Tuesday 27 September 2011

Berlusconi disyaki suruh tipu penyiasat


ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mungkin menyuruh seorang ahli perniagaan supaya menipu keterangan kepada penyiasat mengenai isu membayar pelacur menghadiri parti tajaannya, lapor agensi berita Ansa di sini, semalam. 


Ahli perniagaan berkenaan, Gianpaolo Tarantini, kini dibicarakan atas dakwaan membelanjakan hampir 30,000 euro (RM129,000) mengupah berpuluh-puluh wanita untuk menghadiri parti peribadi Berlusconi pada 2008 dan 2009 bagi mendapatkan projek besar.
Memetik keputusan sebuah mahkamah Naples, Ansa melaporkan, Berlusconi mungkin boleh disoal mengenai dakwaan beliau meminta Tarantini membuat kenyataan palsu dalam siasatan berkenaan.
Jika disahkan, ia akan membawa kepada siasatan penuh terhadap Perdana Menteri, kata agensi berita itu.

Perbicaraan Tarantini dan lapan orang lain di Bari, selatan Itali, belum membuktikan Berlusconi melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Tindakan mengupah pelacur tidak menyalahi undang-undang di Itali dan Berlusconi sehingga ini menjadi saksi kes.

Pemimpin berusia 74 tahun itu sudah menghadapi pelbagai kes perundangan, termasuk dituduh membayar untuk seks dengan seorang penari kelab malam, Karima El Mahroug yang terkenal dengan nama Ruby the Heart Stealer ketika wanita itu berada di bawah usia.
Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa untuk membebaskan penari itu daripada tahanan polis selepas ditahan kerana disyaki mencuri. Sesi keterangan kes itu seterusnya ialah pada 3 Oktober. AFP
Berita Harian Online | Berlusconi disyaki suruh tipu penyiasat:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment