Monday 26 September 2011

BMW X6 terbakar depan rumah kedai


2011/09/27

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik syarikat pengangkutan terpaksa berputih mata melihat kereta mewah jenis BMW X6 bernilai kira-kira RM700,000 yang dibeli sejak Jun tahun lalu, musnah terbakar ketika diletakkan di depan rumah kedainya dekat Bukit Meldrum di sini, awal pagi kelmarin.

Ahli perniagaan, Tan Bing Kiong, 53, yang ketika kejadian sedang berada di tingkat atas rumah kedai itu, hanya menyedari kebakaran terbabit selepas seorang jiran datang mengetuk pintu rumahnya kira-kira jam 6.15 pagi, sejurus menyedari kebakaran kereta itu.
"Ketika kejadian, saya sedang tidur sebelum dikejutkan seorang jiran yang tinggal di kawasan ini dengan datang mengetuk pintu rumah memberitahu kereta saya terbakar di depan kedai.
"Saya bergegas turun dan ketika itu, api sedang memusnahkan bahagian enjin. Saya mendapatkan alat pemadam bagi untuk memadam kebakaran tetapi api merebak pantas menyambar keseluruhan kereta dalam tempoh beberapa minit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, api yang menyambar keseluruhan kenderaan mewah itu hanya berjaya dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor ketika dihubungi, mengesahkan kebakaran kenderaan itu tetapi punca kejadian masih dalam siasatan.
Berita Harian Online | BMW X6 terbakar depan rumah kedai:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment