Oleh Mohammad Ishak dan Zatul Iffah Zulkifly
2011/09/27
JERTIH: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal ibunya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pengkalan Nyireh di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, membonceng motosikal ibunya, Rakiah Ismail, 31, dan seorang adiknya, Tengku Hanizan Irfan, 2, selepas dijemput dari Tadika Tanjung Demong, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Kami melarikan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. Selepas disengat, arwah masih sedarkan diri, tetapi kelihatan lemah. Arwah mengadu panas dan minta air, lalu kami kejarkan dia ke Hospital Besut dengan bantuan jiran.
Saya tidak sangka arwah akan meninggal dunia kerana dia masih sedar selepas kejadian.
Kami sering menggunakan jalan itu, tetapi tidak sangka akan disengat tebuan, katanya dalam nada sedih.
Tengku Hafizul Hafiq disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang di Hospital Besut dengan 50 kesan sengatan tebuan di seluruh badan dan kepala.
Rakiah berkata, dia hanya disengat tiga tebuan, manakala adik mangsa disengat kira-kira 10 tebuan di kepala.
Katanya, dia terselamat kerana ketika itu bertudung dan memakai topi keledar, manakala Tengku Hanizan Irfan berada di depannya dengan kepalanya dililit kain.
Rakiah berkata, dia dimaklumkan guru tadika anaknya itu, arwah yang kebiasaannya periang bersikap pelik sebelum kejadian apabila enggan makan dan menjadi pendiam.
Bapa mangsa Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan berada di laut ketika kejadian. Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar jam 10 pagi semalam.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment