Monday, 26 September 2011

Lelaki Bangladesh tak mengaku cabul

myMetro | Lelaki Bangladesh tak mengaku cabul: "KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan kolej swasta, minggu lalu.

Pekerja pasar raya, Md Kamruzaman Chansarif, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.


Md Kamruzaman didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif tingkat lima, Kolej Segi, No 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, 20 September lalu.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment