Tuesday 27 September 2011

Dua warga Singapura dikhuatiri lemas di perairan Johor


2011/09/27

JOHOR BAHRU: Dua warga Singapura dikhuatiri lemas, selepas bot yang dinaiki mereka ketika keluar memancing karam akibat dilanggar sebuah kapal dekat Pulau Aur di luar perairan Kuala Sedili malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam pada kedudukan 30 batu nautika di Timur Kuala Sedili itu, dua mangsa yang masih hilang itu dikenali sebagai Tan Ah Ching, 56, dan Keith Tek, 31.
Tiga lagi rakan senegara mereka iaitu Lim Kim Wat, 39, Oh Tian Seng, 45, dan Sim Hong Heng, 40, bersama dua rakan dari Malaysia, Pang Wai Sang, 38 dan Tan Poh Loh, 41, terselamat.
Jurucakap polis berkata, tekong bot terbabit, Roslan Hashim, 29, dan pembantunya, Zainal Zul, 39, turut terselamat dalam kejadian itu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, kumpulan pemancing tujuh sekawan itu, menyewa sebuah bot tempatan dari Kuala Sedili untuk keluar memancing.

Sebuah kapal ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. Semua mangsa yang terselamat dibawa pulang ke jeti Kuala Sedili, malam tadi.
Berita Harian Online | Dua warga Singapura dikhuatiri lemas di perairan Johor:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment