Tuesday 27 September 2011

Pokok asam, batu besar hempap rumah





2011/09/28

GEORGETOWN: Tindakan seorang ibu melarang anak lelaki serta menantu yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan tidur di rumah sepupu mereka di Kampung Bukit Kecil, Sungai Nibong, di sini menyelamatkan nyawa mereka daripada dihempap pokok asam yang berusia lebih 100 tahun dan sebiji batu besar, awal pagi semalam.

Pengawal keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM), Noor Azmi Harun, 28, berkata dia baru tiba di sini selepas melangsungkan perkahwinan dengan isterinya, Rohilatun Nafrah Saad, 24 di Pantai Remis, Perak, Sabtu lalu.
Katanya, dia yang tiba petang kelmarin bercadang untuk tinggal sementara di rumah berkenaan sebelum majlis kenduri kahwin pihak lelaki dilangsungkan, Ahad ini tetapi dilarang ibu.
"Saya tidak menyangka larangan ibu membawa seribu makna apabila terselamat daripada menjadi mangsa pokok tumbang dan batu besar akibat hujan lebat.

"Ibu menyuruh kami tinggal sementara di rumah keluarga sebelum menyewa rumah terbabit daripada sepupu selepas selesainya majlis perkahwinan saya," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Noor Azmi berkata, dia yang dimaklumkan rumah terbabit musnah bergegas untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati pokok asam yang besar tumbang serta menghempap rumah itu.

"Kejadian dikatakan berlaku jam 3 pagi yang menyebabkan rumah terbabit dihempap dan sebiji batu besar, dipercayai jatuh dari bukit berhampiran hingga memusnahkan ruang tamu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, seramai enam anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian jam 8.10 pagi.
Berita Harian Online | Pokok asam, batu besar hempap rumah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment