Tuesday 27 September 2011

419 kes Awang, Minah Hitam seludup dadah

SHAH ALAM: Kemasukan penyeludup dadah dari Afrika Barat ke negara ini semakin menjadi-jadi terutama menerusi pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila 419 kes direkodkan setakat ini membabitkan nilai lebih RM30 juta.
Lebih membimbangkan kebanyakan tangkapan sejak Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan Awang Hitam atau Minah Hitam negara berkenaan yang menggunakan pas pelajar.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata tangkapan pihaknya bagi kes penyeludupan dadah membabitkan warga asing untuk tempoh berkenaan ialah 601 orang dengan kebanyakan suspek berasal dari Afrika Barat.
Pada 17 September lalu, katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor menahan seorang pelajar perempuan warga Nigeria berusia 29 tahun di KLIA kerana menyeludup syabu seberat kira-kira tiga kilogram disembunyikan dalam penutup pengilat bibir (lip gloss) selepas penerbangan dari Doha, Qatar.

“Nilai rampasan kira-kira RM750,000. Modus operandi digunakan ialah menyorokkan bahan terlarang itu di dalam 600 pengilat bibir yang dibungkus dalam 25 kotak kononnya untuk dijadikan hadiah.

“Bagaimanapun, tindak-tanduk suspek yang mencurigakan membongkar kegiatannya itu. Suspek kini direman hingga Khamis ini.
“Manakala, dalam satu serbuan lain di sebuah hotel di Subang Jaya pada 21 September lalu, polis merampas 995 peket syabu bernilai kira-kira RM250,000 dan menahan tiga lelaki warga Nigeria berusia 24 hingga 29 tahun yang juga pelajar kolej tempatan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.

Thaiveegan berkata, pada Jumaat lalu, seorang lagi perempuan warga Nigeria yang mengaku pelajar kolej tempatan ditahan sepasukan anggota Bahagian Narkotik KLIA selepas menemui syabu disorok di dalam beg yang sudah diubah suai.
Menurutnya, pelajar kolej berusia 23 tahun yang turun dari penerbangan Doha, Qatar terbabit direman hingga 1 Oktober depan bagi membantu siasatan berhubung penemuan dua kilogram syabu bernilai kira-kira RM500,000 itu.

Siasatan kes mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1952.
myMetro | 419 kes Awang, Minah Hitam seludup dadah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment