myMetro | Peragut kena sebat: "KOTA BHARU: Tindakan seorang pemuda meragut beg tangan seorang wanita mendapat balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hukuman dijatuhkan Hakim Azman Mustapha itu dianggap setimpal dengan perbuatan rompakan dilakukan tertuduh, Nik Azrul Hisyam Ayuhan, 26, kerana menyebabkan mangsa dalam kes itu cedera di lengan, dada dan belakang badan.
Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan jurubahasa mahkamah dan tertuduh berbaju putih mengakui turun dari motosikalnya sebelum menarik beg tangan dibawa pengadu menyebabkan mangsa terjatuh di lokasi kejadian berdekatan Maybank, Wakaf Siku.
Dalam keadaan tenaga terbatas, mangsa seorang wanita berusia 44 tahun berjaya mendapatkan beg tangan terbabit, selain dibantu orang awam di kawasan sekitar menyebabkan suspek terpaksa berputih mata kerana gagal mendapat ‘habuan’ diidamkan."
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment