Monday 26 September 2011

Janin bayi ditemui tersangkut di perangkap sampah

Utusan Malaysia Online - Kota: "

KLANG 26 Sept. - Janin bayi yang telah cukup sifat ditemui tersangkut dalam perangkap sampah di kawasan industri Harper Light di sini petang ini.

Janin tersebut ditemui oleh dua warga Indonesia yang sedang bertugas membersihkan sampah di kawasan tersebut kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, siasatan awal percaya janin tersebut dibuang di tempat lain dan hanyut di tempat ia ditemui.

"Janin itu telah cukup sifat tetapi jantinanya masih disiasat dan kami percaya janin itu mungkin dibuang dalam tempoh 48 jam lalu," katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Tambah Mohamad, kes penemuan janin itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan di mana-mana balai berdekatan."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment