Monday, 26 September 2011

Dokumen siasatan hangus balai terbakar

Dokumen siasatan hangus balai terbakar


2011/09/27

KUALA LUMPUR: Ratusan dokumen kerajaan, termasuk fail kes siasatan jenayah musnah dalam kebakaran pejabat pembantu pegawai penyiasat, Balai Polis Tun HS Lee di sini, tengah hari, semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 12 tengah hari ketika pembantu pegawai penyiasat itu baru memasuki pejabatnya dan melihat kepulan asap serta api yang merebak pada dinding bilik siasatannya.
Penguasa Bomba Bahagian Operasi Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur, Victor Jon Doon, berkata lima jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Pudu dan Pantai dengan 25 anggota mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.
Beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas, namun enggan mendedahkan hasil siasatan awal sehing-ga Unit Forensik Bomba menyelesaikan siasatan penuh kejadian itu.

Turut musnah dalam kebakaran yang menempatkan tiga bilik pegawai penyiasat itu adalah beberapa komputer, mesin faksimile, selain perabot dan almari yang menempatkan fail kes siasatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, menolak kemungkinan kebakaran berkenaan berpunca daripada perbuatan khianat, namun menyerahkan siasatan kepada pihak bomba.

Saya difahamkan ketika kejadian berlaku tiada anggota dan pegawai yang berada di dalam bilik berkenaan yang sentiasa berkunci dan dengan kawalan ketat di pekarangan balai tidak mungkin pejabat siasatan diceroboh.
Setakat ini kita masih belum mengenal pasti jumlah kerugian sebenar dan akan memeriksa dokumen penting yang turut musnah dalam kejadian berkenaan, katanya yang ditemui media ketika melawat lokasi kejadian.
Berita Harian Online | Dokumen siasatan hangus balai terbakar:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment