Monday 26 September 2011

Cemburu motif bunuh di hotel

myMetro | Cemburu motif bunuh di hotel: "SUNGAI PETANI: Siasatan awal polis mendapati cemburu menjadi motif utama seorang lelaki mati dibunuh dalam bilik hotel disewanya di Taman Sejati, di sini, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa, Mohd Nasir Isahak, 35, dikatakan menjalin hubungan dengan teman wanita seorang daripada suspek terbabit.


Katanya, maklumat itu diperoleh hasil kejayaan polis menahan tiga suspek, termasuk wanita berkenaan yang berusia 32 tahun serta teman lelakinya berusia 29 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun, kelmarin.

“Wanita itu tidak bekerja, manakala kedua-dua lelaki terbabit bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya di sini, semalam.


Mohd Zakaria berkata, wanita itu ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang awal pagi kelmarin, manakala dua lelaki itu ditahan dalam sebuah kereta di Bayan Baru, Pulau Pinang beberapa jam kemudian. “Hasil tangkapan itu, polis turut merampas sebuah Peugeot 308 putih yang dilaporkan hilang di ibu negara pada 11 Ogos lalu selain sepucuk pistol jenis Baretta 9mm bersama tujuh peluru dan sebilah pedang samurai dalam kereta berkenaan,” katanya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment