BANDAR RAYA MEXICO, Mexico - Yayasan Ojos Que Sienten giat mengajar golongan buta cara-cara menggunakan kamera dan merakamkan gambar.
Ditubuhkan lima tahun lalu oleh jurugambar profesional tempatan, Gina Gina Badenoch, yayasan itu membantu golongan tersebut menggunakan kamera.
Tanpa deria penglihatan, pelajar-pelajar buta itu bergantung kepada pendengaran, sentuhan, bau dan rasa untuk memilih objek yang dirakamkan.
Mereka menghasilkan imej yang dikehendaki itu dengan menggunakan kamera digital.
Seorang guru di yayasan itu, Jose Manuel Pacheco Crispin berusia 33 tahun yang juga pelajar sebuah universiti turut mengalami masalah penglihatan.
"Ia (merakamkan gambar dengan menggunakan kamera) membantu saya untuk memecahkan halangan dan terus mempunyai idea-idea gila," katanya yang baru-baru ini mendaki Gunung Iztaccihuatl setinggi 5,230 meter dekat sini. - Agensi
No comments:
Post a Comment