabit untuk melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak bomba.

Ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di rumah, manakala ibu bersama seorang lagi anak, Siti Nurakilah, 6, ke sebuah pasar raya, manakala dua beradik lagi, Mohd Aiman, 13 dan Mohd Alif, 10, ke surau berhampiran untuk menunaikan solat Isyak, manakala ayah mereka, Rosdi Husin, 46, mempunyai urusan lain di luar.

Ibu dua beradik terbabit, Normawati Che Daud, 36, berkata, kejadian berlaku tidak sampai setengah jam dia menaiki motosikal ke sebuah pasar raya untuk membeli makanan anak bongsunya selepas mengadu lapar pada malam itu.


“Selepas selesai solat Maghrib, anak bongsu mengadu lapar menyebabkan saya mengambil keputusan keluar rumah membeli makanan.

“Kebetulan, saya meminta bantuan seorang lagi anak berusia 15 tahun untuk menjaga adiknya, tetapi tidak sampai setengah jam keluar rumah, saya dikejutkan dengan kebakaran,” katanya.
myMetro | Tangisan jadi penyelamat:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment